Followers

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Loading...

Friday, January 30, 2009

Shopping Lagi


******sekarang ni skirt Aqish semuanya dah senteng (pendek) so mama memang tak leh la tengok skirt2 yang cantik2 mesti nak beli. Tiap2 bulan mesti nak beli baju Aqish, tapi untuk baju jenjalan je la, baju pakai kat rumah dah banyak sangat. Bulan ni mama beli 4 helai. Cantikkan, mama paling suka yang warna putih tu dress tu comel & cute sangat2, tapi yang bunga2 tu mama tersalah beli size la, walaupun badan Aqish kecik tapi skirt tu pendek la...so ingat ari ni nak gi Parkson Jalan Klang Lama balik nak pi tukar amik size besar sikit leh pakai lama. Tapi mama tanya pendapat kengkawan mama diorang kata tak payah tukar, pakaikan skirt tu dengan LENGGING....macam best je mesti cute anak mama nanti. Tapi bile nak beli lengging tu??? kat Amcorp Mall ada jual nanti nak ajak papa la. Kalo Aqish dah pakai dress tu nanti mama snap gambar dia pastu mama upload dalam blog ni untuk tayangan unggul....hu...hu...

Cerita Tentang Aqish


*****semalam balik keje mama ajak papa bawak Aqish gi klinik sebab masa amik Aqish semalam Ibu Aqish kata Aqish batuk bunyi macam banyak kahak. So mama pun dah risau takut jadi lelah plak. Semalam gi Klinik Mediviron kat Subang Perdana. Tapi doktor owner tak de la plak yang duty doktor locum tu yang tak best sangat sebab Aqish dah biasa check up dengan doktor owner, tapi dah samapai klinik locum pun boleh la. Aqish memang takutkan doktor, bile doktor nak check suhu badan je Aqish dah nangis... tapi yang peliknya doktor kata Aqish tak de kahak??? aik...kalo dengar Aqish batuk memang rasanya banyak sangat2 kahak....so doktor tak bagi Nebulizer, cuma bagi ubat antibiotik Erythromycin, Bisolvan, Benadryl, Pcm. Tapi Aqish ni walupun tak sihat, tetap aktif macam biasa....hu...hu..mama & papa still pening nak layan Aqish ni. Ni gambar mama SNAP kat klinik malam tadi....Pagi tadi Aqish bangun tido, mama tengok Aqish dah sihat sikit....ALHAMDULILLAH.....

Thursday, January 29, 2009

Cerita Sedih......

Ari ni mama macam tak de mood je nak keje sebab teringatkan Aqish tak sihat. Masuk ari ni dah 6 hari Aqish selsema tak baik2, malam tadi dah start batuk2, ari tu dah bawa gi klinik tapi tak ok gak. Dada aqish dah berbunyi cam nak kena lelah balik cam dulu....YA ALLAH SEMBUHKANLAH PERMATA HATI MAMA....mama dah tak sanggup tengok Aqish malam tido tak lena, hidung tersumbat. Ni kali ke 5 Aqish kena selsema & kahak. Sebelum ni pernah jadi teruk sampai kena ambil NEBULIZER & SUCTION. Mama tak sanggup tengok doktor masukkan tiub dalam hidung Aqish untuk kuarkan kahak dari tekak dia, sampai darah2. Dah 3 kali aqish kena SUCTION, 6 kali kena NEBULIZER. Malam ni kena bawa AQISH gi klinik, mama rasa Aqish kena amik NEBULIZER bagi cairkan kahak kalo tak sampai teruk nanti kena SUCTION plak lagi. Selalunya bila jadi camni Aqish kena makan ubat antibiotik yang paling kuat sekali "ANTIBIOTK ZITHROMAX", baru kahak Aqish cepat lega. Aqish macam papa susah nak kena sakit tapi kalo sakit mesti teruk punyer...lagi satu masalahnya Aqish memang teruk sangat2 nak makan ubat, nangis2 sampai muntah balik semua ubat tu.....kengkawan doakanlah moga2 Aqish cepat sembuh....

Wednesday, January 28, 2009

ACARA LEPAS MAJLIS






******SAMBUNGAN*******

Lepas kenyang makan semua rombongan meminang pun balik. Sampai kat rumah persinggahan kat Telok Kemang tu, semua hantaran tu dibuka untuk santapan ramai2 tapi mama tak makan sangat sebab mama tak minat sangat makan kek. Pastu lepas Asar mama ajak papa gi mandi laut, ak-maklumlah rumah persinggahan Family papa ni dekat la sangat dengan laut bersebelahan dengan Politeknik Port Dickson je kat Rumah Teres Taman Intan Perdana....tapi yang tak bestnya mama mandi sorang2 je sebabnya papa tak mau mandi...hu...hu....tak de kawan tak best, mula2 macam tak nak mandi je tapi alang2 dah sampai mandi je la....ramai betul orang kat pantai ye la time cuti panjangkan masa ni la semua orang nak bawak family bercuti...mama mandi ada la dalam 1/2 jem je kot...pastu plan nak gi NILAI tapi baru teringat kan 26hb tu Hari Tahun Baru Cina, so mesti tak ramai orang berniaga...so batalkan je niat...tak jadi la singgah...mama pi PD pun tak de beli ape2 pun ole2 sebabnya tak ramai orang berniaga & tak de yang berkenan pun....

