Anda Suka SHAHIR???Jom Baca...
- Dengan penyingkiran penyingkiran Nadiawati Ainul Basir atau Ain, 23, pada malam Ahad lalu bererti persaingan yang wujud menerusi konsert mingguan dan debaran konsert Akademi Fantasia Musim 8 (AF8) sudah pun tamat.
- Kini, fokus penggemar AF8 hanya tertumpu kepada 5 pelajar yang masih kekal iaitu Shahir, Maulana, Adira, Daus dan Iwan. Inilah juga barisan pelajar yang layak melangkahkan kaki mereka ke konsert final AF8 yang bakal berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil nanti pada 22 Mei nanti.
- Sungguhpun kelima-lima pelajar ini mempunyai bakat dan kebolehan diri masing-masing, namun hanya akan ada seorang sahaja yang layak untuk merangkul gelaran Juara AF8, pada malam itu nanti.
- Persoalannya siapakah pelajar yang layak merangkul gelaran itu nanti? Adakah ia sekali lagi akan menjadi milik pelajar lelaki? Atau kali ini ia akan dirampas semula oleh pelajar perempuan? Semuanya akan diketahui pada malam yang penuh mendebarkan itu nanti.
- Apa yang pasti, hanya Adira saja satu-satunya pelajar tunggal wanita yang layak ke final AF8. Seandainya Adira menang, dia bukan saja dilihat berjaya mengembalikan semula maruah Mila dan Stacy sebagai pelajar wanita yang sebelum ini pernah diangkat sebagai juara AF5 dan AF6 tetapi menjadi pelajar Sabah kedua yang mengulang semula kejayaan itu selepas Stacy.
Penyingkiran Ain juga dilihat mampu memberikan kelebihan buat Adira untuk memenangi gelaran juara AF8 ini keranadia tidak perlu berkongsi undian daripada penyokong di tempat mereka sendiri.
- Hal yang sama juga dapat dilihat andai Maulana dan Daus yang menjadi pemenangnya. Juara AF3 pernah disandang oleh anak kelahiran Johor bernama Mawi, manakala juara AF7 pula pernah dilakar oleh Hafiz daripada Sarawak Adakah Maulana dan Daus akan mengikut jejak langkah yang sama sepertimana kedua-dua seniornya? Apatah lagi mereka berdua berasal dari negeri yang sama seperti mana kedua-dua senior mereka itu
- Atau, mungkinkah gelaran juara AF8 kali ini akan menjadi milik Iwan pula? Andai benar, Iwan secara tidak langsung telah melakar sejarah dalam penganmjuran AF selama 8 tahun berturut-turut apabila menjadi anak kelahiran Negeri Sembilan yang pertama yang memenangi gelaran tersebut.
- Namun, antara nama yang paling disebut-sebut bakal meraih gelaran ini tidak lain tidak bukan adalah Shahir iaitu pelajar kelahiran Perak yang pernah disingkirkan dan kemudian diserapkan semula menerudi AFMasuk.
- Sejak kemasukan semula Shahir dalam konsert minggu ke-8, pelajar yang memiliki vokal maskulin ini tiba-tiba saja dilihat memiliki penyokong yang cukup ramai daripada peminat serta penggemar program realiti hiburan terbitan Astro yang paling popular ini.
- Malah, undiannya juga tiba-tiba mencanak naik. Buktinya, Shahir kini tberada di tangga teratas berbanding 4 finalis AF8 lain pada ketika ini. Malah peratus undian juga sudah jauh meninggalkan keempat-empat finalis AF8 saingannya tersebut.
Kelebihan Shahir mungkin terletak pada pakej lengkap yang dimilikinya. Selain mempunyai paras rupa yang baik, Shahir juga mempunyia tone suara yang sedap serta boleh menyanyi dengan baik.
- Namun, kalau melihat dari sudut persembahan paling konsisten setiap minggu pula, pastinya nama Maulana dan Adira yang jadi tumpuan. Hal ini dapat dilihat menerusi komen positif yang diterima oleh kedua-dua pelajar ini daripada barisan juri pengkritik.
Lebih-lebih lagi Adira yang sentiasa menampilkan persembahan yang 'meletup' pada setiap minggu.
- Daus pula, walaupun gagal menyerlah dari segi vokal, namun dia ternyata cukup menyerlah dari segi persembahannya dan mampu menguasai pentas dengan cukup baik. Manakala, Iwan pula digemari kerana vokal seraknya itu
- Persoalannya, adakah benar Shahir bakal menjadi juara AF8 sepertimana yang diramalkan ini? Atau, mungkinkah kemenangan akan berpihak Adira yang turut menjadi favourite peminat serta penggemar AF8? Atau mungkinkah akan berlaku kejutan yang tidak dijangka di dalam konsert final AF8 ini nanti.
%5B1%5D.jpg)
12 Kawan Mama Suka Bagi Pendapat:
A'ah..ramai yg meramal Shahir jd juara..pengetua diorg pon pilih shahir jd juara..tp lily tetap sokong Adira bah.. :)
huh... penat la nak pikir
tak tgk AF kali ni..kadang2 tertengok jugak diari ke..ulangan konsert ke..rasanya bakat diaorang not bad jugaklah..tapi taktau apsal aku tk suka kat si maulana tu..kikikik..jgn mare ye peminat maulana!
Shahir kot..hehehe..
klau shahir menang .. DAKU SOKONGG .. kalau adira menang DAKU SOKONG JGKKK
maybe jugak...nie semua permainan astro..x mustahil shahir boleh jd juara....tp suker dia jugak..hehehe
suke shahir... x suke adira... x suke maulana..
vote 4 shahir!!!
nak adira menang...suka adira...
hajar sokong shahir... rase shahir juara AF8 :)
suka gak shahir...tapi tak sefanatik suka kat mawi dulu...tapi tak undi pun....ekekeekk
thn nie xde mood la tgk AF...xtau knapa????so mmg xikut prkembgan..
hmm xtau la sapa yg menang sbtu nnti ..bleh jadi shahir tp kalu adirah yg menang lg best dia cute bah...
Post a Comment