Followers

Monday, July 5, 2010

10 Perkahwinan Artis Paling Glam 2009

Dunia artis sering menjadi perhatian umum dan apabila artis mengumumkan akan menamatkan zaman bujang mereka, ramai pihak yang berminat untuk mengetahui serba-serbi.Peminat di luar sana begitu teruja melihat persiapan dan majlis perkahwinan para artis yang rata-rata penuh dengan glamor. Jumlah wang hantaran, senarai barangan hantaran, fesyen ketika bersanding dan tema majlis resepsi sering menjadi tumpuan ramai.Jangan penat-penat buat kajian sendiri, GUA hidangkan kepada pelayar semua '10 Perkahwinan Artis Paling Glam 2009'.


Sari Yanti-Eddy Casmady (17 Jan)

Pelakon genit 'Kisah Kaisara', Sari Yanti mengejutkan ramai peminatnya apabila beliau mengumumkan bahawa beliau akan menjadi isteri kepada Eddy Casmady, seorang jejaka yang telah berjaya menambat hatinya selama empat tahun sebelum mereka bergelar suami isteri. Eddy menyerahkan mas kahwin bernilai RM500 dan pasangan ini merahsiakan jumlah wang hantaran yang diberi pihak lelaki. Sari mengenakan fesyen purdah yang menutup muka ketika acara akad nikah berlangsung dan baju rekaan dari pereka muda Lynda Rahim.

Que Haidar-Linda Jasmine (14 Feb)
Satu Malaya terperanjat ketika mendengar berita Que akan menamatkan zaman bujangnya dengan koreografer Linda Jasmine. Bukan kerana mereka tidak sepadan tetapi kerana tiada ura-ura pasangan ini bercinta. Pada Hari Kekasih tahun ini, Linda sah menjadi milik Que di upacara pernikahan yang dijalankan di Bora Ombak. Linda menerima mas kahwin bernilai RM1, 101 dari Que. Majlis resepsi diadakan di tempat yang sama di KL dan sekali lagi di Taib Andak, Johor. Pasangan ini dikurniakan bayi perempuan, Puteri Ratu Haidar pada 27 Oct 2009

Yatt-Abdul Mutalib (29 Mac)
Setelah lima tahun memadu kasih, akhirnya Yatt diijabkabul dengan kekasihnya, Abdul Mutalib pada 29 Mac di rumah keluarga Yatt di Seremban. Majlis resepsi dan persandingan pasangan ini begitu glamor apabila ditaja oleh pelbagai pihak termasuk Butik Lynda Rahim dan D&D Beauty House. Mas kahwin yang diberi oleh Abdul Mutalib bernilai RM280.80 dan Yatt tidak mahu menyatakan jumlah wang hantaran yang dihadiahkan suami. Ketika ini, Yatt dan suami sedang berdebar menanti kelahiran anak sulung mereka.

Diana Rafar-Zamarulhisham (16 May)
165 merupakan angka bertuah untuk pasangan ini. Dinikahkan pada 16/5 dengan mas kahwin bernilai RM165 dan wang hantaran berjumlah RM16, 500. Bagi mereka berdua, angka ini begitu bermakna. Lapan tahun mengenali satu sama lain menjadikan pernikahan ini begitu bermakna dan istimewa bagi kedua pasangan. Majlis resepsi Diana dan Zamarul dilangsungkan di Hotel Concorde Shah Alam bertemakan puteri di dalam taman.

Adlin Aman Ramlie-Emelda Rosmila (22 Mei)
Pasangan artis ini melangsungkan perkahwinan mereka dengan upacara gilang-gemilang dan penuh kemewahan dan kemerahan. Resepsi pertama diadakan di Dewan Bankuet SUK Perak yang menyaksikan pasangan mengenakan pakaian serba putih dan Emelda bersanggul lintang, ciptaan beliau sendiri. Majlis resepsi kedua diadakan di Meru, Klang dengan berkonsepkan perkahwinan bangsa Jawa. Emelda menerima wang hantaran sebanyak RM30, 000 dan mas kahwin bernilai RM1, 001 dari Adlin

Darling Ngasri-Nur Azlin Rahmat (31 Mei)
Darling atau Nasree Ngasri menamatkan zaman bujangnya dengan Nur Azlin pada bulan Mei. Konsep yang dipilih pasangan ini ialah perkahwinan di dalam taman. Farah Fauzana dilantik selaku pengapit Darling di majlis itu. Darling menerima mas kahwin berjumlah RM80 dan hantaran sebanyak RM22, 222.22. Destinasi bulan madu pasangan ini ialah kota Paris yang mereka lawati pada bulan Julai tahun ini.

