Followers

Monday, May 24, 2010

Juara AF8: Shahir Tepati Ramalan!

KUALA LUMPUR, 22 MEI 2010: Seperti yang diramalkan ramai pihak sebelum ini, Ahmad Shahir Zawawi atau Shahir, 21, telah dumumkan sebagai juara pada konsert akhir Akademi Fantasia Musim 8 (AF8) yang berlangsung dengan meriah di Stadium Putra, Bukit Jalil, sebentar tadi.
  • Dengan persembahan meyakinkan, Shahir memecah rekod sebagai pelajar pertama menjadi juara setelah di AFMASUK pada minggu kelapan lalu selain turut menjadi pelajar pertama dari Perak menjuarai Akademi Fantasia.
  • Shahir yang menyampaikan lagu baru, Kebahagiaan Dalam Perpisahan ciptaan sepenuhnya Edry KRU dan Biru Mata Hitamku nyanyian asal kumpulan Wings telah mendapat tepukan yang sungguh bergemuruh dari ribuan penonton yang memenuhi Stadium Putra.
  • Sebagai juara, Shahir telah membawa pulang hadiah lumayan yang bernilai lebih RM 250, 000 iaitu sebuah kereta Peugeot 207 tajaan Nasim Sdn Bhd, Percutian Hebat ke Hong Kong Disneyland dan bekalan BRAND'S InnerShine untuk dinikmati 1 tahun tajaan Cerebos, 2 tiket perlancongan ke New York tajaan Maybelline New York, Set Karaoke Arezzo Hoffman tajaan Arezzo, jam tangan lelaki dan wanita Hugo Boss, Coway Aiar Purifier, percutian 3h/2m di D-CEO Village @ D'Paradise Resort, Melaka tajaan D'Paradise, telefon mudah alih LG Prada tajaan LG dan trofi Juara Akademi Fantasia

  • Sementara pesaing utama Shahir, Adira atau Siti Adira Suhaimi, 19, memenangi tempat kedua dan menerima hadiah sebuah kereta Satria Neo 1.6 CPS HL tajaan Proton, voucer percutian tajaan Maybelline New York, set karaoke Arezzo Hoffman tajaan Arezzo, jam tangan lelaki dan wanita Hugo Boss, Coway Aiar Purifier, percutian 3h/2m di D-CEO Village @ D'Paradise Resort, Melaka tajaan D'Paradise, telefon mudah alih LG Prada tajaan LG, trofi Naib Juara Akademi Fantasia.
  • Daus atau Muhd Shahril Firdaus Eli, 22, mencipta kejutan apabila memenangi tempat ketiga dan membawa pulang set karaoke Arezzo Hoffman tajaan Arezzo, voucer percutian tajaan Maybelline New York, jam tangan lelaki dan wanita Hugo Boss, Coway Air Purifier, Percutian 3h/2m di D-CEO Village @ D'Paradise Resort, Melaka tajaan D'Paradise, telefon mudah alih LG Prada tajaan LG, trofi Akademi Fantasia. Daus menyampaikan lagu baru Kenapa? dan Doktor Pakar Cinta dari Yusri KRU.
  • Maulana atau Muhd Firdaus Maulana Mohamed, 22, yang turut disebut-sebut pesaing utama Shahir dan Adira sekadar menduduki tempat keempat. Maulana menyampaikan lagu baru RSVP dan Susun Silang Kata dari Aizat. Tempat kelima pula menjadi Iwan atau Emirza Azwan Zulazrin Chew, 20, yang menyampaikan lagu baru, VIP dan Relaku Pujuk dari Spider.
  • Konsert yang dibawakan oleh penaja utama, Cerebos dan penaja bersama Maybelline dan Modenas itu berlangsung selama 3 jam dan dipancarkan secara langsung di Astro Ria serta turut disiarkan buat pertama kalinya dalam siaran HD di saluran 124. Ia turut menampilkan kemunculan istimewa dari Sham Kamikaze, Tam Spider, Lisdawati, Jeff Tilu dan Sharifah Ariana untuk membantu mereka membuat persembahan.
  • Bekas pelajar AF8 yang tersingkir iaitu Shah, Ema, Anum, Alif, Nad, Farina dan Ain turut muncul dengan lagu Standing in The Eyes of The World, Generasiku dalam bentuk medley

7 comments:

zue @ annaleeya said...

mmg dah dijangka kan!!! lepas AF masuk ari tuh, undi utk shahir mmg mencanak naiknya...

Fieza79 said...

tak follow langsung AF kali ni..rase malas..best ke kali ni nye??

Mama Hanim said...

x sempat tgk final.. kenduri punya pasal..huhu..

yatie chomeyl said...

lagu shahir pon best..ni tgh duk layan lagu dia ni

wan sujaihah said...

hu hu...masa final..memula saya tgk...tak sempat abis...dah zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

yantz-yeem said...

Af 8 tahun nie langsung x layan..x kenal pon bebudak2 af nie...tpi tgk gaya cam nak tgk balik konsert nie..supaya x tercangak bangak kalo org citer psl af heheheh

Damia Aleesya & Damia Ayunie said...

dah agak pun shahir kan...alhamdulillah..rezeki dia...ayu minta jimmy shanley jer...

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.