SAMBUNGAN CERITA PERTUNANGAN


*****SAMBUNGAN*****

Ok la nak story sikit pasal majlis ni....Adat Melaka macam2 ditanya mama tak pernah plak dengar ni la First Time....nak tau berapa harga cincin pertunangan tu RM2,865.00 dapat less RM1,800.00. Cincin merisik RM1,000.00 lebih, Mak oi mahal giler....dah sayang kan?? mama pun ada selit2 kan diri possing snap gambar dengan bakal biras mama ni....sebaya mama tu baru sweet 25 tahun, tapi mama berpangkat "KAKAK IPAR".....nak tau ape yang papa & mama target nak kidnap hantaran diorang ni....he...he...lepas tukar dulang je mama amik bakul buah & papa amik bakul kek coklet...hu...hu....pasalnyer masa papa bertunag dengan mama dulu papa langsung tak dapat merasa ape2 pun so ni la masanya nak balas balik...he...he..he...tapi kitorang tak lah amik semua, bahagi2 jugak dengan yang lain2 tu tak adil lakan bolot semua...berapa duit hantaran???? depa pilih ikut tahun kelahiran RM8,384.00 83 tahun kelahiran Adeq Ipar Mama 84 tahun kelahiran Biras mama...Ikatan pertunangan diikat sampai hujung tahun ni...majlis pernikahan & kenduri belah pompan 26hb Disember 2009, yang pihak lelaki 2 Jan 2010...so mama ucapkan SELAMAT BERTUNANG SEMOGA JODOH BERKEKALAN HENDAKNYA.....AMIN.....

MAJLIS PERTUNANGAN ADEQ PAPA


Tanggal 26hb Januari termetrai pertunangan Adeq papa yang second bongsu dengan anak gadis orang Melaka....Mula2 mama tak dapat pergi sebab nak kena siapkan PAYROLL tapi last minit bila papa pujuk ajak gi mama rasa macam bersalah plak & akhirnya mama pun pergi...Majlis berlangsung kat MASJID TANAH MELAKA. Mama kuar dari rumah kol 9.15pagi. Macam sedih gak nak pergi sebab tak bawa Aqish, Aqish kat rumah Opah...nak tau malam tu mama nangis sebab rindu sangat kat Aqish, mama asyik tengok video Aqish kat TV je...tengok banyak2 kali sampai papa ajak mama pi amik Aqish, tapi tak leh sebab Aqish tak sihat mama & papa plak nak jalan jauh ari Isnin tu....Sedey tau..family papa bertanggah kat rumah Abang Papa kat Telok Kemang. Mama & papa sampai Telok Kemang dalam Kol 11.00 lebih...Hu..hu....Jalan jem giler sebabnya kan hari cuti semua orang bawak keluarga mandi manda kat PD....teringat plak kat Aqish nak bawak dia mandi laut....Pastu bertolak kol 12.15 tengahari sampai kat Masjid Tanah kol 1.30 tengahari....peru memang dah lapar giler2...kami pergi 6 buah kete semuanya......
*****BERSAMBUNG*****

Tuesday, January 27, 2009

RINDU BANGAT DENGAN AQISH





Masuk ari ni dah 4 hari Aqish dok dengan opah kat Kuala Selangor. Rindu bangat mama dengan Aqish...Kenapa hantar Aqish kat Opah??? sebabnya 26hb mama gi menghantar pertunangan Adeq papa kat Melaka. 27hb plak mama kena keje siapkan payroll. So memandangkan Aqish pun tak berapa sihat, so mama wat keputusan minta tolong opah jaga Aqish...Aqish tak rindu kat mama ke? tak pernah lagi mama berpisah dengan Aqish lama.

Thursday, January 22, 2009

WEB SITE JUAL BARANG BABY SECARA ONLINE???


Nak share dengan kengkawan kat luar sana, kalo sape2 yang suka sangat2 beli barang baby secara online...MALAYSIAN ONLINE BABY SHOPS
mama pun selalu bukak website ni cuci2 mata cari barang2 mane yang kenan untuk Aqish...

THE LIL CALIPH NEW YEARS CONTEST 2009


APE TU THE LIL CALIPH??

The Lil Caliph merupakan sebuah KEDAI ONLINE yang menjual pelbagai produk berkualiti untuk baby & mom. Diantaranya ialah:

Kategori:

Maternity
Nursing Wear
Breastpumps
Breastfeeding Essentials
Mother Care
Baby Pouches
Baby Bags
Apparel
Lil Shoes
Baby Slumber
Toys & Games
Lotion & Potion
Feedings
Safety, Health & Hygiene
Travel Companion
Keepsakes

Dengan kemudahan yang disediakan anda tidak perlu pergi ke shopping complex untuk beli barang baby @ mom. Lagi pun harga yang ditawarkan oleh The Lil Caliph amat berpatutan dan menarik...untuk keterangan lebih lanjut tentang Produk2 @ barang2 yang dijual kat The Lil Caliph ni sila klik THE LIL CALIPH

Untuk pengetahuan semua sekarang ni The Lil Caliph sedang melancarkan Contest untuk semua Blogger-Blogger.Hadiahnya menarik tau, jom la join mama, kita ramai2 masuk contest ni mana tau tuah anak anda leh menang hadiah tempat pertama.