Nana (Era)-Brian (31 Mar)
Bekas penyampai radio ERA yang keletah, Nana diijabkabul dengan Mohd Raqeem Brian di rumah Nana di Muar, Johor. Dengan konsep 'White Wedding', Nana dan Brian mengenakan pakaian berona putih gading. Kedua pasangan ini menyukai nombor 21 yang menurut mereka sering muncul dalam kehidupan mereka secara tidak sengaja. Lantas, wang hantaran mereka ditetapkan pada RM21, 500 dan mas kahwin berjumlah RM21.50. Farah Fauzana menjadi pengapit ketika majlis persandingan ini.

Catriona Ross-Shaharuffin (27 Jun)
Catriona Ross bernikah dengan penerbit dan pengarah rancangan televisyen Astro, Shaharuddin Mokhtaruddin dalam satu majlis yang meriah dengan pelbagai persalinan pakaian termasuk pakaian orang Minang. Cat menerima wang hantaran berjumlah RM22,000, pelbagai hantaran berjenama mewah dan destinasi bulan madu mereka termasuklah Pangkor Laut dan Itali.

Noniswara-Datuk Rosman Ridzuan (31 Jul)
Walaupun ini perkahwinan kedua bagi kedua mempelai, majlis pernikahan dan persandingan diadakan dengan penuh gemilang! Macam anak dara, cukup dengan wang hantaran, barangan hantaran berjenama termasuk Chanel, Jimmy Choo, Raoul dan tentu sekali majlis resepsi serba mewah yang dilangsungkan di Hotel Berjaya Times Square. Hati Nonis berjaya ditambat Datuk Rosman walaupun wanita ini sering dikejar ramai jejaka di luar sana.

Akhil Hayy-Waheeda (16 Ogos)

Setelah berteka-teki dengan peminat dan pihak media, akhirnya pasangan ini melangsungkan perkahwinan pada 16 Ogos tahun ini, genap sebulan selepas Akhil melepaskan isteri pertamanya, Maizawati. Akhil menikahi Waheeda di Masjid Kuala Kubu Baru dengan mas kahwin berjumlah RM80. Majlis resepsi telah diadakan di Dewan Guthrie, Shah Alam dengan bertemakan Morocco. Menurut Akhil “inilah sebenarnya perkahwinan, sebab dulu saya dan bekas isteri hanya bernikah sahaja dan tiada majlis resepsi seperti ini.” Akhirnya Waheeda bahagia di samping jejaka yang didamba beliau sekian lama.

  • p/s kredit to Gua.com.my

7 comments:

[-suziey-] said...

ramai kan artiskawen thun 2009..hmmm..suka plak tgk diana rafar ngn emelda..kawen sesama artis..hehe..

ejaMaria said...

hehehe...lepas ni list 10 yg bercerai pulak... hihihihi

iem said...

ramai yek artis kawin tahun 2009..hope berkekalan..

Ibu Mifzal Arsyad said...

huh..meluat baca statement akhil....buat majlis besar2 br namanya perkahwinan?????????????????

E.L.I.Z.A said...

syioknya kawen! majlis grand gitew..ye la kan, nama pun artis, kalu buat cikai² org mengata jgk heheh

Damia Aleesya & Damia Ayunie said...

alahai....romantiknya pasangan pengantin yg last tu....ngada2 pun ader...(kes tak suka lah ni)...hehehe

nza said...

moga brkekalan la hndaknya.....jgn separuh jln jerrr....

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.