Maya Karin: Isu Cerai Atau Status Kahwin?
%5B1%5D.jpg)
- KUALA LUMPUR, 24 JUN 2010: "Setakat ini saya tidak boleh nak cakap apa-apa. Saya takut apa yang saya cakap ni akan timbulkan salah faham kepada semua pihak,"kata pelakon jelita, Maya Karin sejurus selepas keluar dari Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur, lewat petang tadi.
Kehadiran bintang utama filem Pontianak Harum Sundal Malam di mahkamah tersebut ternyata telah dapat dihidu ramai wartawan dari kalangan meja berita dan hiburan.
- Namun, pelakon yang memiliki darah campuran Melayu –Jerman ini ternyata langsung terkejut apabila melihat kedatangansejumlah ramai wartawan tersebut. Mungkin dia sudah dapat mengagak kehadiran mereka di situ.
Apa tidaknya dari seawal jam 2 petang lagi, sudah ada pihak wartawan yang menunggu untuk mewawancara Maya di situ. Namun, awal-awal lagi Maya sudah masuk ke dalam kamar mahkamah dan kebanyakan wartawan yang sudah sedia menunggu di luar bangunan mahkamah berasa 'hampa' apabila mereka tidak dibenarkan masuk.
- Lebih menghampakan apabila kebanyakan wartawan tidak diberitahu apakah sebab-sebab kehadiran Maya Karin di situ. Malah, pihak peguam Maya juga enggan mengulas apa-apa.
Turut kelihatan di mahkamah tersebut adalah suaminya, Steven David Shorthose yang tiba di situ kira-kira setengah jam selepas kedatangan Maya.Sebagaimana Maya, dia juga tidak berkata apa-apa, sebaliknya hanya mengatakan dia kecewa. Persoalannya, dia kecewa tentang apa?
Apakah kerana ianya berkaitan dengan keputusan perceraian mereka atau hal-hal yang lain? Namun, ada sumber mendakwa ianya berkaitan dengan pengesahan perkahwinan mereka.
Sepertimana yang telah diketahui umum, Maya sebelum ini telah berkahwin dengan Steven di Itali pada sekitar Jun 2008. Namun, daripada apa yang difahamkan oleh kebanyakan wartawan yang hadir pada petang itu, perkahwinan mereka masih belum lagi didaftarkan di Malaysia.
- Apapun, kebanyakan wartawan terpaksa menunggu kira-kira 2 jam untuk menanti Maya dan suaminya keluar dari kamar mahkamah tersebut bermula dari jam 2.45 petang.
Sebaik saja suaminya keluar wartawan terus menyerbu dengan pelbagai soalan terutama tentang isu perceraian mereka.
"Bukan soal cerai. Tapi tiada sebarang keputusan yang diambil. Anda boleh tanya sendiri hal ini kepada Maya," katanya yang terus bergegas dari situ menuju ke keretanya untuk pulang.
Sejurus selepas itu, wartawan terpaksa pula menanti Maya keluar dari kamar mahkamah selama kira-kira 15 minit. Sebaik saja dia dia terpacul di luar pintu, wartawan terus mengasak-ngasak untuk menanyakan tentang status kehadirannya di situ.
- Apabila disoal adakah ia berkenaan dengan status perkahwinannya, Maya memberikan jawapan: "No komen. Mungkin itu datangnya dari orang lain".
Dia kemudian terus berlalu dari situ tetapi telah dikejar oleh wartawan. Sekali lagi wartawan bertanya, apakah selepas ini dia akan berurusan dengan mahkamah lagi?
Jawab Maya: "Apa yang berlaku selepas ini, segalanya mungkin," katanya yang kelihatan cukup manis berbaju kurung dan bertudung litup putih.
- Sebaik saja menjawab soalan itu Maya terus menaiki kenderaan dan meninggalkan segera kawasan mahkamah tersebut. Maya bagaimanapun hadir di situ tanpa ditemani sesiapa. Sebaliknya, dia hanya diwakili peguamnya, Nor Husniah Husin.
Sementara itu, peguamnya, Nor Husniah pula berkata: "Saya diarahkan untuk tidak memberikan sebarang kenyataan tentang apa yang berlaku di dalam mahkamah sebentar tadi,"katanya..
- p/s semoga jodoh kiter bersama suami tercinta berpanjangan
4 Kawan Mama Suka Bagi Pendapat:
ctk pulak bila maya ni bertudung kan..
mudah mudahan jodh pkawinan kt kekal smpai akhr hyt hendaknya..amin.
amin..
ragam artis..gitewlah
urmm...nak kawen ngan mat salleh jek..aleh3 jd kot lain plak...huhu
banyak artis yg kawin ngan mat saleh tak kekal kan? apa pun harap perkahwinan kita semua kekal selamanya..amin..
Post a Comment