Ape syarat2 @ terma pertandingan??

Senang je klik BLOGGER CONTEST kat situ ada nyatakan syarat2 @ leh baca keterangan di bawah:

TERMS & CONDITIONS

1. The Contest is open to anyone who owns and writes a blog publicly.
2. Bloggers must include the Big Contest Logo (just right click, copy and paste, or click here) on their blog entry to be qualified.
3. Bloggers must also ensure that they mentioned TheLilCaliph.com with a link back to the webstore, and finally drop a comment here with a trackback of their entry/blog.
4. Your blog can be written in English or Malay only.
5. This contest is open from 1st January 2009 to 31st March 2009.
6. Any participation that follows the rules above will be counted as an entry.
7. Bloggers are allowed to send in as many entries as they like, however, only bloggers who put up more than 5 entries a month are eligible to win the Grand Prize.
8. There’s only one (1) prize will be given to one blogger, no matter how many blogs you own.
9. Winners are judged based on the most creative way of promoting TheLilCaliph.com on their blog sites. The blog with the most hits stands a bigger chance to win.
10. The winners will be selected after the contest ends and shall be announced on our TLC Blog by 6th April 2009.
11. The holiday prizes are solely on accomodation in Hotel rooms for 2 adults + 2 children only. Winners must provide their own means of transportation and everything else related.
12. The accomodation is valid until 31st December 2009, and subject to 2 months prior booking.
13. Prizes are not exchangeable, transferable or redeemable for cash for whatever reason. However, the winner of the Grand Prize is allow to exchange their international to local holiday with a written request. We will honour the exchange to 4D3N to Langkawi, Redang or Tioman Islands.
14. The Organizer reserves the right to amend, delete or add to the above Terms and Conditions at any time without prior notice.

And the best thing is, the GRAND PRIZE is a 4D3N vacation to PHUKET OR BALI (It’s your wish!). And 2 more bloggers shall win a vacation for a 3D2N to LANGKAWI, REDANG OR TIOMAN ISLAND.

atau anda boleh hubungi mereka di talian berikut:

Customer Service: +6 017 2008 234
info@thelilcaliph.com

Senang dah mudah kan???ape lagi jom kira memeriahkan lagi website THE LIL CALIPH BLOGGER CONTEST.....

Wednesday, January 21, 2009

Info Shopping

Mane nak tau pasal warehouse sale??senang je pernah dengar tak web site shopping n sale (SNS)....web site ni ada banyak info pasal ape je sale yang ada kat Malaysia ni contohnya Baby Kiko Warehouse Sale, Pureen Warehouse Sale dan sebagainya....nak join comment @ pun nak baca ape2 comment mengenai sale yang on going pun buleh...So dari comments ni pun kita leh tau sale tu bagus ke tak?? nak tau website nyer klik sini SNS
SNS BLOG
SNS MOM

***HAPPY SHOPPING****

DERMA GAZA





Hu...Hu...gambar Budak Despatch Office mama masuk kat dalam Paper Utusan....Dia gi hantar Cheque Sinar Jernih kat Utusan...

Appeton M+Lysine



VITAMIN APPETON M+LYSINE ( SYRUP )



VITAMIN APPETON M+LYSINE ( TABLET )

Masa gi klinik tu doktor bagi Aqish Vitamin Appeton M+Lysine (syrup). Aqish ni memang susah sangat2 la nak makan ubat. Mula2 mama ingat nak beli yang tablet pastu takut Aqish tercekik plak makan tablet, last2 mama minta syrup. semalam mama bagi makan Aqish nangis2 sampai muntah balik semua makanan dengan ubat tu sekali....pastu pagi tadi Ibu Aqish kata, Aqish suka makan Vytamin Appeton M+Lysine Tablet Strawberry Flavour...so balik keje petang ni mama nak ajak papa gi beli Vytamin Tablet tu...Tapi sape yang nak makan Vytamin syrup tu?????

Visitor 1984


He...he....ari ni genap visitor blog mama 1984 (tarikh tahun kelahiran mama ) simpan wat kenangan....

