Blogwalking ini sebenarnya memberi beberapa kelebihan yang tersendiri. Antara kelebihan atau kepentingan bloggers untuk melakukan blogwalking ialah:
- 1. Memperkenalkan blog(sama ada blog baru atau lama) kepada orang ramai.
(Ini biasanya dilakukan oleh mereka yang baru menceburi dalam bidang blog ini )
- 2. Menjemput pengunjung untuk membaca@ mengikuti perkembangan@ post terbaru dalam blog mereka.
( Ini biasanya dilakukan untuk menyatakan ada post terbaru@ menarik yang mungkin pengunjung lain akan tertarikuntuk membacanya )
- 3. Mendapat Followers lebih ramai.
- - Pengunjung baru yang berminat dengan blog anda biasanya akan terus mahu mengikuti blog anda dengan menjadi Followers anda.
- 4. Berkenalan sesama bloggers dan berkongsi idea, tools, trick, tips, dan lain-lain lagi
- 5. Bermacam-macam lagi yang boleh disenaraikan.....
Sekarang kita akan melihat beberapa tips dan trick untuk blogwalking.
- 1. Buat 1 "bloglist" dimana anda perlu masukkan beberapa URL blog-blog yang aktif sahaja.
Anda boleh jadikan blog-blog ini sebagai permulaan atau asas untuk melakukan blogwalking. Oleh sebab itu, tidak perlulah anda menyenaraikan "bloglist" yang sampai mencecah ratusan blog kerana ini bukan sahaja menjadikan "load page" bagi bloganda perlahan, malah memberikan kesan yang tidak bagus kepada SEO anda. Hal ini terjadi kerana "robots" untuk craw blog anda tidak menyukainya apabila terlampau banyak URL dalam satu-satu page anda.
- 2. Jadilah mereka yang aktif dalam blogwalking.
Apa yang dimaksudkan disini ialah sentiasa memastikan nama anda(URL blog anda) berada didalam list "shoutbox,cbox,shoutmix,dll".Sekiranya 10 minit yang lalu anda pernah meletakkan nama anda didalam "shoutmix, cbox, Shoutbox, dll" tetapi nama anda sudah tidak berada diantara "top list"(iaitu tidak kelihatan), maka anda bolehlah meletakkan lagi nama(URL blog) anda sekali lagi supaya menjadi "top list".
- 3. Melakukan blogwalking secara rangkaian bloggers yang aktif pada masa tersebut.
Bloggers yang aktif pada masa anda sedang blogwalking boleh didapati dengan mudah kerana pada "shoutmix, cbox, shoutbox, dll" biasanya mempunyai masa mereka mengunjungi blog tersebut, jadi anda bolehlah mengenalinya dengan mudah. Anda perlu mengunjungi blog yang mana merupakan "top 3" dalam list dalam "shoutbox, cbox, shoutmix, dll" tersebut. Oleh itu, anda perlu sentiasa mengunjungi bloggers yang sedang Online pada masa tersebut. Melalui cara ini, anda akan memperoleh trafik yang tinggi dalam masa yang singkat pada masa tersebut.
Ilham dari Aried...
- 4. Cuba blogwalking ke blog-blog baru yang anda tidak pernah jejaki lagi sebelum ini setiap hari.
Setiap hari, anda cuba blogwalking ke blog yang anda tidak pernah kunjungi sebelum ini. Ini bererti anda akan berpeluang untuk menambah followers, dll lagi.
Akhir sekali ialah beberapa tips yang mungkin anda dapat praktikkan untuk meningkalkan URL( lebih glamour dengan tapak kaki@jejak@dll) pada "shoutbox, cbox, shoutmix,dll) dalam blog yang anda kunjungi.
1. Beradap.
- Maksud beradap disini ialah gunakan kata-kata yang elok. Mulakan dengan kata sapaan yang sesuai. Elakkan daripada orang lain membenci kata-kata anda.
2. Banyak bertanya@ puji@ komen membina.
- Melalui cara ini, orang akan lebih berminat untuk mengunjungi blog anda bagi menjawab soalan anda@ berterima kasih.
3. Buka topik baru.
- Mencari topik baru supaya pengunjung berminat untuk mengunjungi blog anda sama anda untuk berbual atau apa sahaja. Apa yang penting ialah anda dapat pengunjung, kan!..
Saring Is Caring....
18 Kawan Mama Suka Bagi Pendapat:
anje,
thanks for the tips... :)
ooo camtu eh, kena saparate2 bloglist!..hehe..yee sharing is caring! maceeh..
hehe..good info..tp kalu dh terkena time bz..huhu..blogwalking tah ke mana;p
byk tips kat sini..ada lagi? bg kina yew?
to mas : sharing is caring...sama2 jana trafik
anje...
tips y bgus skali.. kna slalu buat ni..
Thanks 4 this sharing!!
Good info..itulah yg tengah saya buat sekarang..hehe..jom jenguk blog saya lak.. ;)
rajin juga nak blogwalking blog2 yg xpenah g tp tenet sini slow bangat, kdg3 tensen jugak :)
ok noted....godd info..
BAGUS!! GUD INFO!!
Anje mmg bijak blog..
akk suke cara anje ber blog..
i will follow u... ;p
to kak ina : yup...bersih kan bloglist kak ina
to suziey : he...he...kalo dah bz memang tak sempat nak singgah kan
to kina : yup...kena singgah selalu k...
to lya : yup sharing is caring same2 wat k
to ibu hakim : salam kenalan...cayok2
to huda : tak teruskan usaha mu itu
to ibu damia : sahring is caring
to kak zai : tak de la...saje share info dengan kengkawan...sama2 leh jana traffik
Post a Comment