Cekik bayi hingga mati

- KOTA KINABALU: Bunyi tangisan bayi yang nyaring pada malam hari membongkar perbuatan seorang ibu bersifat syaitan dipercayai mencekik bayi dilahirkannya sehingga mati, sebelum mayatnya dibungkus dan ditanam di sebuah ladang di Jalan Jerecoh, Kinabatangan, di sini, semalam.
- Salah seorang pekerja ladang yang enggan dikenali, berkata, pada mulanya dia mendengar suara tangisan bayi kira-kira jam 9 malam, kelmarin ketika mahu mematikan enjin bekalan air terletak bersebelahan rumahnya. Bagaimanapun, katanya dia takut melihat apa yang berlaku kerana menyangka ia suara hantu berikutan lokasi kediamannya jauh daripada penempatan penduduk. Katanya, pada keesokkan harinya (semalam), dia tergerak hati menyiasat apa yang berlaku sebelum mengajak salah seorang rakan menemaninya. Beliau berkata, sebaik tiba kawasan belukar tidak jauh di belakang rumahnya, dia terkejut mendapati ada longgokan tanah yang masih baru digali seperti sebuah busut kecil. “Kira-kira satu jam memeriksa kawasan ini, rakan saya terlihat kesan tanah baru digali tetapi ditimbus pelepah kelapa sawit sebelum mengalihkan timbunan daun itu.
- “Saya menggali semula busut kecil ini sebelum menemui satu bungkusan kecil dibaluti guni plastik sebelum membukanya,” katanya. Lelaki terbabit terkejut apabila mendapati guni palstik itu mengandungi mayat bayi masih bertali pusat dan dipenuhi darah sebelum menghubungi pihak polis.
- Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Deputi Superintenden (DSP) Jaini Abdul Kadir, ketika dihubungi semalam, mengesahkan menerima laporan berkenaan. Katanya, sebaik menerima panggilan itu, pihaknya menghantar beberapa anggota menyiasat dan mengesahkan menemui mayat bayi lelaki baru dilahirkan dan ditanam secara sembunyi. “Dua lelaki terbabit mendakwa menemui mayat bayi ini selepas mendengar tangisan bayi pada malam sebelum itu sebelum mencari punca bunyi berkenaan pada pagi esoknya. “Mereka menemui longgokan tanah baru digali lalu menggali sebelum menemui bungkusan guni mengandungi mayat bayi cukup sifat dipercayai baru beberapa jam baru dilahirkan sebelum dibunuh dan ditanam,” katanya.
- Katanya, berdasarkan maklumat daripada lelaki berkenaan, dia pernah melihat seorang wanita sarat mengandung mundar-mandir di ladang terbabit beberapa kali sebelum ini. "Bertindak atas maklumat itu, pihak polis mengesan rumah wanita terbabit dan mendapati perutnya kempis sebelum ditahan untuk siasatan. “Polis percaya wanita berusia 33 tahun ini dipercayai melahirkan sendiri bayinya sebelum mencekik dan menanamnya untuk mengelakkan daripada diketahui masyarakat,” katanya. Jaini berkata, wanita itu ditahan untuk siasatan lanjut. Beliau berkata, hasil pemeriksaan awal terhadap mayat bayi itu mendapati terdapat kesan lebam pada lehernya dipercayai dicekik.
- “Bayi malang ini dipercayai masih hidup ketika dilahirkan tetapi mati akibat dicekik sebelum ditanam. “Tangisan akhir bayi didengari pekerja ladang itu adalah tangisan terakhirnya sebelum ditanam,” katanya. Menurut Jaini, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan cara membuang mayat bayi secara sulit
19 Kawan Mama Suka Bagi Pendapat:
kalau laa lelaku tu x igt yg tu suara hantu, dan pergi jenguk..mungkin selamat lg baby tu...
*sob apa laaa nk jadik skang ni yer :(
Apa la nak jadi denga dunia sekarang ni. Tak kesian ke kat budak tu... Dah penat2 beranak pi bunuh pulak...
Memang manusia jenis tak dak perasaan betul la...
Ya Allah... mmg banganggggggggggg!!!! klu dpt pompuan tuh, aku cekik ko jgk smp mam***.....
eeeeeeeee..... akak mmg emo klu bab gini... kejammmmmm.....
iskk..rase nak menangis bace berita ni. paling benci ngan manusia yg sanggup bunuh anak sndiri. langsung takde rasa kasih sayang ke walhal dah susah payah mengandung 9 bulan n beranakkan baby tuh..=((
BODOH!!! BANGANG NAK MAMPOS!!!! eerrkkk ter'emo' plak.. bukan marah ngan mama aqish, tp marah ngan BINATANG tu....
orang laen nak dapat anak punyer la payah.. dia dapat anak senang² je buat camtu!!!!!!!
ya Allah...
kejamnya... sgt2 kesian kat baby ni.. semoga pebuatan ibu tu mdpat balasan di bumi n akhirat..
sygnya,, zuriat dmusnahkn sekelip mata.. sedih sgt2..
lya nk dpt asya seksa sgt2.. smpai koma..lumpuh n asya hmpir dgugurkn masa usia 6 bln dlm perut sbb nk slmatkn nyawa lya time tu..
tp... org y dberi kesempatan y baik x hargai peluang ni.. bgusnya bg pluang ni kat lya.. sbb lya cuma ada asya soang..dh xleh nk lahirkn ank lagi..
sgt2 sedih!!!
&
org itu SGT2 KEJAM!!
pompuan nie mmg sakit jiwa agaknyer... Mengalahkan binatang... kurang ajar betul.. apala dosa baby nie.... eeee.... saya plak yang jadi geram bile bace berita nie...
ishhkk...tak layak la panggil pompuan tu ibu... ibu kejadah nye...
sampai hati... eee... kite ni nak cubit anak pun pikir 2-3 kali...
ramai lagi orang yang susah nak mengandung!dia main senang2 buang :(
perempuan tue gila...!!!
maaf anje, teremo sikit
aduss...ader lagi manusia yg tak bertamadun cam ni...apa punya org lah..binatang pun sayangkan anak...
kesian nye .. sampai ati nye ... buat cam tuh ...
sedey aku bila baca kes cam ni ....
Ya Allah, bila la nak berkahir semua ini kan.. kejamnya dikau wahai ibu...
Aduh ~ menangis bile baca mende2 cmni.
apa nk jd dunia kita skng nikan...risau ummi tgk...kesian sgt kt baby2 yg xberdosa tu...tp xpe la yg pasti baby2 tu ahli syurga kan...amin...
kesian kat bb tue kan..mmg kejam tul!
Jahat..kejam..tak berhati perut. Ee...tak de ke perasaan simpati si ibu masa mencekik anak sendiri. Memang kejam!!
sungguh kejam perempuan ini..tidak layak digelar IBU..harap dia mendapat balasan yang setimpal
giler punya orang...menyirap je masa baca kat paper tadi
Post a Comment