Graf Perkembangan Berat Badan Aqish



Isnin ari tu mama gi bawa Aqish gi check up.....maklumlah dah lama tak gi klinik last gi masa aqish umur 1 tahun....patient ramai giler. mama suka gi klinik AN-NISA DR.Norashikin kat Subang Perdana.Mama suka gi klinik tu sebab doktornya peramah. Mama & papa tunggu dalam 20minit baru sampai turn Aqish....masuk je bilik doktor, mama cerita tentang perkembangan Aqish.pastu gi timbang berat badan Aqish...8kg je...sedihnya. Pastu doktor sambung graf perkembangan berat badan Aqish...doktor kata perkembangan berat badan Aqish tak berapa bagus dah masuk line kuning, dah menunjukkan kekurangan vitamin & gizi makanan. So mama pun cakap kat dktor Aqish memang tak nak makan sekarang ni..just makan sup kentang + ayam.nasi, mee hoon, mee semua aqish tak nak, tapi nyusu ok...2 jam sekali 4oz, tu pun doktor kata sikit. patutnya umur 1tahun 3 bulan berat badan Aqish dah mencecah 11 @ 12kg, aqish dah kurang 3kg. Doktor sarankan bagi makan roti + peanut butter @ ape2 je makanan yang berkhasiat. Pastu doktor pun bagi Aqish ubat cacing & Appeton M+Lysine. Sedeykan berat badan Aqish naik tak berapa memberangsangkan....

EOE PHOTO PRINTING






Semalam dalam kol 5.00 petang ada satu bungkusan sampai ke Office Mama & bungkusan tu untuk mama...Hu...hu...mama memang dah tau sape penghantarnya "EAST OCEAN E-IMAGING SDN BHD @ EOE....hari tu kan mama ada masuk Blogger review....
jeng...jeng....jeng....dah dapat pun 50 keping gambar 4R & 2 keping 8R secara percuma yang dihantar terus secara kurier ke depan pintu rumah @ office......sonoknye...THANKS A LOT EOE.....mama pun dah perkenalkan kat kengkawan mama kat ofis tentang EOE ni.....diorang pun berminat nak cuba cuci lagi pun kos printing murah je....So THANKZ sekali lagi kepada EOE hope u all punyer company akan lebih maju di masa akan datang.....

Tuesday, January 20, 2009

Baby Announcement ( AQISH )


Sebenarnya dah lepas dah tapi saje suke2 nak tepek gambar Announcement Birthday Aqish ni...

Record Of Immunisation


Immunisation

All newborns have not undergo an immunisation programme to effectively protect them from many harmful diseases. Generally, these vaccines are quite safe with little or no site effects. Usually the protection from these vaccines outweighs the harm of the side effects.

Possible side effects

Cries more than normal, is grumpy and upset.
Swelling at injected area.
Slight fever. Give recommended dose of paracetamol preparation.
If fever persists, baby screams a lot or if injected area is very swollen, take;baby to the doctor immediately.
Mild rashes similar to the infection being immunised.

When not to immunise

While it is advisable to immunise your baby as scheduled, sometimes it should be postponed in the following situations.

Sick with a fever or diarrhoea.
Had a major reactions to previous immunisation.
Premature babies as advised by his paediatrician.
Family/siblings with a history of adverse reaction to certain vaccines.
Suffering from an acute febrile illness.

Friday, January 16, 2009

Masa bercinta dengan Papa






he...he...ni plak gambar masa mama bercinta dengan papa...time ni birthday papa 21hb Februari 2006. Mama & Papa gi Zoo Negara jalan2. Masa sebelum kahwin papa memang suka tangkap gambar tengok la macam2 aksi papa wat, tapi bile dah kahwin papa dah tak nak tangkap gambar...ni la gambar masa mama muda2 dulu,he...he...sekarang ni pun tak dela tua sangat baru 25tahun...

Kurma, Kismis, Madu & Sebab Utama Lelaki Ditarik Ke Neraka Oleh Wanita

"Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."

Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.

Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s.Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w.
Puan janganlah risau kerana takut diserang kencing manis.Apa yang harus puan buat, makanan manis2 yang lain puan jauhkanlah. Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.

1) KURMA

Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sehat".

"Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)".

Abu Abdillah a.s. bersabda:
"Buah kurma adalah salah> satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".

Abu Abdillah a.s. bersabda:
"Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan".

Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s. bersabda:
"Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".

2) KISMIS

Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".

"Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".

Imam Ali a.s. bersabda:
"Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".

"Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesehatan jiwa".

Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan
menyehatkan jiwa".

3) MADU

Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasehat Al-Qur'an,
maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".

"Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu".

"Sebaik-baik minuman ialah madu karena dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".

"Allah SWt telah meletakan berkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai obat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi".

Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda:
"Madu adalah obat dari segala penyakit,tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda:
"Rasul saw sangat menyenangi madu".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda:
"Biasakanlah dirimu memperoleh dua obat yaitu meminum madu dan membaca Al-Quran".
************ ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* *
Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik keneraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?..pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahanam.)

2. Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia?Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)

3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas...kau juga akan dipertanggungjawabk an diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya.. .maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabk an di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu....nasihatila h dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu
juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa...selamatkanla h dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika
tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

Lihatlah.... ..betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman Allah S.W.T;

"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu..."

