Followers

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Loading...

Thursday, July 1, 2010

Fasha 'Declare' Jejai Teman Lelakinya


(Gambar: Fasha dengan cincin yang dihadiahkan Jejai)
  • "Saya mengakui sudah mempunyai teman lelaki. Saya bersedia untuk 'declare' sebab sudah sampai waktunya. Saya sudah bersedia untuk mempunyai seorang teman istimewa dalam hidup saya. Sebelum ini kalau saya tak cakap pun, orang akan cakap ya. Saya tak nak sorok. Lepas ini, dia pun tak payah nak 'cover line' untuk tunjukkan yang dia cintakan saya. Dia merupakan 'boyfriend' saya yang serius selepas Sharil."Saya tak nafikan, mesti ada yang tak suka tapi saya tak boleh puaskan hati semua orang.

  • Tapi nampaknya peminat di 'fanclub' saya boleh terima (perhubungan kami)," umum Fasha Sandha kepada para wartawan yang telah hadir petang tadi untuk majlis beramah mesra dengan barisan pelakon drama 'Duyung Aridinata', tayangan TV3 di slot Lagenda bermula 12 Julai depan, jam 4.30 petang.Turut dikongsi aktres berusia 26 tahun ini, "Saya bahagia dengan hidup saya sekarang. Saya sudah mula sibuk dengan kerja. Para pengarah pun memberi peluang kepada saya walaupun mereka tahu cerita (kontroversi) saya. Saya pun sudah rasa rileks, takde 'stress', jadi sudah tiba masanya di mana saya boleh mengaku (perhubungan kami)."Kami pun dah lama kenal, sejak tujuh tahun lalu. Kami berkawan rapat tetapi selepas dia datang melawat saya di set (penggambaran 'Duyung Aridinata').

  • Di situ kami membuat keputusan untuk mengumumkan perhubungan kami secara rasmi. Dulu kami masih dalam proses berkawan, masih kenal hati budi, tak pasti lagi. Bila anda dah lama mengenali seseorang itu, lama-lama kita akan sayang pada dia."Begitulah kenyataan daripada Fasha tentang status perhubungannya dengan Jejai atau nama penuhnya Toh Muda Rizal Ashram Ramli. Rasanya, tiada sesiapa pun yang terkejut dengan pengakuan tersebut kerana perhubungan mereka berdua sudah lama diketahui. Cuma sebelum ini Fasha tegas menafikan wujudnya apa-apa perhubungan istimewa di antara dirinya dan bekas suami Nora Danish itu."Keluarga kami dah tahu tentang perhubungan kami. Mengenai penerimaan keluarga, itu terpulang. Mereka suka, tak suka, kami tak fikirkan. Kami pun tak pernah bincang. Sebab bukannya kami nak kahwin. Kami berkawan rapat je.

"Keputusan untuk bersama dibuat sebelum Tiz
  • Dedah pemilik nama Nur Fasha Sandha bt Hassan ini, hatinya akhirnya tergerak untuk menerima Jejai selepas kejutan yang diterima pada 17 Mei lalu, dimana Jejai telah mengunjungi Fasha yang sedang menjalani penggambaran drama 'Duyung Aridinata' di Pulau Lang Tengah, Terengganu dengan menaiki helikopter."Belum ada lelaki yang sanggup buat begitu pada saya. Masa tu, kami sudah dua bulan tak jumpa.

  • Dia membuat sesuatu yang istimewa yang membuatkan saya rasa 'special'. Saya ada juga tanya dia jika dia pernah melakukan benda yang sama kepada orang lain tetapi katanya, tidak. Hanya saya seorang."Saat ditanya jika keputusannya untuk mengumumkan perhubungannya dengan Jejai ada kaitan dengan kontroversi yang timbul sebelum ini, kononnya Tiz Zaqyah cuba mengorat Jejai, jawab Fasha, "Saya taknak komen benda yang dah lepas.

  • Jejai pun sudah memberi kenyataannya tentang isu ini di dalam Harian Metro. Lagipun keputusan kami untuk bersama dicapai sebelum itu."Mungkinkah langkah mengumumkan perhubungan mereka sebagai menjamin perhubungannya dengan Jejai? Ujar Fasha, "Tiada apa yang 'secure' di dalam hidup ini.


