Lagu Terbaik Gah 1 Milik Alyah!
- SUNWAY, 31 MEI 2010: Selepas kecundang dalam Anugerah Juara Lagu 2009, lagu Tak Mungkin Kerna Sayang nyanyian Alyah dan hasil ciptaan Ajai bersama penulis lirik terkenal Habsah Hassan berjaya dinobatkan sebagai lagu terbaik Gah 1 yang diadakan di Taman Tema Sunway Lagoon, malam tadi.
- Dengan kemenangan itu, Alyah menerima wang tunai sebanyak RM40,000 berserta trofi Gah 1 yang dikongsi bersama pencipta lagu dan penulis lirik lagu ini. Selain lagu terbaik, Alyah yang tampil menawan seperti seorang permaisuri yang diilhamkan dari filem Narnia berjaya membawa pulang wang tunai RM10,000 dengan membawa gelaran persembahan terbaik.
"Alyah tak pernah jangka akan menang malam ini. Sebenarnya, Alyah tak tahu nak cakap apa. Alyah tak ada target langsung. Sejujurnya, Alyah menyanyi malam ini pun disebabkan Alyah membayangkan ini adalah kali terakhir Alyah menyanyi lagu ini untuk sesebuah pertandingan.
- Yelah, selepas ini, lagu yang menaikkan nama Alyah ini tidak boleh dipertandingkan lagi.
"Terus-terang, bila ada di pentas, Alyah terfikirkan betapa susahnya dulu Alyah membuat promosi lagu ini tanpa berduit. Alhamdulillah dengan kemenangan ini, ia menguatkan lagi semangat Alyah untuk terus mencipta nama walaupun bertubi-tubi diasak dengan pelbagai gosip," kata Alyah.
- Selain itu, lagu nyanyian asal Misha Omar iaitu Cinta Adam dan Hawa hasil gubahan komposer Azmeer bersama arwah Loloq yang dinyanyikan juara bintang RTM 2009, Ernie berjaya memenangi Naib Juara sekaligus membawa pulang wang tunai berjumlah RM30,000.
Manakala lagu Khatimah Cinta nyanyian 6ixth Sense dan ciptaan sepenuhnya dari 6ixth Sense sendiri berjaya meraih gelaran lagu paling popular hasil undian penonton pada kemuncak malam Gah 1 yang dipancarkan di TV2 serta saluran Muzik Aktif di Astro. Tahun lalu, 6ixth Sense turut memenangi kategori yang sama menerusi lagu Tanpa.
- Sesi penjurian kemuncak Gah 1 pada malam tadi telah diadili barisan juri profesional seperti Dato' Johari Salleh, Prof Madya Khairil Johari Johar, Adnan Abu Hassan, Dato' David Arumugam dan Razlan Razak.
Finalis yang turut bertanding adalah Azharina (Rawan), Kumpulan Grey Sky Morning (Cinta Gila), Tomok (Rindu Terhenti), Stacy (Pakai Buang), Faizal Tahir (Bencinta) dan Adam bersama Stacy (Menggegar Dunia). Bagaimanapun, tempat Adam digantikan kumpulan Evoke yang pernah berduet dengan Stacy dalam lagu Menggegar Dunia dalam konsert istimewa Stacy yang diadakan baru-baru ini.
- Difahamkan, Faizal Tahir yang membuat persembahan pertama terpaksa bergegas ke Planet Hollywood kerana terlibat dengan showcasenya bermula jam 11 malam.Sementara itu, majlis yang diacarakan 2 hos muda iaitu E-One dan Eyeja turut dimeriahkan dengan persembahan artis jemputan seperti Sarah Raisuddin, Nubhan, One Nation Emcee, Elyana, Dato Jefri Din, Aspalela, J Sham, Aisunam dan kumpulan Kristal
4 Kawan Mama Suka Bagi Pendapat:
kite pun suke sangat dengan lagu tu.. dengar je la.. tak de maksud apa2 pun.. malah anak dara kite leh hafal dulu sebelum kita.. huhu
sedap lagu ni.. sy suka :)
suke la dgn lagu tuh anje...
suara alyah pn mmg best....
Post a Comment