Pendek ja statement ni tapi amat bermakna

Bila Allah cepat makbulkan Doamu,
Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu,
Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu,
Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.
Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...
Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.
Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda tidak akan lupa dan hantarkan juga kepada orang yang menghantar pesanan ini.
Ini adalah pesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya. Kalau anda tidak menghantar pesanan ini, bermakna anda sudah mula melupakan kawan-kawan anda.
Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik, InsyaALLAH

KENANGAN TERINDAH


Ni plak gambar masa mama sekolah darjah satu.....masa darjah satu mama rendah je....mama tak nakal tau masa sekolah "GOOD GIRL"...hari pertama persekolahan pun mama tak nangis macam budak2 lain...



mama yang tecik tu, yang dukung mama tu opah Aqish (mak mama).

MAMA & ABANGLONG MAMA






MASA MAMA TECIK2 DULU MEMANG BANYAK GAMBAR YANG OPAH & ATOK AQISH AMIK. MASA MAMA TECIK DULU, MAMA MEMNAG KUAT NANGIS TENGOK LA MASA NAK TANGKAP GAMBAR PUN NANGIS...HU...HU..MALUNYA....ABANGLONG MAMA MASA TECIK2 COMEL KAN CUTE SANGAT....

Imbas kenangan lama


mama nak upload gambar masa zaman mama kecik2 dulu, semalam sebelum nak tido sempat lagi mama belek2 album lama2....hu...hu....teringat zaman masa kecik dulu macam Aqish ni...NI MAMA UPLOAD GAMBAR MAMA DENGAN ABANGLONG & ADEQ MAMA MASA KECIK2 DULU. MAMA ADA 3 ORANG ADEQ BERADEQ JE, KATA MAMA PUNYER MAMA MUKA MAMA NI MACAM ADEQ MAMA....TOL TAK???

Gambar Mama masa tecik


rasanya sama tak muka mama dengan Aqish masa mama tecik dulu...comelkan like mother like daughter...tengok la walker zaman dulu2 tak canggih macam sekarang ni.....gambar papa masa tecik tak de so tak leh nak upload nak baNdingkan Aqish ikut muka sape....

Thursday, January 15, 2009

Ubat makanan tambahan untuk Otak bayi...



ok...petang ni ada isu sikit la nak di bincangkan pasal Ubat untuk mengasah minda anak2 kita. Zaman sekarang ni pelbagai produk ada untuk kesihatan & minda kanak2....so mama nak minta pendapat kengkawan mama pasal Isu ni...ramai di kalangan Ibu bapa memberikan anak2 Ubat untuk minda ni...rasanya perlu ke???Mengikut survey di antara kengkawan mama Ubat2 untuk minda kanak2 ni memang bagus, dapat merangsang otak mereka supaya menjadi budak yang pintar & meningkatkan stamina tubuh badan kanak2. Sejauh mana betul tanggapan ni mama nak dapatkan feedback dari kengkawan semua...kot2 ada sape2 di kalangan kengkawan blog mama ni ada yang bayi Ubat untuk minda anak2 mereka...Salah satu produk yang mama dapat tahu bagus keberkesanannya ialah EXAMO CMK500...kengkawan baca ye penerangan tentang produk ni:

EXAMO-CKM 500 adalah sejenis makanan yang memberikan nutrient untuk saraf bagi memulihkan kesegaran otak. Ia dapat merawat masalah saraf dan mental, takut, cemas, runsing, memberi keyakinan dan membangkitkan semangat. Ia dapat menguatkan daya berfikir dan mencerdaskan akal serta membaiki daya tumpuan, menghapuskan letih lesu, serabut fikiran dan kelesuan otak. EXAMO – CKM 500 juga merupakan makanan berzat mengandungi nutrien biokimia yang menyuburkan otak dengan menggalakkan pertumbuhan ramisaraf aksosomatik dan aksodendritik pada sel neuron otak. Rumusan EXAMO-CKM 500 mengandungi garam tisu biokimia triturate Kalsium Posfat, Kalium Posfat dan Magnesium Posfat dalam juzuk yang tetap.

Rencana Ringkas Tindakan EXAMO-CKM 500

Tubuh yang sihat dan bertenaga boleh melakukan pelbagai kerja. Apabila tenaga dibelanjakan maka kian berkuranganlah, timbullah keadaan-keadaan seperti:

· Lesu

· Lemah

· Mengantuk

· Sengal otot dan sendi

· Lapar dan Dahaga

· Marah-marah

· Tidak dapat meneruskan kerja

Untuk menghilangkan masalah-masalah tersebut, tenaga dapat dipulihkan.

Lagi satu produk ialah MEMO PLUS GOLD:

Cara MEMO PLUS GOLD Berfungsi

Penyelidikan di CDRI menunjukkan bahawa pati Brahmi meremajakan kembali dan mencergaskan semula sel-sel otak yang rosak atau lemah, terutamanya di dalam pusat otak yang dikenali sebagai “hipokampus” yang terlibat dengan daya ingatan dan pembelajaran. Ia memudahkan pemerolehan, penggabungan, dan pengekalan memori serta daya ingatan terhadap tugas yang telah dipelajari. Hipokampus ialah bahagian otak yang terletak betul-betul di atas telinga dan di bahagian itulah otak terhubung dengan pembentukan daya ingatan.

