Followers

Wednesday, March 31, 2010

Din Beramboi Dalam Keadaan Kritikal

KUALA LUMPUR, 30 MAC 2010:
  • Pelawak dan penyampai radio ERA FM, Din Beramboi disahkan berada di wad hospital kerana dalam keadaan kritikal.Bagaimanapun, sakit yang dihidapi penyampai radio ERA FM ini masih belum dikenal pasti memandangkan beliau masih dalam kawalan doktor.
  • Mengesahkan keadaan sebenar Din Beramboi, Pengurus ERA FM, Nazri Noran berkata setakat ini pihak mereka masih belum mengetahui punca sakit itu secara teknikal. "Semalam saya pergi melawatnya. Memang benar, Din dalam keadaan lemah dan tidak sihat. Sehingga kini, Din masih dalam kawalan ketat doktor.
  • "Bagi menjawab apa sakitnya, terus-terang, saya sendiri masih belum pasti apa sakitnya. Doktor sedang memeriksa sakitnya dengan lebih terinci. Doktor sendiri tidak tahu apa sakit yang dialaminya. Insya-Allah, kami akan sentiasa memberitahu perkembangan Din beramboi dari masa ke masa," ujar Nazri.
  • Meneruskan bicara, Nazri menjelaskan bahawa ini adalah kali pertama Din Beramboi dalam keadaan kecemasan yang mana sebelum ini pengacara program Mandi di Astro Warna tidak pernah sekali pun mengambil cuti sakit dan sanggup hadir ke konti walaupun dalam keadaan sakit. "Ketika bersiaran bersama Aznil pagi Rabu lalu (24 Mac 2010), Din ada mengadu kepada saya bahawa badannya terasa sakit. Kemudian, keesokannya harinya (Khamis), Din memberitahu saya dengan menghantar SMS mengatakan dia tidak boleh tidur dan demam. "Din turut mengadu badannya tidak larat memandangkan isterinya juga demam.
  • Akibat keadaannya yang makin serius, pagi semalam (29 Mac 2010) Din terus pergi ke hospital dan terus ditahan dalam wad. "Sekarang, kami cuma berharap dan doakan agar Din cepat sembuh. Insya-Allah, kami akan cuba membantu keluarganya setakat yang kami mampu. Diharap semua peminat Din turut sama mendoakan yang terbaik buat dirinya," jelasnya.
  • Sementara itu, murai.com.my difahamkan doktor terpaksa menidurkan Din akibat keadaan beliau yang sudah 3 malam tidak dapat melelapkan mata. Oleh itu, pihak keluarga Din tidak membenarkan sesiapa pun melawatnya memandangkan dia sedang dikawal rapi oleh doktor dan perlukan rehat yang secukupnya.
p/s marilah kiter sesama umat islam mendoakan semua beliau selamat....AMIN..rancangan beliau yang mama paling suka...WAKENA BEB!!!

8 comments:

Ena said...

Kesian kan!.. Mrm.. moge dia kembali sembuh seperti sediakala..

Damia Aleesya & Damia Ayunie said...

sama2 kita doakannya.....

mama eja :) said...

salam...

mama aqish... dengar cerita dier kena sakit akibat dr rat pee ms tgh shoot gambar kat zoo... skang dier amat memerlukan darah jenis O dan di tempatkan di hospital selayang... moga2 din beramboi cepat sembuh... aminnn ~~

unlisted_one said...

isk,..biar betul ni..harap2 semuanya ok kan. meriah pagi2 dgr celoteh dia.

Miela77 said...

Moga din beramboi cepat sht .. thanks for the info eh...mama aqish sentiasa up to date...chaiyukkk...

Siti said...

Semoga Din beramboi cepat sembuh..AMin

mummy_ayu said...

semoga din beramboi cepat sembuh...suka tgk dia dalam astro ceria tu...afiq & ayah tu..

nadja said...

hanya mampu berdoa..

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.