Followers

Thursday, June 10, 2010

Faizal Tahir Mahu Ke Palestin & Mati Syahid



  • PETALING JAYA: Penyanyi Faizal Tahir menawar diri untuk menyertai misi kemanusiaan dan sanggup mati syahid bagi membantu rakyat Palestin yang menghadapi kekejaman rejim Zionis Israel.
    Faizal mengakui menangis apabila melihat menerusi internat dan membaca kisah-kisah kekejaman yang dilakukan oleh rejim tersebut terhadap umat Islam yang tidak bersalah.
  • “Saya tidak malu untuk berterus terang yang saya menangis melihat kesengsaraan saudara kita di bumi Palestin terutama penduduk Gaza,” katanya ketika ditemui selepas ditemu bual menerusi rancangan terbitan TV3, Wanita Hari Ini (WHI) di sini, semalam.
    Faizal yang juga bapa kepada tiga orang anak berkata, jika ada tawaran daripada badan-badan sukarelawan untuk mengajaknya ke sana, dia tidak akan menolak.
    Ini kerana adalah menjadi tanggungjawabnya sebagai seorang Islam untuk sama-sama membantu dan sekurang-kurangnya memberi sokongan kepada golongan yang dihimpit kesengsaraan.
    “Sekiranya tidak bercanggah dengan jadual tugas dalam bidang seni, saya bersedia untuk meninggalkan isteri dan tiga orang anak saya bagi menyertai mana-mana misi kemanusiaan sebagai tanda sokongan saya kepada rakyat Palestin. Saya pun sanggup mati syahid,” katanya.
  • Lebih menguatkan perasaan itu apabila ayahnya, Dr. Mohd. Tahir yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif sebuah badan sukarelawan turut terlibat menyalurkan bantuan kemanusiaan untuk masyarakat tersebut.
    Ujar lelaki yang popular dengan lagu Sampai Syurga ini, atas sebab itu juga dia sanggup menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan untuk menyertai mana-mana aktiviti sukarelawan yang dianjurkan stesen televisyen itu.
    Bagaimanapun secara kebetulan TV3 sedang menggerakkan kempen Bebaskan Bumi Palestin yang seterusnya menawarkan Faizal menjadi duta bagi menjayakan kempen tersebut.
  • “Ketika hati saya dirundung kesedihan mengenangkan mereka yang kurang bernasib baik itu, TV3 pula bersetuju melantik saya menjadi duta kempen ini. Saya amat bertuah,” katanya.
    Menerusi aktiviti tersebut kata Faizal, dia akan memainkan peranannya sebagai seorang artis untuk berkongsi cerita dengan orang ramai dalam menyalurkan mesej kemanusiaan.
    Kempen yang tidak melibatkan apa-apa sumbangan dan kutipan wang itu akan dilakukan dalam bentuk penerbitan klip video selama 30 saat yang akan disampaikan oleh Faizal.
    “Setiap kali menonton klip video berkenaan, ia akan memberi peringatan kepada mereka mengenai kesusahan dan kesengsaraan yang dilalui oleh umat Islam yang telah ditindas.
  • “Dalam klip video itu juga saya akan meminta rakyat Malaysia untuk mendoakan kesejahteraan penduduk Palestin kerana hanya dengan doa sahajalah bentuk sumbangan yang mudah dan mampu kita beri ,” katanya.
    Tambah Faizal lagi, kebenciannya terhadap tentera Israel bertambah apabila mereka tergamak menawan kapal Mavi Marmara dan MV Rachel Corrie yang turut membawa sukarelawan Malaysia.

4 comments:

LYaFRINA said...

SMOGA.. SELAMAT SEGALANYA...

eima said...

ade badan suka rela nk pi pelastin nih ...
nk gak tgk die sgup pi ke tak ...
ke ckp saje je ...



p/s: sorry peminat FT

[-suziey-] said...

ye ye je..,ane dia tau pegi sana confirm mati syahid? kalu dlm hati kecil ade sedikit riak..wallahua;lam..yg pasti mati syahid bkn bole diminta2 dan dirancang2..

Ain said...

moga segala usaha dipermudahkan....

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.