KUALA LUMPUR -
Penjual barangan kraf tangan, Faridah Sahari bertekad mahu memberi kejutan kepada suaminya dengan niat menguruskan badan.
Dia bimbang kerana selepas berkahwin tiga tahun lalu, berat badannya naik 10 kilogram kepada 64 kilogram.
Tanpa pengetahuan suaminya yang juga seorang juruterbang, Samaon Ishak, 54, Faridah meninggalkan rumah mereka di Paka, Terengganu untuk sesi rawatan sedut lemak di sebuah klinik di Taman Desa, di sini pada 17 Disember lalu.
Namun hanya 20 minit selepas dia menerima suntikan bius untuk pembedahan itu, Faridah dikatakan menggelupur sebelum meninggal dunia.
Kejadian pada pukul 3.30 petang itu menyebabkan beberapa orang kakitangan klinik cemas dan berlari keluar dari dewan bedah.
Dapatkan berita selanjutnya dalam akhbar Kosmo!.
8 Kawan Mama Suka Bagi Pendapat:
liposuction ni mmg mcm bahaya....baik bersenam n jaga mkn ajakan
ish menakutkn..tahan selera jer dh la xyah nk kurus sampai gi bedah2 ..rasanya pernah gak dengar sebelum ni kes yg serupa..
to honeylanz : ya betul...nak diet biar dengan cara yang sihat
to ieza : he...he...tol tu...dek kurus punyer pasal...tak pasal2 hilang nyawa...jadikan ianya sebagai iktibar k...
ini takde penyakit cari penyakit namanya! eh bukan pennyakit lg ye..cari ajal!! nk kurus takyah nk shortcut2..buat cara betoi kan..
hmm xtau lah nak kata apa.. mmg ler kiter nak kurus tp xde terfikir spai nak buat bende camtue..bersyukur ler dgn ape yg kiter adekan..
to mamalieyna : ya...kurus cara sihat yang macam kak ina amalkan tu lagi baik kan
to eijam : nak diet kena minta nasihat doktor jugak kan...supaya kiter diet cara sihat...
Post a Comment