Followers

Monday, April 19, 2010

Isteri Achik Spin Tergamam Denagr Berita Kematian

SEREMBAN, 19 APRIL 2010:
  • Vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih mesra disapa Achik, 28, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Makan Tuan Hj Said, Seremban, Negeri Sembilan, kira-kira jam 2 petang tadi
  • Pemergian arwah telah diterima dengan cukup tabah dan reda oleh isterinya, H.M. Rose Zaitul Suriani Wati Maarof atau Tasha yang dikahwininya sekitar November 2005.
  • "Waktu dalam perjalanan pulang dari rakaman, arwah sempat hubungi saya. Dia suruh saya dan anak-anak cepat-cepat bersiap. Katanya, nak bawa kami pergi ke satu majlis.
  • "Tapi, tak lama selepas itu, saya terima pula panggilan daripada kawan dia yang sama-sama accident. Dia cakap pada saya dan Achik accident. Dia juga beritahu yang Achik sudah meninggal dunia. Saya terus tergamam. Saya sangkakan kawannya itu hanya bergurau. Tapi, rupa-rupanya betul Achik sudah tiada,"katanya dengan sebak.
  • Terdahulu jenazah Allahyarham Achik dibawa pulang ke rumahnya di Taman Desa Rose di Ampangan, Seremban sebelum solat jenazah di sempurnakan di Surau Taman Bukti di kawasan yang berhampiran, tengahari tadi.
  • Antara rakan artis yang hadir memberikan penghormatan di majlis pengkebumian Allahyarham Achik adalah Siti Nordiana, Tomok, Hafiz Hamidun dan anggota kumpulan Spin sendiri.
    Sebelum itu, penyanyi Hattan dan Shikin Dangdut hadir sewaktu jenazahnya dihantar untuk dimandikan di Surau Taman Bukti.
  • Allahyarham Achik dilaporkan meninggal dunia dalam kemalangan ngeri di KM 14.7 Lebuh Raya Kajang-Seremban (LEKAS) kira-kira jam 6.15 petang semalam, selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima yang dinaikinya bersama seorang rakan telah terbabas serta melanggar papan tanda.
  • Tragedi ngeri itu berlaku selepas kereta yang dipandunya itu melepasi kawasan Rawat dan Rehat (R&R) dekat susur keluar ke Pajam. Ketika itu, arwah dalam perjalanan balik ke rumah selepas menjayakan program hiburan Gah 1 bersama rakan duetnya yang paling serasi, Siti Nordiana di RTM, Kuala Lumpur.
  • Sebaik saja perlanggaran itu berlaku, arwah dikatakan tercampak keluar dari kenderaan yang kemudiannya terbakar dan meletup sehingga menyebabkan kecederaan parah di kepala serta beberapa bahagian anggota badan.
  • Walaupun orang ramai berusaha menyelamatkannya, namun arwah telah meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat arwah bersama rakannya yang cedera telah dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban.
  • Hasil perkahwinan dengan H.M. Rose Zaitul Suriani Wati Maarof yang juga bekas Pegawai Khidmat Pelanggan Astro, H.M. Rose Zaitul Suriani Wati Maarof pada Nov 2005, mereka dikurniakan tiga cahaya mata perempuan.
  • Salah seorang daripada ialah Puteri Rania yang lahir pada tahun 2007 tetapi telah meninggal ketika berusia dua bulan akibat demam panas dan masalah usus dalam perut. Jenazah Achik disemadikan di tanah perkuburan yang sama dengan anak perempuannya itu.

Al-Fatihah Untuk Arwah...Amin...

7 comments:

LiLy @ MumMyQiStInA said...

Al-Fatihah..
Kita pon terkejut mendgr kematian beliau..Koz sblm kejadian..tgk arwah bersiaran langsung di TV2..

mamaaerish : said...

al-fatihah

Rizziela said...

Semoga Roh Acik ditempatkan di kalangan orang-orang yg beriman...

DariNYA kita datang...DariNYA jua kita kembali.

Alfatihah...

maslinamansor said...

Al-Fatihah...

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

al-fatihah utk arwah..semoga isteridia tabah kan..adui..camno la if kita di tempat dia.....adakah kita boleh jd cam dia? semoga Allah tempatkan arwah diklangan org2 beriman..aminn

Huda said...

al fatihah utk arwah achik..

"Impian Isma" said...

Sebak apabila membaca berita ini kerana telah saya laluinya kini..Dapat saya rasakan bagaimana perasaan isteri achik kini, namun segalanya adalah ketentuan Allah.. Redha dengan pemergiannya.. Anak yang ditinggalkan memberikan tanda kenangan & kasih selamanya.. Al-Fatihah..

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.