Followers

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Loading...

Friday, January 2, 2009

Pemakanan untuk kanak-kanak umur 1 tahun - 4 tahun

Pada usia satu tahun, anak kecil sudah boleh memakan makanan yang sama dimakan oleh ahli keluarga yang lain. Semasa memasak, sebahagian kecil makanan yang sama boleh diasingkan untuk anak sebelum anda memasukkan cili dan rempah ratus yang lain. Semasa waktu makan, anak kecil juga sudah boleh duduk di kerusi dan makan di meja bersama-sama anggota keluarga yang lain.

Tempoh perpindahan ke meja ialah tempoh yang mengelirukan bagi anak kecil. Pada waktu ini, usia mereka dalam lingkungan satu tahun. Pada usia ini, biasanya selera makan anak-anak akan menurun. Kekurangan selera makan ini kerap kali merisaukan ibu bapa.

PANDUAN PEMAKANAN ANAK KECIL

Usia antara 1 hingga 4 tahun amat kritikal kerana pada waktu inilah kanak-kanak membentuk sikap terhadap makanan dan menjadi asas pada tabiat makan sepanjang hayat mereka. Oleh itu, ibu bapa dinasihatkan supaya :-

Memberikan makanan yang seimbang daripada kumpulan makanan asas, iaitu susu, bijiran, daging dan sayur-sayuran. Tidak semua hidangan memerlukan makanan daripada semua kumpulan berkenaan. Bagaimanapun, perlu ada keseimbangan antara makanan itu dalam tempoh sehari.

2 Memulakan jadual pemakanan anak anda dengan menyediakan tiga hidangan berat sehari dan hidangan ringan di antara hidangan berat itu. Bagi hidangan ringan, ibu mungkin sekadar ingin memberikan susu ibu atau susu segar sahaja.

3 Selepas usia setahun, kuantiti pemakanan bayi lazimnya berkurangan, termasuk pengambilan susu hariannya. Perkara ini adalah normal. Ibu bapa tidak perlu terlalu risau sekiranya ia berlaku. Keadaan ini tidak membahayakan bayi selagi dia membersar dengan baik dan mendapat makanan yang mencukupi.

4 Sewaktu anak-anak mula memakan makanan lain, pengambilan susu (sama ada susu ibu atau susu segar) semakin berkurangan. Bagi menambah selera makan anak-anak terhadap makanan lain, ibu bapa dinasihatkan supaya memberi susu ibu atau susu segar selepas waktu makan, BUKAN SEBELUM waktu makan.

BERAPA BANYAK YANG PERLU DIMAKAN ?

Keperluan pemakanan yang berkhasiat dan khusus untuk anak kecil boleh di andaikan seperti yang berikut :-

2 atau 3 cawan susu : selain susu, ibu bapa boleh menggantikan makanan lain yang sama khasiat dengan susu. Contohnya yogurt, keju, puding dan sebagainya.

4 hidangan sayur atau buah-buahan : sebagai panduan, satu sudu kecil untuk kanak-kanak setahun bersamaan dengan satu hidangan. Setiap satu hidangan perlu mempunyai kandungan vitamin C dan vitamin A yang tinggi.

4 hidangan roti dan bijirin : kanak-kanak mungkin banyak memakan makanan daripada kumpulan ini. Ia tidak memudaratkan selagi kanak-kanak turut memakan makanan dari kumpulan lain, walaupun dalam kuantiti yang paling minimum. Setiap hari, berikan bijirin yang diperkuat dengan zat besi.

2 hidangan daging, kacang, telur atau mentega kacang. Hidangan yang mengandungi khasiat protein yang baik perlu ada setiap kali waktu makan.


PENTING

Setiap hidangan perlu mempunyai protein, roti atau bijiran, sayur atau buah-buahan dan susu.

3 Kawan Mama Suka Bagi Pendapat:

lenah said...

terimah kasih atas info ini....

lenah said...

bagus info ini..tqvm

CintaZulaikha said...

inilah info yg paling bgus..sb anak skrg tgh ada masalah makan..

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.