"Sedia terima Rayqal
  • Enggan menggelarkan Jejai sebagai cinta sejatinya, hanya sebagai seorang "teman rapat", Fasha memberitahu dia menerima Jejai dengan seadanya walaupun mengakui ramai yang mengatakan dia seorang yang "nakal". "Saya terima baik buruknya, begitu juga dia dengan saya," kata Fasha.Memandangkan Fasha mengakui menerima Jejai dengan seadanya, adakah ini juga bermakna Fasha menerima anak tunggal Jejai, Putera Rayqal?

  • Dan sudahkah Fasha menemui buah hati Jejai dan Nora itu?"Saya bersedia menerimanya tetapi soal jika saya sudah bertemunya, biar saya simpan untuk pengetahuan saya dan keluarga. Saya tak mahu dedahkan. Benda ini terlalu peribadi. Saya takut pihak di sana akan kecil hati."Bagaimana pula dengan persepsi umum yang mungkin melihat kesediaan Fasha menerima Jejai sedikit sebanyak disebabkan kekayaannya, kata Fasha perkara itu tidak ada kena-mengena dengannya."Saya tidak berharap pada lelaki. Saya boleh beli apa saja (dengan duit saya). Sebelum kami mula keluar pun, saya sudah ada rumah sendiri, kereta sendiri.

  • Saya tidak bergantung hidup pada dia."Tak mengharapkan perkahwinanSebagai tanda ikatan kasih mereka, Jejai telah menghadiahkan Fasha sebentuk cincin berlian - nilainya enggan didedahkan Fasha kerana ia terlalu peribadi untuk dikongsi dengan umum - yang disarungkannya pada jari manis tangan kirinya.Dedah Fasha, ia dihadiahkan Jejai ketika kunjungannya ke Pulau Lang Tengah. "Ia sebagai tanda yang saya mempunyai seorang yang istimewa, untuk mengumumkan yang dia 'boyfriend I'."Namun begitu, tatkala diutarakan persoalan tentang perkahwinan, Fasha memberitahu dia belum memikirkan tentang perkara itu."Saya 'happy' dengan apa yang saya ada sekarang, saya bahagia macam ni. Saya tak nak fikir jauh. 'I'm taking it one step at a time. Just let it be.

  • ' Dia seorang yang istimewa. Saya terima apa saja."Saya tak terfikir atau rancang pun nak kahwin. Saya tidak mengharapkan perkahwinan. Sebelum ini, saya sebenarnya merancang untuk berkahwin dengan orang lain tapi takde jodoh. Jadi, saya tak fikir langsung tentang kahwin. Kalau jadi, jadilah."Sebelum mengakhiri temubualnya dengan para media, Fasha meninggalkan pesanan ini buat semua, "Saya berharap pengakuan ikhlas saya ini boleh diterima pembaca dan peminat. Saya sudah mempunyai seorang teman istimewa 'and he's the one'. Jika ada yang tak boleh terima, saya tak boleh buat apa-apa sebab saya memang dengan dia."
  • p/s Dunia artis...macam2 citer ada

9 Kawan Mama Suka Bagi Pendapat:

emy/mamasuri said...

huhuhu..
boring dah ngan statement minah ni..
bl tgk dia berlakon pun jd dah takde minat..
huhuhu

Fieza79 said...

akhirnya buat pengakuan jugak...
agaknya mmg siyes kot kali ni ...

idah @mama izzya said...

tadi bila sya baca tajuk kat paper sya leh juih bibir sbb ntah ler fasha ni kan ratu kontroversi..

ckp dia kdg betul kdg x..x tahu mana yg betul..hrp2 biarla betul kali ni..

Ena said...

owyh.. Jejai tu ex husband Nora Danish rupenyer.. nampak nau la cam katak bawh tempurung akak nie.. huhu

mas said...

ala..mengada je lbh...
huh!...
dulu minat...tp skng langsung xminat..

my.mastura said...

dia ni, dulu pon byk kali kuar stetmen kata ngan org ni lah, org tu lah..tp x der gak..yg paling kalakr, dgn tengku mahkota johor dulu...dia syok sendiri rupa nyer...

Kauthar said...

apa2 je la fasha oiii..dh boring dh ngan dia nih :D

Hezesuze said...

oh hampir 7thn dia berkawan ngan jejai..that means masa jejai dah berkawin ngan nora danish dia ada hubungan ler kekdahnye....aiyarrkk!!

entahler lakonan fasha mmg clust tp bila bab kontroversi bab2 camgini naik meluat lak akak tgok...huhu

tp fasha mmg gediks bila kt luar coz pernah jumpa dia kt sepang ...ishh meluat ...uweekk!

nza said...

dh basi br nk umumkan bosan jerrr minah prasan nie....

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.