Followers

Friday, May 21, 2010

Suami Tendang Perut Isteri Dalam Pantang

YAN: “Tergamak dia menendang perut dan muka saya dengan kasut but kerana marah sebab saya nak ambil kereta,” dakwa jururawat, Che Azaini Suyana Hassan, 31, parah dibelasah suaminya, seorang anggota bomba di Pulau Pinang, malam kelmarin.Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa yang masih berpantang melahirkan anak ketiga cedera teruk di muka, telinga, belakang badan dan kaki selepas dibelasah tanpa belas kasihan.



Difahamkan, mangsa turut pengsan sejam di balai bomba berkenaan selepas dibelasah suaminya yang berusia 30 tahun tanpa disedari anggota bomba lain. Che Azaini Suyana berkata, dia yang baru melahirkan anak ketiga pada 22 April lalu, tidak menyangka suaminya tergamak bertindak demikian kerana marah apabila dia meminta kereta daripada suaminya. “Saya sudah beberapa kali menghubungi suami supaya menghantar kereta bagi mahu menghantar anak ke klinik kerana anak demam. Dia sudah lama tidak menjenguk kami anak-beranak termasuk anak baru dilahirkan.


“Kerana tidak tahan menanggung sengsara, saya ke tempat kerjanya di Ibu Pejabat Balai Bomba dan Penyelamat Perai, Pulau Pinang untuk berbincang masalah kami dan mengambil kereta saya yang digunakannya,” katanya yang ditemui di Hospital Yan, di sini, semalam. Menurutnya, dia terkedu apabila tiba-tiba suami menumbuk kereta sebelum menendang perutnya menyebabkannya terduduk di kawasan gelap tempat meletak kenderaan di balai bomba berkenaan.



“Dia mengheret saya ke depan tempat letak kereta dan menendang muka saya. Ketika itu dia memakai kasut but dan tendangan itu menyebabkan saya pengsan selama sejam di situ,” katanya. Che Azaini yang kini menetap di Guar Chempedak berkata, dia ke Pulau Pinang bersama kakak angkat dan anaknya kerana bimbang perkara buruk berlaku.



“Nasib baik kakak angkat ada di situ. Dia yang menghantar saya ke tempat kerja suami kerana kasihankan saya menanggung sengsara sendirian. “Selepas tersedar pengsan kira-kira jam 11.30 malam, saya hubungi kakak angkat memaklumkan kejadian itu. “Dia menghantar saya ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan kerana saya masih dalam berpantang sebelum dirujuk ke Hospital Yan,” katanya sebak. Che Azaini Suyana yang terkilan dengan suaminya, pasrah dengan apa yang terjadi kerana masalah mereka berlarutan sejak empat tahun lalu.



“Saya banyak bersabar melayan kerenah dia. Saya tahu dia ada hubungan dengan wanita lain sebab itu dia tidak ambil peduli kami dan enggan memulangkan kereta saya,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Perai. Sementara itu, jurucakap polis Seberang Perai Tengah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan dan berkata siasatan masih dijalankan.

8 comments:

zue @ annaleeya said...

baru baca stni kt metro... mmg bangang kan??? dahla istri tuh bertarung nyawa nak lahirkn anak dia... tergamak wat cmtu??? mmg xde hati perut... sakit ati dgn org cenggini...

ejaMaria said...

gile itu jantan... dia ingat ada awek lain tu bole bahagiakan dia ker?

mommyYen said...

adoh eh..kesian dia kan..?malang sungguh nasib..Demi kerna nafsu sanggup dia belasah isteri yg baru melahirkan zuriat dia..

LiLy @ MumMyQiStInA said...

Mmg x berhati perut langsung..dh isteri msh dlm pantang..main kayu 3 lg..tergamak lagi tendang muke isteri ngan kasut but..x dpt dibyangkan sakitnyer c isteri diperlakukaN sebegitu..

Damia Aleesya & Damia Ayunie said...

laki yg #$#$#@**&&^&(()..

tak tahu nak cakap apa...

susah2 bini dia lahirkan zuriat..cam ni lak laki dia buat..

pastiader pembalasannya...

mamalieyna said...

gila punya suami camni! huh..kejam! sgt2 kejam!

[-suziey-] said...

binatang btl suami cenggini..kt akhirat nnti terima la azabNya..

Nadiah Sidek said...

hish..letak kat mana la akal tu

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.