Followers

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Loading...

Tuesday, January 19, 2010

Renungan Bersama Ari ni...

tanda-tanda dunia di penghujung nyawa..

- 1) Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda: 'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.' Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.' - Sahih Bukhari ~ dah jadi dah...
  • - 2) Zina bermaharajalela.
'Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.' - Sahih Muslim ~ dah nampak dah... jangan dok asyik gi Golok sangat
  • - 3) Bermaharajalela alat muzik.
'Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka'. Ada yang bertanya kepada Rasulullah; 'Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?' Baginda menjawab: 'Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita' - Ibnu Majah ~ Mentor, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah Muzik....
  • -4) Menghias masjid & membanggakannya.
'Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid' - Riwayat Nasai. ~ memang dah nampak dah...Macam Masjid Crystal tu ke..?
  • 5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik. 'Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga.' - Riwayat Ahmad dan Hakim. ~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu...

  • 6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
'Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran' - Riwayat Ahmad ~ boleh kira berapa jer para ulama' yg tinggal...
  • 7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia' - Riwayat Thabrani ~ George Bush, Ariel Sharon & kat Malaysia pun ada....
  • 8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
'Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.' - Riwayat Ahmad ~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...
  • 9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. 'Di antara anda² telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang'. ~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc.).....Masyaallah..kalau ada dlm ofis ni tegur2 le…
  • 10) Bulan sabit kelihatan besar.
'Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.' - Riwayat Thabrani ~ tak caya gi tengok....
  • 11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
'Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu' - Sahih Muslim ~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar2 harian & majalah² yg popular skarang nie...
  • 12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
'Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.' -Riwayat Ahmad ~ tengok kes peperangan Iraq ...
  • 13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.
'Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai²' - Sahih Muslim ~ Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjir... TOLONG FORWARDKAN KEPADA TEMAN² LAIN! Dari Abdullah bin 'Amir r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda: 'Sampaikanlah pesanku biarpun 1 ayat...'
p/s mari kite renung2kan & muhasabah diri

1 Kawan Mama Suka Bagi Pendapat:

[-suziey-] said...

sama2 amik iktibar..mmg dh dekt sgt ke akhir zman..

pstt..bole la banje dpt duit nuffnang:)