Followers

Wednesday, April 21, 2010

Anne Ngasri & Wafi - Bercerai

KL, 20 April 2010:
  • Aisehmen, apalah nak jadi dengan dunia artis kita ni. Macam-macam cerita panas bertukar-ganti disusun sebagai berita utama di dada akhbar. akhbar.
  • Kes yang berada di carta terunggul sekali sudah tentulah kisah cerai-berai yang melibatkan pasangan selebriti kita. Sensasinya mengalahkan artis Hollywood. Cuma artis Hollywood lebih daring dengan pelbagai kisah yang berbentuk skandal
  • Berbalik tentang kes cerai tadi, apa membuatkan Murai Batu terkesima adalah kerana kes cerai ini lebih cenderung melibatkan bekas peserta program realiti tarian popular, Sehati Berdansa (SB).
  • Yelah, bukannya Murai Batu nak propa tetapi ia terbukti yang mana bekas peserta SB seperti Atilia-Arif, Radhi-Lin dan Dira-Ash sudah pun dapat title duda dan janda selepas tamatnya SB.
    Sekarang ni, Murai Batu terkejut pulak bila dengar cerita naib johan SB1 iaitu Anne, 26 (Ngasriah Ngasri) dan Wafi, 29 ( Abdul Wafi Hassan) pun bakal bercerai serta mengikut jejak langkah yang sama.
  • Setahu Murai Batu, Anne dengan Wafi yang dikurniakan dua orang cahaya mata ini diketahui umum sebagai pasangan suami isteri yang cukup mesra dan romantis, tapi tak sangka pula yang mereka ini sedang menunggu saat-saat untuk berpisah. daripada mahkamah tidak lama lagi. Alahai...
  • Punca sebenar keretakan rumahtangga mereka tidak pula Murai Batu diketahui. Tak tahulah sama ada ia berpunca dari orang ketiga atau pun tidak. Namun, Anne yang sebelum ini kecoh dengan kes dirinya tiba-tiba bertudung enggan mengulas lanjut tentang kes ini.
  • Di samping itu, Murai Batu diberitahu, Anne hanya berserah kepada keputusan mahkamah. Dia juga turut mengesahkan yang dia akan berpisah dengan suaminya tidak lama lagi. Walaubagaimanapun, Anne mengambil langkah selamat dan dia tidak boleh memberikan sebarang komen mengenai hal ini
  • Yang pasti, pengesahan lafaz cerai pasangan ini akan didengar di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 19 Mei depanDalam pada itu, seorang lagi bekas peserta SB iaitu Radhi OAG akan mengesahkan lafaz cerainya itu sehari sebelum pasangan Anne dan Wafi iaitu pada 18 Mei depan.
  • Dari sini, muncul pula sangkaan bahawa kes sebegini terjadi gara-gara pasangan ini tidak dapat mengawal godaan selepas mengecap populariti dari program SB. Malah, ada juga menganggap SB sebagai punca segalanya berakhir dengan kesedihan.
  • Murai Batu tidaklah berapa setuju dengan dakwaan ini. Bagi Murai Batu, SB juga berjaya menambahkan keceriaan bekas peserta SB seperti Rosma-Khai, Sasha-Salyo dan Mazin-Ida. Yelah, lepas saja menjayakan SB, mereka terus dikurniakan cahaya mata.
  • Yang tak seronoknya, disebabkan cerita sebegini, bimbang pula ada pasangan selebitri yang gerun dan takut untuk menyertai SB musim terbaru. Namun, hakikatnya semua ini terpulang kepada pasangan itu sendiri. Tepuk dada tanya selera

12 comments:

LYaFRINA said...

JANGAN MASYUKKKK SEHATI BERDANSA...

kan kena badiiii....

unlisted_one said...

isk,..terkejutnya dengar cerita ni, yg paling kesian anak2 la..isk,.sian kat diaorg.

~Siti Hajar~ said...

Ya Allah cam xpcaya je Ann & Wafi becerai, sy suka gak dgn pasangan ni...tp jodoh pertemuan dtangan Allah, Yg Baik datangnya dr Allah, Yg buruk semua dr kita sendiri...sama2lah kita ambil iktibar yer..

Rizziela said...

Sayangnyer....terlalu muda untuk memegang title janda & duda

Tapi kuasa tuhan tak siapa boleh melawan...pasti ada hikmah disetiap kejadian yg berlaku..

Harap Anne & Wafi tabah menghadapi segala ujian yg datang

Nurshahfamily said...

susah nak komen ttg artis nie... actually reality pun cam tu gak cuma tak masuk tv je.... apepun sama2 la kita jaga rumahtangga masing2.. insyaallah...

~~ciklinn~~ said...

setiap kali musim SB berakhir mesti ada psangan yg berceraiikan.... huhuuhu

mamalieyna said...

huhu..badi SB ye..! ^_^ mcm2 la dunia artis ni ye..

maslinamansor said...

mana ada badi nya...

ita cutevirus said...

takde maknanyer badi... yg tak masuk SB pon ade je yg cerai berai...

iishhh... skang ni bab kawen da jadik maen² plak... mintak simpang..

Adlina Husaini said...

ish la..kawen cerai macam mainan dah sekarang ni..

Yan said...

ermm semua tu kebetulan jek..
saje je nak kaitkan dgn SB..
padahal kebanyakan artis yg join SB tu ramai yg tak dikenalipn..
dunia artis sane sini pn bercerai... lg popular artis tu lg hebat gosip cerai berai.. org lum ceraipn sibok dikorek2..

zue @ annaleeya said...

mmmmm... tak sangka kan??? tgk mcm pasangan romantik jerk.... mcm2 dunia artis kt mesia skang....

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.