Pengambilan tetap kuantiti optimum Bakosida A & B, bahan aktif dalam MEMO PLUS GOLD juga meningkatkan ingatan jangka pendek dan panjang dengan menambah aktiviti kinase protein dan sintesis protein baru khususnya dalam sel otak yang terhubung dengan daya ingatan di bahagian hipokampus. Menerusi mekanisme tersebutlah Brahmi mempertingkatkan keberkesanan transmisi impuls saraf dan merangsang aktiviti neural (yang berkaitan dengan saraf). Ia boleh memberi manfaat dalam melawan tekanan, mempertingkatkan refleks dan menambah kapasiti mental.

Brahmi tidak patut dikelirukan dengan Gotu Kola (Centelle asiatica), yang kurang molekul bakosidanya. Herba serupa yakni Gingko Biloba lazim digunakan untuk memperbaiki fungsi otak dan daya ingatan dengan merangsang peredaran, tetapi herba ini juga kurang kandungan bakosidanya.

***Tapi rasanya memo plus ni untuk dewasa je...tok kanak2 tak de produk lain pun ada gak, ada tak sape2 tau sebab mama nak bagi Aqish makan ubat untuk minda ni la...like EXAMO CMK500

Smart Reader VS Kumon



Mesti semua pernah dengar tentang Taska Smart Reader & Kumon ni?? Minggu lepas mama pergi rumah makcik mama kat Serdang, masa mama masuk bilik makcik mama tu, mama nampak Beg Smart Reader anak makcik mama. So mama pun terus tanya makcik mama "AMRI MASUK SMART READER SCHOOL KE?. Makcik mama kata ye....mama tanya yuran berapa RM1000 yuran RM260 untuk bulanan. WOW....mahal gilos....tapi makcik mama kata pengorbanan untuk anak nak berikan yang terbaik biarla kita berhabis duit untuk anak janji masa depan anak terjamin...kelas start kol 9.00 pagi sampai 12.00 thghari...bajunya semua warna merah...makcik mama kata memang ada perubahan pada anak dia, dah boleh membaca dalam bahasa English....anak makcik mama umur 5 tahun. Rasa macam teruja plak nak hantar Aqish.....tapi kat kawasan rumah mama tak de Smart Reader, Kumon ada la....makcik mama kata Kumon banyak menekankan matematik & English......
KUMON:

The Kumon method is an individualised learning method that allows each student - regardless of age or school level - to study at the appropriate level according to the Kumon Method of learning.

By self-study, students acquire basic academic abilities, and also concentration skills, good study habits, confidence, a sense of self-affirmation, a sense of achievement, a challenging spirit and an ability to learn by themselves.

Kumon cultivates:

• Mastery in the basics of Mathematics and reading
• Improved concentration and study habits
• Increased self-discipline and self-confidence
• A sense of accomplishment
• Performance to each student's full potential

SMART READER:

Programme Overview
Smart Reader Kids Junior® is a remarkable programme created for toddlers to give them the best during their childhood years. In Smart Reader Kids Junior®, infants and toddlers learn by experiencing the environment with
their five senses – by seeing, hearing, tasting, smelling and feeling. They learn the sense of trust / through interaction with committed and caring teachers. Teachers not only meet the infants’ and toddlers’ physical needs but spend time, playing and talking with them. The teachers help the infants and toddlers by pointing out things to them to look, touch and hear to help develop their training styles. Toilet training, feeding and dressing are taught without criticism and provide opportunities for the children to try things for themselves.

Smart Reader Kids Junior®provides a world of
newness, colour, vigour, joy, fun, knowledge and excitement.

Techno Play - manipulative and creative play activities
Rainbow Play - painting, colouring, art and craft activities
Read and Play - reading, storytelling, puppet shows and drama
Sound Play - songs and music movement sessions
Fun Play - physical and group play activities
Wet Play - water and outdoor activities

Special Features:

Small group learning environment
Every child is regarded as an individual
A well-studied and complete programme; to bring out the best in every child
A child is given practical training to be groomed as an intelligent individual – smart
thinker, smart speaker and smart learner
The programme is specially planned; to be the best for parents who want the best for
their children
Every teacher is specially trained in the programme; to deliver in the most professional
manner
It is a golden opportunity of a lifetime for a child; let him enjoy his childhood to the
fullest!

ape pendapat kengkawan semua perlu ke kita hantar anak ke taska yang mahal camni @ yang biasa je dah cukup yang penting pendidikan Ibu Bapa dari Rumah??

INFO SALE MAMY POKO & DKSH

SALE....SALE.....untuk keteranga lanjut sila baca lampiran di bawah....



