Followers

Wednesday, July 28, 2010

.: 2 Jam Di Culik Perompak :.

KAMUNTING:
“Tak baik tinggalkan mereka (mangsa) jauh-jauh, kasihan mereka.” Itu antara perbualan tiga perompak yang sempat didengar seorang remaja perempuan, Nurul Fatin Farhana Dzulkafli, 17, yang menjadi mangsa culik hampir dua jam selepas kereta milik bapanya dilarikan penjenayah terbabit di pekan Kuala Kangsar dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam, Nurul Fatin Farhana bersama adiknya, Siti Haidar, 6, terpaksa melalui detik mencemaskan selepas dilarikan tiga lelaki yang merampas kereta bapa mereka ketika kenderaan itu ditinggalkan ibu bapanya di depan sebuah kedai gambar di Jalan Sagor di sini. Sebaik memasuki kereta itu, seorang daripada penjenayah mengarahkan dua beradik berkenaan diam jika tidak mahu dicederakan. Selepas hampir dua jam berada dalam tawanan penjenayah terbabit, dua beradik itu ditinggalkan di tepi jalan sunyi dan gelap di Liman Kati, kira-kira 20 kilometer dari tempat kereta bapa mereka dilarikan.


Pada kira-kira jam 11.20 malam, dua beradik itu ditemui seorang lelaki yang kemudian membawa mereka ke Balai Polis Kuala Kangsar. Kereta Honda Accord milik bapa mangsa ditemui semula di Rantau Panjang, Kelantan, kira-kira jam 1.40 pagi.Menceritakan detik cemas itu, Nurul Fatin Farhana berkata, dia sempat mendengar perbualan ketiga-tiga perompak terbabit sebelum dia dan adiknya ditinggalkan di kawasan terpencil selepas dilarikan hampir dua jam. Menurutnya, ketika dilepaskan kumpulan perompak itu, seorang daripada mereka turut ‘bermurah hati’ memberi wang RM10, dua lampu picit dan kunci rumah.


“Kejadian berlaku begitu pantas dan saya tidak merancang untuk melarikan diri kerana adik (Siti Haidar) nyenyak tidur di tempat duduk belakang. “Ketika dilarikan, saya mematuhi semua arahan kerana bimbang dicederakan selain khuatir mereka merogol saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Mewah di sini, semalam. Katanya, penjenayah itu memandu laju kereta bapanya dan pernah satu ketika diberhentikan secara mengejut menyebabkan dia terkejut. Ibu mangsa, Fauziah Saafie, 41, berkata dia bersama suami, Mejar Dzulkafli Ahmad, 48, keluar dari rumah kira-kira jam 8 malam ke pekan Kuala Kangsar bagi mengambil tempahan gambar di sebuah kedai gambar. “Ketika tiba di tempat kejadian, saya dan suami meninggalkan kedua-dua anak yang tidur dalam kereta dengan enjin kenderaan tidak dimatikan dan pintu tidak dikunci.


“Selang lima minit kemudian, suami memaklumkan kereta kami dilarikan bersama dua anak yang berada dalam kenderaan itu,” katanya. Katanya, dia hampir terduduk dan pengsan sebaik mengetahui anak-anaknya dilarikan perompak sebelum menghubungi polis. “Kejadian itu memberi pengajaran kepada saya untuk lebih berhati-hati pada masa depan,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Superintendan Abdul Gaffar Muhammad ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut. Menurutnya, siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa tidak dicederakan dan mereka ditemui seorang lelaki sebelum dibawa ke balai polis berhampiran.

p/s jadikan pengajaran ye kengkawan...jangan sesekali tinggalkan anak kita dalam kete sowang2

12 comments:

Huda said...

sgt scary bile dgr macam2 berita skang ni..org jahat mcm2 leh buat kan..isk3..minta dijauhkan..

Hezesuze said...

sebab tu mane2 akak pergi xpernah nak tinggalkan anak2 dlm kete wlpun sekejap or dowang tau nk kunci pintu...

so jdikan kes nie sbgai pengajaran yg ade anak2 kecik or beso....

[-suziey-] said...

haih ngeri btl..seb bek la ank tu slmat..bahaya skang..kalu tinggal kete kena lock..sentiasa..especially kalu kt tpt driver xde org..

Nigina said...

ngerinya ... aduhai.. jauhilah kita dari malapetaka begitu.. baik pula si perompak tu yer.. siap bagi duit lagi.. rasa niat dorang nak ambil keta tu jer sebenarnya... syukurlah dua beradik tu selamat..

emy/mamasuri said...

bersungguh dengar berita ni melalui hotfm pagi tadi..
huhuhu...riso2..

Peminat Katie Holmes said...

selamat masih ada belas kasihan.

mummy_ayu said...

sama mcm emy..dengar kat hotfm...nie baru beli metro..nasib baik perompka tu ada gak hati perut..tak di apa apakan anak dara tu..siap bagi duit poket...

♥Azie♥ said...

nasib baik tak jadi apa2 kan...

Farra Dhelina said...

hishhh..nsb baik di pulangkan ank2 dia.. jht tapi baek lak ek perampok ni..

munna said...

nasib baik perompak tu lepaskan... klu diaorg buat menda lain... takut

'NuReeN' said...

pengajaran N ikhtibar buat kita untuk lebih berhati2.. jgn biarkan anak sendirian dlm keta.. mnyesal x sudah

achiquerelaxx said...

bkn slah si bapak n emak jugak. anak yg degil tanak keluar n bile di suroh kunci pintu buat endah tak endah,nk ditinggal kunci lam kereta tk beraircond merungut. ajak keluar skali malas.. di suroh kunci pintu melengahkan. jangan la 100% slh kn ibu bapa die ... kalu tak tahu cerita sbnr..

ank sulung beliau .. =)

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.