Followers

Tuesday, June 1, 2010

Nak Duit Masyuk???Jom Baca tips

Jaja kisah suami malas

KUALA LUMPUR:

  • Setiap kali bertemu bakal ‘mangsa’, wanita berusia 38 tahun ini akan menjaja kisah sedihnya yang terpaksa bekerja keras mencari duit untuk menyara dua anak kerana mendakwa suaminya malas bekerja.Kisah sedih hidup ditambah kepetahan bercakap mengenai peluang pelaburan dan tawaran memperoleh projek besar menyebabkan ramai ahli perniagaan terpedaya sejak empat tahun lalu.

  • Taktik itu memberi kesenangan kepada wanita terbabit apabila mampu hidup mewah dengan memiliki beberapa kenderaan dan rumah selain melunaskan pelbagai hutang yang mencecah ratusan ribu ringgit.
    Setakat ini, 15 ahli perniagaan di Kuala Lumpur dan Selangor menjadi mangsa tawaran projek ‘hantu’ dan pelaburan skim cepat kaya wanita itu yang kononnya mampu memberi pulangan berlipat ganda.

  • Wanita terbabit juga memperoleh lebih RM500,000 daripada kegiatannya dan menjadikan sebahagian wang itu sebagai modal perniagaan diusahakannya sejak setahun lalu. Bagaimanapun, perbuatannya terbongkar apabila dia ditahan Selasa lalu oleh sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras diketuai Inspektor Mohd Mahatir Abdullah di rumahnya di Alam Damai, Cheras di sini, selepas kegiatannya dilaporkan.

  • Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Izany Abd Ghany, berkata siasatan awal mendapati, wanita itu hanya bermodalkan ‘ayat power’ untuk meyakinkan mangsa melabur dalam projek diusahakannya seperti membekalkan komputer riba kononnya mahu berkongsi keuntungan.
    “Kebanyakan mangsa mempunyai perniagaan sendiri dan mereka akan diyakinkan suspek untuk mengeluarkan modal mencecah ratusan ribu ringgit.

  • “Mangsa terpedaya apabila suspek memberikan cek kononnya pulangan awal yang dilaburkan, namun sebaik cek itu ditunaikan, mereka mendapati ia cek tendang kerana akaunnya sudah ditutup,” katanya ketika ditemui, semalam.
    Izany berkata, kebanyakan mangsa terpedaya selepas suspek menjual kisah malang kononnya mempunyai hutang keliling pinggang kerana bersuamikan lelaki pemalas serta terpaksa menanggung dua anak yang menuntut di institut pengajian tinggi (IPT) dan seorang lagi yang masih bersekolah.

  • “Selepas menjaja cerita sedih itu, mangsa mendakwa boleh mendapatkan peluang dan kelulusan segera tender serta kontrak kerajaan seperti membekalkan komputer di sekolah serta penajaan beberapa kursus syarikat korporat bernilai puluhan ribu ringgit.

  • “Ada yang ditawarkan sehingga lima projek bagi satu masa menyebabkan mangsa teruja apatah lagi dijanjikan pulangan pelaburan tinggi hingga sanggup menyerahkan ribuan ringgit sebagai modal mendapatkan projek ‘hantu’ terbabit,” katanya.
    Namun, menurut Izany selepas berbulan-bulan menunggu, suspek gagal dihubungi menyebabkan mangsa berputih mata kerana wang pelaburan mereka hilang.
  • “Wanita terbabit kini direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. Polis meminta mereka yang menjadi mangsa penipuan wanita ini supaya membuat laporan supaya tindakan tegas akan dikenakan terhadapnya kerana menipu orang ramai,” katanya.

  • p/s jangan ikut tips ni k...tak baik tau...dosa kita jaja citer2 yang tak elok pasal suami kiter tau....SYURGA isteri dibawah tapak kaki SUAMI...kalo dah JAJA citer suami camne nak CIUM bau Syurga???

5 comments:

Nurshahfamily said...

setuju ngan anje....

ejaMaria said...

dia tak de suami kot... sbb tu bole buat cerita...

heran... dah kaya raya, mesti bijak pandai... pun kena tipu ngan ayat jer?

LYaFRINA said...

EEEEEEE....
NK SENANG PUNYA PASAL..
SMPAI JAJA KISAH SUAMI TU..
KIRANYA MMG DUIT X BERKAT TU.

Damia Aleesya & Damia Ayunie said...

macam2 sekarang bukan lelaki jer pandai main tipu daya..pompuan pun pandai gak...bahaya2...

nza said...

his...dasyat tu...xbaik la wat camtu...tah2 dia xde suami pn...

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.