MAMY POKO SALE

16 January 2009
Mamy Poko Warehouse Sale
From RM25 onwards
ONLY ONE DAY
Products Offered
Mamy Poko Diapers at RM25
Time : 11am to 6pm

Location
Lot G.02 Ground Floor
KPMG Tower/Plaza IBM
Bandar Utama
[Next to One World Hotel]



DKSH SALE

17 to 18 January 2009
DKSH Stock Clearance
Products Offered
Household Appliances
Pesticides Control Products
Oral Care Products
Pharmaceutical Products
Personal Care Products
Cameras
Kitchen Use Products
Toys
Energy Drinks
Healthfood
Drinks
Chocolate & Milkpowder
Snacks
Oats & Cereals
Chocolate Confectionery

Brands Offered
Berry
Ferrero Rocher
Brands
Indocafe
Vico
M&M Milk
Quaker
Ruffles
Champs
Flavettes
Darlie
Nivea Cream
Fumakilla
Rubbermaid
Time : 930am to 5pm
Location
DKSH Malaysia Sdn Bhd
Lot 74 Jalan University
46700 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

@ Apa Perkembangan Terbaru Aqish?????

Pada tanggal 13hb Januari 2009 lepas genaplah umur Aqish 1 Tahun 3 Bulan.....nak tau ape perkembangan terkini Aqish....he...he....sekarang ni Aqish dah pandai main masak2......ari tu mama ada belikan mainan masak2 kat Econsave. Lupe plak nak Snap gambar....Aqish suka main masak2 dengan mama tapi kalo dengan papa pun dia tak kisah boleh gak....tapi kalo Aqish main masak2 mama kena duduk dok ngadap dapur gas Aqish tu je tak leh bangun2, mama nak minum air pun tak leh Aqish marah kalo mama bangun....tapi cara Aqish memasak memang ganas tak de ciri2 kewanitaan langsung....bila Aqish main masak2 mama selalu jadi tukang rasa masakan Aqish tu.... aqish suapkan sudit menannya kat dalam mulut mama sambil bunyikan Srupp....Sruppp...tandanya sedap sangat la tu....selain tu Aqish juga dah pandai sepak bola sekarang ni, suka sangat main bola....(jadi tukang kutip bola, bak kata papa "BUDAK MILO"). perkembangan lain Aqish dah pandai cakap MAMA, PAPA, IBU, ABAH, NAK, BAK, NAH, TAK NAK. Aqish pun dah paham ape yang mama & papa cakap dan boleh buat ape yang mama dan papa suruh....Aqish dah pandai cium pipi mama & papa kalo di REQUEST....lagi satu tabiat Aqish ni suka sangat pakai kasut kat dalam rumah ala2 orang putih....so mama terpaksa la beli kasut Aqish untuk dalam rumah....

Wednesday, January 14, 2009

Mari Jawab Tag 2009 daripada Yantz @ Mama Aqil


Ha....selalunya mama suka kenakan Yantz ni soh jawab tag, la ni mama plak terkena....so kena balas balik......nak jawab ni tapi kena bagi jawapan sampai sepuluh tu yang musykil nak pikir ape jawapannyer.....

1. Copy Badge “2008 Cute’s Blogger Award” untuk diletakkan di blog anda

2. Link atau ceritakan kembali siapa yg memberikan award ini kepada anda

YANTZ @ MAMA AQIL

3. Setiap blogger hendaklah menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum pemenang seterusnya

** Mama memang suka sangat gi Shoping, tapi nak tau bila sampai kat Shopping Complex tempat pertama yang mama tuju ialah.........."Baby Corner"(barangan Bayi)....kadang2 sampai papa bising sebabnya kat tempat baju baby berjam2 walhal kadang2 tu tak beli pun setakat tengok pun jadi la...tak tau la dah memang tabiat mama memang camtu sejak ada Aqish ni..........

** Pernah tengok CSI? hu...hu...tu memang citer favourite mama.....sampai pernah jadi sebelum ni mama gaduh dengan papa pasal berebut nak tengok channel, papa nak tengok cartoon mama nak tengok CSI, so akhirnya perjanjian pun dibuat tiap2 ahad start kol 9.00 malam sampai 12.00 malam papa bagi peluang kat mama tengok CSI MIAMI, CSI NY & CSI biasa tu.mama start minat giler tengok citer ni start mama ngandungkan Aqish....

** Mama suka sangat tengok gambar Aqish kat dalam PC mama ni, tiap2 hari nengok tak jemu2, kadang2 mama edit gambar Aqish jadi macam2 patern. bila tension wat keje nengok gambar Aqish ni leh bagi hati jadi tenteram aman dan damai.

** yang keempat mama memang suka update blog mama, tak caya tengok dalam bulan Jan je mama dah update banyak citer, citer pendek2 pun jadi gak asalkan update & mama suka sangat baca blog orang lain (RAKAN MESYUARAT TINGKAP) macam blog Yantz @ mama Aqil,Sue @ maryam &co,Baby Ibu, Tiabarney, SecondbargainBox, Amysweetystore, Thetottoys dan sebarang blog yang dah di update dan semua blog listed kengkawan mama ni....

