Followers

Tuesday, May 25, 2010

Suami Anne lafaz cerai tatkala hamil



TIADA wanita di dunia ini mahu bergelar janda pada usia yang muda, apatah lagi ibu tunggal kepada tiga anak. Begitulah halnya dramatis terkenal, Anne Ngasri


  • Pada mata masyarakat, Anne, 26, dan suaminya, Abd Wahi Hassan, 29, nampak sebagai pasangan bahagia. Malah mereka cukup lincah dan ceria menyertai Sehati Berdansa musim pertama dan layak ke final.Namun tiba-tiba, dunia hiburan dikejutkan dengan berita pergolakan rumah tangga mereka apabila muncul di mahkamah syariah.Kata Anne atau nama sebenarnya, Naszriah Ngasri, 26, dia sudah berusaha sebaik mungkin untuk menyelamatkan rumah tangganya yang dibina hampir lima tahun dengan Wahi yang juga seorang pelumba motosikal."Siapa yang tak sayangkan suami dan anak-anak? Apa yang berlaku selama ini saya simpan dan pertahankan tapi apabila kami sudah muncul di mahkamah syariah, apa lagi yang dapat saya katakan.
  • "Saya percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya dan saya tak pernah menyesal dengan ujian Tuhan," kata Anne ketika ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta produk Aleema di Aleema Beauty House, Wangsa Link, Wangsa Maju, Kuala Lumpur, Sabtu lalu. Ternyata dari riak wajahnya nan jelita itu, Anne tenang dan masih mampu tersenyum. Malah dia kini hamil 4 bulan selepas dikurniakan dua anak.
  • "Saya mahu teruskan hidup ini dan membahagiakan diri saya dan anak-anak. Sebagai hamba-Nya yang lemah, saya reda dengan apa yang terjadi. Terus terang, saya tak pernah menyesal berkahwin pada usia muda.
  • "Malah saya tidak percaya ada orang cakap ini semua kerana 'badi Sehati Berdansa'. Soal jodoh, perceraian dan maut semuanya urusan Tuhan," katanya.Ditanya sama ada rumah tangganya itu sudah tidak mampu diselamatkan lagi, Anne hanya berserah kepada takdir."Kes pengesahan lafaz cerai kami belum diputuskan oleh mahkamah lagi.
  • Saya tidak ingin melanggar qada dan qadar. Biarlah Tuhan yang menentukan. "Saya juga tak mahu komen sama mengenai punca masalah kami walaupun ada orang cakap ia sebab orang ketiga atau suami saya sudah berkahwin lain," ujarnya.Anak kelima daripada enam beradik ini berkata, keluargalah yang memberi kekuatan kepada dirinya untuk berhadapan dengan saat getir itu. Anne berkata suaminya juga melafazkan cerai ketika usia kandungannya itu mencecah dua bulan setengah.
  • "Saya tidak boleh komen banyak-banyak kerana ingin menjaga hati keluarga kami. Apa yang saya boleh katakan, suami saya memang pernah lafaz cerai tapi kami sudah rujuk semula."Kami juga sudah tidak tinggal sebumbung sejak suami saya melafazkan cerai pada 25 Mac lalu. Tapi saya tidak tahu mengenai hak penjagaan anak-anak selepas ini kerana ia bergantung kepada keputusan mahkamah nanti. Kes pengesahan lafaz cerai kami akan disebut semula pada 14 Jun nanti. "Saya juga sudah berpindah dan tinggal di kediaman yang berhampiran dengan rumah ibu saya.
  • Apabila saya keluar bekerja atau terbabit dengan penggambaran drama, ibulah yang menjaga anak-anak saya," katanya.Anne menghadiri sebutan kali pertama kes pengesahan lafaz cerai yang dibuat suaminya di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur pada 20 Mei lalu. Anne tidak diwakili peguam memfailkan permohonan pengesahan lafaz talak berbunyi 'Aku ceraikan kau, Anne' yang didakwa dilakukan suaminya, di rumah mereka di Shah Alam jam 11.20 pagi, 25 Mac lalu. Anne berkahwin dengan Wafi pada 26 Mei 2006 sewaktu berusia 22 tahun. Mereka dikurniakan dua anak, Abdul Warits, 4, dan Abdul Wafri, 2.
  • Mengenai imej bertudung pula, kata Anne, hatinya terbuka untuk bertudung, Oktober tahun lalu."Saya selesa dengan imej bertudung ini. Insya-Allah, saya merancang untuk menunaikan umrah selama 14 hari, tahun ini. Ia juga kunjungan pertama saya ke Tanah Suci. Saya ke sana tidak ditemani ahli keluarga dan hanya mengikuti satu rombongan umrah. Emak dan kakak saya, Darling, sudah ke sana dan sekarang tiba giliran saya pula," katanya.
  • Berkongsi perkembangan karier seninya, Anne yang turut berbakat sebagai pengacara berkata, dia bersyukur kerana rezekinya murah dalam bidang seni.Kata Anne, dia baru selesai penggambaran drama 26 episod, Lagenda Budak Setan untuk Astro, sejak dua bulan lalu.Anne yang pernah menerima Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Anugerah Skrin 2003 menerusi telefilem Anak Angkat berkata, dia akan terus berlakon selagi ada tawaran dan kesihatan kandungannya mengizinkan.
  • Anne yang terkenal dengan iklan Fair & Lovely juga juga dilantik menjadi duta produk makanan segera, Ocean Ria daripada QI Foods Sdn Bhd. Tidak lengkap jika tidak menyentuh mengenai produk Aleema, Anne akui dia mengikat kontrak sebagai duta produk itu selama setahun."Saya sudah mencuba produk Aleema tahun lalu dan ia sangat serasi dengan kulit wajah saya. Justeru, apabila ditawarkan menjadi duta produk ini saya terus terima tanpa berfikir panjang," katanya.
PROFIL ANNE NGASRI
NAMA SEBENAR : Naszriah Ngasri
TARIKH LAHIR: 18 Disember 1984
TEMPAT LAHIR: Pulau Pinang
KERJAYA: Pelakon, pengacara dan duta produk
BILANGAN ANAK: Kelima daripada enam beradik
ANAK: Abdul Warits, 4 dan Abdul Wafri, 2
DRAMA: lebih 200 drama dan telefilem seperti drama bersiri komedi, Jangan Main Belakang, Dunia Baru, Anak Angkat, Cili Padi, Seindah Janji
PROGRAM TV: Program 13 episod, Cahaya Permata untuk
RTM FILEM: Dunia Baru The Movie
IKLAN: Fair & Lovely, Maxis, Petronas DUTA PRODUK: Ocean Ria, Aleema
ANUGERAH: Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Anugerah Skrin 1993

