Followers

Monday, April 5, 2010

Corat- Coret Menarik Anugerah Bintang Popular 2009




KUALA LUMPUR, 4 APRIL 2010: Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009 malam tadi menyaksikan buat kali yang ke-7, Dato Siti Nurhaliza diumumkan sebagai Bintang Paling Popular dan kali ini beliau benar-benar tetap dengn pendirianya bahawa ini merupakan penyertaan terakhir beliau dalam majlis anugerah berprestij itu.
  • Jika ABPBH2008 tahun lepas Nabil Raja Lawak terpeluk buah hatinya Irma Hasmie sebaik saja namanya diumumkan sebagai Bintang Paling Popular 2008, kali ini Dato Siti Nurhaliza pula dengan rela hati telah memeluk memeluk suaminya, Dato Khalid Mohd Jiwa atau lebih dikenali sebagai Dato K. Malah, dia juga mencium tangan dan kedua-dua belah pipi suami tercinta itu.
  • Selain kejadian seperti di atas terdapatcorat-coret menarik yang dapat dilihat sebelum, ketika dan selepas acara gilang-gemilang itu berakhir:
  • # Mila antara selebriti pertama yang mengenakan perhiasan yang ditaja oleh penaja utama Habib Jewels.
  • # Gempar bila media tidak dibenarkan masuk di pintu masuk Arena of Stars oleh pengawal walaupun selepas mereka menunjukkan kad jemputan media ABPBH09. Namun semuanya selesai selepas urusetia ABPBH tampil dan membenarkan kami masuk.
  • # Fida pemenang Gadis Pantene adalah di antara selebriti yang pertama melalui acara karpet merah.

  • # Linda Jasmine yang sudah beranak dua malam itu mengenakan gaun sedondon berbaju hitam dengan suaminya sehingga menampakkan bahagian belakangnya yang luas dari atas hingga ke bahagian pinggangnya.
  • # Peminat yang menanti ketibaan selebriti kesayangan mereka di upacara karpet merah itu tiba-tiba bersorak kuat apabila melihat kehadiran pasangan kontroversi Zizie Izzete dan suaminya, Datuk Bung Mokhtar. Mereka turut menemani salah seorang anak perempuan Bung Mokhtar.
  • # Iz OIAM adalah selebriti yang seringkali dilihat setiap tema majlis yang dihadirinya. Kali ini, dia tampil dengan gaya kaca mata hitam yang unik seperti kaca mata yang digunakan oleh super hero dalam filem X-Men!
  • # Pasangan kekasih Sam Bunkface dan Juliana Evans yang dikatakan telah berpisah dilihat berjalan bersama-sama dalam acara karpet merah.
  • # Sekali lagi Enot dan Didi Alias tampil berani dengan gaya fesyen ala Lady Gaga yang nampak seperti agak pelik dan tidak kena pada majlis malam itu.
  • # Persembahan pembukaan gabungan Faizal Tahir & Bunkface yang bertenaga berjaya memukau dan mendapat tepukan gemuruh penonton di Arena of Stars.
  • # Persembahan Nabil, Angah dan Zizan dari rancangan realiti Raja Lawak telah membuatkan penonton tidak kering gusi, malangnya persembahan itu berlangsung hanya ketika waktu laluan iklan.
  • # Sejurus selepas dua nama besar seperti Mawi dan Fasha Sandha diumumkan dalam pencalonan kategori Penyanyi Lelaki Popular dan Pelakon Wanita Popular, mereka telah mendapat jeritan 'boo' oleh penonton.
  • # Sebelum diumumkan siapa yang bakal meraih Anugerah Pelakon Wanita Popular, pelakon Iqram Dinzly dilihat bergurau dengan menolak-nolak Tiz Zaqyah untuk naik ke pentas walaupun Tiz seperti menidakkannya sehinggalah namanya disebut dan beliau terus naik ke atas pentas dengan perasaan terharu.
  • # Pelakon, Sharifah Amani kelihatan begitu sangat intim dan mesra dengan kekasihnya Gavin Stenthouse iaitu jejaka kacak dari Uniyed Kingdom yang baru saja berlakon dalam filem Hikayat Merong Mahawangsa: The Malay Chronicles terbitan KRU Studios.
  • # Terdapat juga pasangan kekasih selebriti yang begitu mesra dengan kekasih mat sallehnya sehinggakan kelihatan kekasihnya yang seorang mat salleh itu beberapa kali mencium pipi selebriti itu.
  • # Noh dari band Hujan nampak bergurau senda dengan Tiz Zaqyah dengan menampal nama Tiz Zaqyah yang berada di kerusi Tiz di belakang badannya.
  • # Selepas diumumkan Dato Siti Nurhaliza sebagai Bintang Paling Popular, semua peminatnya menjerit dan bersorak nama Siti sepanjang beliau memberikan ucapan
  • # Shamsul Yusof iaitu kepada anak kepada produser filem anak Datuk Yusof Haslam mendakwa bahawa beliau telah diintai oleh peminat misteri di dalam tandas sehingga berlaku perbalahan sewaktu majlis `post-party` ABPBH2009 diadakan
Sekian, ilham dari MURAI.....

7 comments:

Noy said...

thanks for the extra info...part fasha sandha kena boo tu yg best... :)

Ieda Al-Habsyi said...

huhuhu!! padan muka fasha tersandar tu :)

[-suziey-] said...

waa byk kisah menarik ni..hehe

CkYnHaShiM said...

mmg siok pat tgk live..mmg time bung lalu kat red carpet tu riuh org sorak..n paling siok time fasha kena boo..tp sian kat mawi..huhuhu..

zue @ annaleeya said...

mcm2 pesen baju artis kan... tp semlm bulih terbeliak mata akak nih bile nengok baju watie elite tuh... fuhhh... mak aihh.. seksi benor...

Mummy said...

sy prasan masa fasha kena boo jer...tak sangka lak mawi pun kena...thanks for the info...apa2 pun suka ngan lawak sharifah shahira ttg telinga anak dia kenan nabil...huhhuu

hajarus said...

huhuhu... kesian fasha sendat tu.. hehehe...

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.