Followers

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Loading...

Thursday, March 26, 2009

Resepi Makanan Untuk Bayi Anda..

Ni ada menu makanan untuk bayi yang mama search dari website POSITIVE PARENTING. Resipi ini diberi nama Telur Dadar Kentang.... so selamat mencuba untuk mama2 kat luar sana...
Telur Dadar Kentang
Masa penyediaan: 20 minit
Hidangan: Untuk 2 orang
Ramuan2 nya adalah :
2 biji telur dipukul
2 sudu kecil minyak sayuran
1 kentang kecil, dicincang halus
2-3 sudu besar sayuran campur sejukbeku, dinyahbeku
½ cawan dada ayam, dicincang
2 sudu besar susu tepungGaram dan lada sulah secukup rasa

Cara Menyediakan :

1. Panaskan minyak dalam kuali tidak melekat di atas api sederhana.
2. Masukkan kentang, sayuran campur sejukbeku dan daging ayam cincang. Masak dan kacau selalu selama 5-10 minit atau hingga kentang empuk.
3. Tuang telur dan susu ke dalam mangkuk dan pukul hingga sebati. Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.
4. Tuang campuran telur dan susu ke atas campuran kentang dalam kuali, kecilkan api dan masak tanpa kacau selama 3-4 minit atau sehingga telur dadar pejal.
4. Hidangkan semasa panas.

Kandungan nutrien setiap hidangan
Kalori : 105 kcal
Protein : 10 g
Lemak : 7 g
Kolesterol : 129 mg
Kalsium : 50 mg
Mudah dan ringkaskan....So selamat Mencuba....

3 Kawan Mama Suka Bagi Pendapat:

miela77 said...

Iela nak simpan resepi ni tuk Baby Qis...mana tau nanti dah kering idea...Silap2 Amira n Bad yang makan..hahaha

nurshah80 said...

cam best je resepi nak nak cuba la sok hehehehe

SHIMA said...

cam best je...nk simpan la recipe ni...nti licha besar,leh try...tq kak

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.