Followers

Thursday, June 17, 2010

Tahniah Anne Hot.FM atas perkahwinan beliau

Mama kenal anne ni masa time games HUGO dulu kat TV...
kengkawan ingat tak...mama pun suka citer HUGO tu...
he...he...zaman budak2 dulu kan...
so mama nak ucapkan tahniah ANNE atas perkahwinan beliau...
semoga dipanjangkan jodok k..

Putri Adreanna Syigim Mohd Razalli, 29, atau lebih mesra disapa, Anne, dan Nik Mahathir Zainuddin, 33, yang telah selamat diijabkabulkan Masjid Al Mukarramah, Bandar Sri Damansara kira-kira 11.30 pagi (12/6). Dengan hanya sekali lafaz, Anne sah menjadi isteri kepada pereka grafik, Nik yang dikenalinya ketika sama-sama bekerja di MiTV satu ketika dulu. Pada majlis bersejarah itu, Anne telah menerima tujuh dulang hantaran berupa sebentuk cincin De Gem, beg tangan Prada, jam tangan Tag Hauer, set kosmetik YSL, sejadah, sireh junjung dan mas kahwin RM1,000.

Anne turut menerima wang hantaran sebanyak RM11,181 sebagai simbolik hari lahir Anne pada 11 Januari 1981. Manakala pihak lelaki menerima sembilan dulang hantaran antaranya sebentuk cincin De Gem, jam tangan Tag Hauer, dompet Prada, senaskah Al-Quran, sireh junjung, coklat Patchi, kek cawan dan set wangian Gucci. Bertemakan perkahwinan dalam taman dengan berkonsepkan warna merah jambu dan perak, majlis resepsi sebelah pihak perempuan telah diadakan tengah hari (13/6) di Kelab Golf Perkhidmatan Awam, Bukit Kiara, Damansara.

6 comments:

lily azliyana @ mama zara said...

hehe..samelah..kite pon kenal die thru rancangan HUGO gak. mase tuh die lom berapa femes kan..=p

[-suziey-] said...

tu la mlm td tgk kt tv9 liputan wedding dia..mula xcam tu dia..hehe tp dh agk msti la 1 of the celebrities kan..hehe

mamalieyna said...

moga kekal la hendaknya perkahwinan mereka ni hingga ke akhir hayat..Amin..

E.L.I.Z.A said...

fuyooo..tu baru penyampai radio..dapat hantaran omak aiiii best best..mesti hubbie dia bisnesman nih

ibu emy efy eqy said...

wow... sama cantik sama padan.

Nia said...

semoga berkekalan khendakNya.....

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.