%5B1%5D.jpg)
- KUALA LUMPUR, 9 JUN 2010 : Kemelut yang melanda rumah tangga vokalis kumpulan OAG, Radhi Razali dengan Shazlin Sharif akhirnya tamat apabila Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, semalam, mengesahkan lafaz cerai yang dibuat penyanyi itu.
Ketika prosiding berlangsung, Hakim Syarie Tuan Fazil Che Hasan mengesahkan Radhi,33, dan Shazlin, 32, yang juga bekas penyanyi kumpulan GIM bercerai dengan talak satu.
- Terdahulu, Shazlin yang diwakili peguam syarie Rubiah Jaffar memaklumkan kepada mahkamah pada 16 Oktober 2009, kedua-dua pihak membuat perjanjian dan menandatangani persetujuan berhubung nafkah edah, mutaah dan nafkah anak.
Manakala Radhi yang diwakili peguam syarie, Musa Awang mengesahkan perkara itu dan memaklumkan bahawa anak guammnya bersetuju untuk melafazkan cerai melalui kebenaran mahkamah.
- Menjawab pertanyaan hakim, Rubiah memaklumkan anak guamnya sudah tidak menetap bersama dengan Radhi sejak 2008.
Hakim kemudian membenarkan permohonan itu dan mengarahkan sijil nikal pasangan itu dibatalkan dan pencerain perlu direkodkan di Jabatan Agama Islam Daerah Petaling.
- Mahkamah juga merekodkan persetujuan bersama iaitu Radhi bersetuju memberi nafkah edah sebanyak RM3000, tiada tuntutan mutaah anak mereka Muahamad Rifdhi Muslim, 5, sebanyak RM460 sebulan. Radhi juga bersetuju membayar insurans pendidikan RM200 sebulan dan bayaran itu dibuat sebelum atau pada 1 hari bulan setiap bulan.
- Shazlin juga memohon Radhi nafkah perayaan dan hari lahir anak mereka RM1,000 setahun dan dibayar dua minggu sebelum perayaan atau majlis itu.
Dalam laporan media tempatan hari ini, Radhi turut menyatakan kesyukuran kerana kes itu berakhir dengan baik
- p/s jodoh pertemuah di tangan ALLAH...moga jodoh kiter semua bersama suami tercinta berkekalan sehingga ke akhir hayat...
4 Kawan Mama Suka Bagi Pendapat:
jodoh maut ditangan tuhan..pasrah jer lah...
Mudah2an jodoh itu kekal milik kita semua.. :)
nak tanya 1 jer...
Nak celebrate birthday anak sampai seribu ker...?
Memang depa berkemampuan sungguh...
asyik bercerai jer artis2 kita....
kalau memang dah tak boleh duk sebumbung, ain rasa itu la pilihan yang terbaik kan.....
gaduh2 pun wat tambah dosa jer...huhuhu...
Post a Comment