** Mama suka kemas rumah, tak kira kol berapa, pernah ari tu mama kemas rumah, sapu sampah mop lantai kol 12.00 tengah malam, papa bising masa tu. Tapi ntah la mama memang tak leh tengok rumah bersepah mesti mama nak beersihkan tak kira time.......masa ngandung dulu pun dah 8 &9 bulan mama manjat2 lagi, ngemop sampai papa sorok mop takut masa mama mop terjatuh....kelakar betul la....

** Mama pun giler contest macam mama Aqil, bile gi shopping pantang la jumpa borang contest @ kat mane2 web site mama mesti nak masuk contest tu, antara contest yang mama pernah masuk mamy poko contest hantar sampai 6 borang tapi rezeki baby ibu @ammar yang dapat, cool fever contest, power root contest, petronas contest 7 macam2 lagi, tapi contest ni yang mama paling lemah bila ada ayat ni "sila nyatakan dalam 15patah perkataan/slogan mengenai barangan tersebut....hu...hu...pecah otak nak pikirkan slogan @ ayat yang sesuai.

** Snap gambar, lagi satu hobi yang tak leh blah mama suka sangat amik gambar tak kira kat mane & tak kira gambar Ape terutamanya gambar Aqish. kalo tengok kat dalam PC mama ni ada lebih kurang 500 keping gambar Aqish dari kecik sampai besar. Bila gi jalan je mama wajib bawa camera...sebab nak SNAP sana SNAP sini....

** Lagi satu mama memang suka beli buah bile gi pasar @ shopping complex tapi akhirnya buah tu mama tak makan pun, papa yang tolong bagi perabih sampai ari tu kena warning dengan papa "LAIN KALI JANGAN BELI BUAH KALO TAK NAK MAKAN"....hu...hu...memang hobi suka tengok peti ais tu penuh dengan macam2 makanan....

** Mama suka dok belek baju Aqish, he..he...malu nak citer, tiap kali bile balik shopping mama tak kan basuh baju baru Aqish dulu, mama akan tengok puas2 belek2 padankan dengan Suar @ skirt, pas dah puas hati baru mama basuh, pas dah basuh mama akan sidai cantik2 pastu bile dah kering mama lipat simpan kat dalam almari baju jenjalan Aqish, rasa sayang sangat nak pakai, papa pernah cakap "kalo setakat nak wat pameran je tak mau pakai baik tak yah beli"...he...he...tu la peel mama...

** Ni yang terakhir, mama suka bawak Aqish gi taman tiap weekend sebabnya mama rasa sonok sangat tengok Aqish gembira sambil tu mama boleh SNAP gambar Aqish....he...he...memang hobi suka sangat tangkap gambar......

4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyertakan nama mereka di blog anda
sape nak amik je la award nie...aku kasik FREE & IKHLAS!!!!!

Maka terjawablah sudah kesemua tag dari Yant @ Mama Aqil, Yantz hobi kita macam lebih kurang je kan???

So sekarang mama nak Tag kengkawan Blog mama, pemenang Award Adalah seperti berikut:

1. Baby Ibu (he..he.. Tag sebelum ni pun tak jawab lagi kan, ni yang baru plak, HOME WORK k)
2. Sue @ Maryam & Co
3. Mama Lieyna
4. Mummy Adam
5. Eza-ism
6. Mommy Germ
7. Padnani
8. Linda @ parenting & motherhood Share
9. Aidaroha @ Inspirasi & kreativiti
10. Rieda96

Kepada kesepuluh2 kengkawan mama yang kena tag ni, jangan lupe jawab k.....

TQ

Baby Baru


Ari Sabtu lepas mama pergi rumah makcik mama kat Semenyih nak gi melawat baby baru.....nama baby ni Syaiful Azim....berat masa lahir 3.10kg......Azim merupakan anak keempat daripada 4 orang adeq beradeq...sebenarnya makcik mama ni frust sebab sebenarnya dia mengharapkan baby Girl maca Aqish yang cute ni....tapi dapat baby Boy, tapi ape2 pun janji baby sihat kan.......anak makcik mama ni ke empat2nya lelaki...tak de girl......Syaiful Azim baru umur 10hari masa mama amik gambar ni tapi dah dapat pangkat pakcik....Aqish panggil Azim ni Pakcik Azim mengikut pangkat...sebabnya Azim ni sepupu mama adeq kepada Opah Aqish......cute kan mama plak teringin nak baby boy....

Tuesday, January 13, 2009

He....he.....Birthday Mama


gambar ni sebenarnya dah lama snap time birthday mama tahun lepas 21st September 2008 tapi lupa nak upload la.....so ari ni mama upload la untuk kenangan di masa akan datang....birthday ni diorang wat suprise tapi naluri mama dah dapat baca cam de sesuatu yang berlaku, so derang frust la sebab mama tak terkejut pun, masa birthday mama ni, mama dapat hadiah handbag, tapi tak snap la gambar handbag tu so tak leh nak tunjuk...masa ni derang beli kek aiskrim nyam....nyam....n kitorang makan KFC......tapi ape pun mama ucapkan time kacih pada semua kengkawan opis mama bebudak HR Dept yang bertungkus lumus untuk menjadikan birthday party ni SUPRISE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.