30 comments:

lily azliyana @ mama zara said...

alahaiii..siannye Anne. tgh preknen lagi ke rupenye..tk sangka diorang ni leh bercerai..nmpak hepi jek sblum ni..huhu

Ena said...

tu la kan..

jodoh pertemuan DIA yg tentukan..

Kite doakan yg tebaik buat mereka & sentiasa DOA kan kesejahteraan rumahtangga kita..

Nurshahfamily said...

sebagai manusia... kita doakan je yg terbaik tuk pasangan nie... amin

Huda said...

ya Allah permudahkan urusan Anne..semoga semuanya menjadi tauladan kepada kita juga..amin..

wan sujaihah said...

semua telah ditentukan...

ayah,ummi, farish said...

sian dia..tgh pregnant pun kena cerai..aper2 tu semua qada & qadar dr Allah

ejaMaria said...

sabar je la...

Fieza79 said...

sian Anne kan?? nmpak bahagia meka selama ni padahal da mslh besar yg meka pendam kan...pe la agaknye mslh dorang ni syg la perhubungan dh berakhir....

e.l.i.s.s.m.i.e said...

patut laa nampak dia sorang ajer hr tu pergi checkup anak.

~Siti Hajar~ said...

lagi kisah artis bercerai...

kesian anak2 la, sy pernah hmpr nak ke situ, sy taw prsn org dlm keadaan mcm tu...mintak2 dijauhkan...

mummy_ayu said...

tu la..baca paper pagi nie..sian dia..bercerai time pregnant anak ke 3...apa pun...ini nama nya ketentuan Ilahi...

az rina a.k.a jaijina said...

salam perkenalan..

iyerlah, prasan tak artis yg join SB bnyak dikaitkan dgn kes cerai..allahualam..

ape pon, ni dah ditentukan olehNya..terima dgn redha..smoga ann tabah hadapi ujian ini..

Asmahani.A @ AA said...

tak mampu menahan qada' dan qadar. kasihan anak-anak..

LisaVsKhusairi said...

hemm...takut jer bila baca bab2 pnceraian ni...xdpt bygkn klu kena kt diri sndiri...hemm..tp yg plg kesian kt ann bila time pregnant..n sian kt anak2 la..cmner la diorg nk membesar ngn ibubapa duk asing2...huhuhu..sedihnya...

Elyn said...

aduhai br i tau die tgh pregnant lagik....

honeylanz said...

sedihnye..dah la tgk pregnant :(

mamalieyna said...

macam2 dunia artis ni..huhu..

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

rasa cam tak percaya ppon ada..huhu
tapi tula..jodoh maut..di tangan tuhan..semoga anne terus tabah

zue @ annaleeya said...

tulah tak sgka kan... ingat xde masalah...

dah xde jodoh, redha jerla... asalkan bekas somi anne tak lupa nafkah utk anak2 dah ler!!!!

Momma Mia said...

Semoga Anne tabah. Pernah jumpa dia kat DEMC. She so sweet & adorable dgn anak nya.

Ann said...

sgt kesian kt dia...
harap anne tabah demi anak2..

E.L.I.Z.A said...

aiyooo dh cerai ke? aiyaa lg terkejut, tgh prgnt pulak..mak aihh cepat betul dia dpt anak..x sangka umo dia dh 26..nampak muka budak² lg

.M.A.M.A.D.A.N.I.S.H. said...

alahaiii..siannye Anne. igtkan 2 org jer anak dia org..rupa2nya tgh preknen lagi.. tk sangka kan jd camni..tgk ok jer..

aLyNnZ said...

hurmm..sedey nyer dgr kisah cerai berai lebih2 lg time pregnant..dulu kisah cerai nora danish ms pregnant gaks..knapa lelaki tergamak lafaz cerai tatkala isteri sdg hamil kn zuriat mereka? xfhm sungguhh..

INTANKUTERPILIH said...

tu la...tak sangka si anne nie menjanda dlm usia muda...kesian kan...tak pasti sape yg bersalah...

p/s : nanti nak join 2-2 kontest tau...

ibu_Arifa said...

kesiannyer..muda lagi kan..harap Ann tabah lah yer,,moga Allah murahkan rezekinya lagi pasni. Jadi Ibu tunggal.. anak 3..kesian kan..

Nadiah Sidek said...

tak tahu pun anne ni dah bercerai. yg lebih kesian tu diceraikn ms tgh pregnant..

Nia said...

isyk,..qada'qadar Allah. sedih jg mendengarnya.

emy/mamasuri said...

cian nyer anne..
dah lah anne ni kecik..
anak2 dia pun kecik2 lagi..
dugaan jadi artis..

[-suziey-] said...

huhu kesian anne..suka tgk dia ngn hubby dia..nmpk humble je..xsngka btl..ketentuan Allah

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.