Followers

Thursday, May 27, 2010

Peserta Imam Muda Astro Oasis

SETELAH mencipta sejarah penyiaran, menjadi saluran TV pertama di rantau ini dengan siaran berita secara langsung dari Kota Suci Mekah sepanjang musim Haji tahun lalu, kini saluran gaya hidup Islam, Astro Oasis (saluran 106) terus mengorak langkah apabila menghasilkan sebuah lagi program memecah tradisi dengan rancangan terbaru Imam Muda!

  • Imam Muda adalah sebuah program siri pencarian tentang sekumpulan remaja lelaki Islam yang dihasilkan oleh Astro dengan bantuan dan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bertujuan untuk mencari Imam Muda yang terbaik di Malaysia.
    Individu yang terpilih bakal dihimpunkan di sebuah asrama selama tiga bulan bagi mempelajari dan memahami tentang hal-hal keagamaan dan kepimpinan Islam dari tokoh-tokoh ugama serta pendakwah dan pemimpin Islam terkemuka yang bertauliah dan berpengalaman.
  • Bakal imam-imam muda ini akan menjalani dan mengikuti jadual ketat, peraturan agama, tugas rutin dan pemahaman khusus mengenai tugas-tugas seorang Imam, pemimpin keluarga dan selaku pemimpin masyarakat setempat.
    Kesemua individu ini bakal diuji setiap minggu dengan latihan amali, praktikal dan tajuk-tajuk agama serta kemasyarakatan dan kepimpinan.
    Sepuluh orang calon Imam Muda yang dicari oleh saluran gaya hidup famili Islam; Astro Oasis melalui sesi pencarian dalam usaha untuk memecah tradisi bagi memulakan sebuah perjalanan kehidupan telah ditemui.
  • Senarai Peserta Program TV – Imam Muda
    Sepuluh orang calon Imam Muda yang terpilih itu ialah Amiril Md. Banin, 25, Kuala Lumpur; Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 26, Pulau Pinang; Ahmad Hazran Ahmad Kamal, 26, Negeri Sembilan; Hizbur Rahman Omar Zuhdi, 27, Kedah; Muhammad Khairul Azhar Ghazali, 21, Kedah; Nik Muhammad Adib Md Amin, 22, Kelantan; Nuri Ali Arbain, 25, Pahang; Sharafuddin Suaut, 26, Sarawak; Ahmad Syakir Zamri, 19, Kelantan; dan Mohd Taufek Mohd Noh, 27, Johor.

  • Selain itu, program Imam Muda bertujuan memartabatkan status Imam dan memberi pendedahan kepada masyarakat tentang tanggungjawab sebenar yang dipikul seseorang Imam di zaman yang penuh cabaran ini.

  • Di antara insentif menarik yang bakal menanti Juara Imam Muda ialah penajaan penuh biasiswa di Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Arab Saudi dan tawaran sebagai jawatan Imam di salah sebuah masjid utama di Wilayah Persekutuan berserta sebuah kereta.
    Bukan itu sahaja, Juara Imam Muda juga bakal membawa pulang wang tunai RM20,000 dan sebuah komputer riba Apple Macpro di samping pakej menunaikan haji.

  • p/s Tahniah mama ucapkan kepada semua yang terpilih...nantikan keputusan pemenang & jangan lupe mengikuti perkembangan tentang rancangan ni

11 comments:

AshAnas said...

asyraf ridzuan dr penang tu ex-schoolmate saya... jom bg sokongan kt dia! hehe...

[-suziey-] said...

sesuai jadi calon suami ni..hikss

my.mastura said...

muka2 bakal suami soleh....teruja I! heheh

SyidaMislan said...

kita mmg nak ikuti perkembangan imam muda ni.sebab bkn senang nak jadi imam.mesti best!
tak macam AF yang byk berlakon tu, dah bosan.uwekk!
ops!

Izan Ishak said...

yess...satu rancangan yg mesti ditonton tiap minggu...

hajarus said...

leh la ajak hubby tengok rancangan ni... ;d

Huda said...

alahai hensemnye depa tu :)

maslinamansor said...

rumah ku tiada astro... hehehe

eRiNsZ said...

i lijkeeeeeeeeeee

Ain said...

suka sangat dengan channel astro oasis nie.....

paling suka bila taim dekat nak azan tue.....

tenang jer layan zikir yang dorang tayang.....

Damia Aleesya & Damia Ayunie said...

sesuai utk tontonan umum...kalau boleh imam muda ni biarlah sehangat AF kan....

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.