Followers

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Loading...

Wednesday, June 23, 2010

KCT 1 milik Datuk K - Jom Baca


  • 23 JUN, 2010 : Tahniah Murai batu ucapkan pada Dato Siti Nurhaliza dan suaminya Datuk Khalid Mohd Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K. Sebab, akhirnya mereka berjaya memiliki nombor plat kenderaan KCT 1.
  • Nombor plat kenderaan yang tiba-tiba menjadi buruan ramai golongan ahli perniagaan dan syarikat korporat ini telah sah menjadi milik Datuk K setelah dia menjadi pembida tertinggi menerusi nilai bidaan sebanyak RM66,550.
  • Dalam proses pembidaan itu, JPJ telah menetapkan harga minimum atau harga pembukaan tempahan nombor itu adalah sebanyak RM10,000. Tetapi setelah proses bida-membida dilakukan, akhirnya Datuk K juga yang berjaya memilikinya.
    Terkedu juga Murai Batu dibuatnya apabila mengetahui angka tersebut. Apa tidaknya ia sangat besar pada Murai Batu. Tapi, Murai Batu percaya, bagi Datuk K, nombor plat kenderaan itu lebih bernilai daripada jumlah angka wang RM66,550.
  • Lebih-lebih lagi bila ia merupakan cantuman namanya dengan nama isteri yang tercinta, Siti. Romantis sungguh... Bertuah Siti sebab dapat memiliki seorang suami yang penyanyang seperti Datuk K.
    Sebelum itu, ramai yang ingat Dato Siti yang telah membida nombor plat kenderaan berkenaan. Tapi, rupa-rupanya tidak. Sebaliknya, Siti mengatakan suaminya adalah pembida yang sebenar.
  • Siti juga beritahu dia tidak akan membazirkan wang yang banyak hanya semata-mata untuk memiliki nombor kenderaan. Apa-apa sajalah Siti, yang penting kita bukannya melakukan jenayah.

7 Kawan Mama Suka Bagi Pendapat:

aNiS tHe BumbleBee said...

ouhh..seronotnyeeee...bahgie tul CT kan..

Damia Aleesya & Damia Ayunie said...

duit ketul2 dah tak tahu nak buat apa tu...senang2 jer habis buat bida no keta...org kaya...macam tu lah kan..

~~ciklinn~~ said...

huhuhuh duits berkepuk2s....... kalu bg kat linn habis dah bayo kete.. hahaha

mama zharfan said...

duit diaorg dh byk ...
kalau me,tu saving me berapa puluh thn agaknya baru dpt kumpul byk tu..

Farra Dhelina said...

mak aiii..plat je 66ribu..huhu..kaya kaya kaya..hihi

E.L.I.Z.A said...

hahahha Dr eli tadi tunjuk cth ni la masa eli proposed tajuk projek masters eli..eli nk wat system utk bidding no plat ni ekkekek

[-suziey-] said...

haih org kalu byk duit..smpai xtau nk buatpe dh..ekekek:D