Followers

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Loading...

Thursday, July 22, 2010

.: Hubungan Saya Ok ~ Norman & Memey :.

"Hubungan saya dan Memey, saya dan bekas isteri berjalan dengan baik," umum Norman Hakim selepas sidang media drama terbaru lakonannya, '8 Bulan' tengah hari tadi."Biasalah, bila kami putuskan untuk 'settle down', ujian tu makin mendatang. Tapi semuanya berjalan dengan baik. Kami mendapat restu dari keluarga kedua belah pihak. Takde masalah."Mengenai persoalan kononnya perhubungan dia dan Memey bergoyah, kata pelakon berusia 34 tahun itu, semua itu hanya persepsi orang luar sahaja."Masing-masing sibuk. Sejak Mac lalu, jadual masing-masing padat menyebabkan kami terpaksa memberi keutamaan pada kerja."Sejak seminggu lalu, ramai yang tertanya apakah status perhubungan Norman dan Memey, ekoran kenyataan Abby Abadi di dalam akhbar Harian Metro pada 12 Julai lepas.Di dalam artikel 'SMS Memey kejutkan Abby', Abby memberitahu telah menerima kiriman SMS dari Memey yang mengharapkan agar dia berbaik semula dengan bekas suaminya.Selain menyelar tindakan Memey, yang dilihatnya sebagai percubaan untuk mengatur hidupnya, Abby turut mempersoalkan sejauh mana keutuhan perhubungan Memey dengan bekas suaminya.


Niat Memey harmonikan perhubungan
Cerita Norman, sebelum Memey menghantar SMS tersebut kepada Abby, ada didahulukan mesej tersebut kepadanya."Saya tidak menghalangnya kerana itu keputusannya. Dia ada pemikirannya sendiri. Terpulang padanya untuk membuat apa yang dirasakan terbaik."Baginya, ini sesuatu yang perlu dilakukan sebelum melangkah ke peringkat seterusnya dalam perhubungan kami. Dia cuba mendamaikan saya dan bekas isteri. Niatnya hendak mengharmonikan keadaan sebab dia tahu komitmen saya kepada anak-anak."Tapi saya tak mahu komen lebih-lebih sebab nanti ada yang salah tafsir, Saya letak diri saya sebagai pemerhati."Tentang amaran Abby buat Memey untuk jangan cuba di atur hidupnya, Norman memberitahu, semua itu terpulang pada persepsi. Namun katanya lebih afdal jika isu ini diajukan kepada Memey kerana SMS tersebut datang darinya.


"Saya terima semua ini dengan seadanya. Itu hak dia (Abby) untuk kata apa. Paling penting, saya dan bekas isteri masih berhubung atas dasar tanggungjawab kami pada anak-anak."Ditanya sejauh mana penerimaan anak-anak kepada kehadiran Memey, kongsi Norman, sejak awal lagi sudah dilaksanakan perkara ini secara praktikal."Anak-anak sudah 'attach' dengannya, terutama anak kedua. Mereka panggilnya 'mummy'. InsyaAllah kalau kami berkahwin, mereka dah serasi dengannya."Bagaimana pula dengan Abby? "Sukar bagi sesiapapun untuk menyelami apa yang dirasainya. Bukan hendak bercakap bagi pihaknya, tetapi mengenalinya, dia seorang yang penyayang, pemaaf dan pelembut walaupun pada luarannya, dia nampak seperti seorang yang tegas. Tetapi bila sesuatu perkara itu melibatkan hati, hanya masa yang akan tentukan."


Hidup tak tenteram
Dalam pertemuan itu juga, Norman mengesahkan majlis pernikahan yang sepatutnya berlangsung pada 24 Julai ini terpaksa ditundakan kerana baik dia mahupun Memey sibuk dengan kerja."Kita sekarang cuba usahakan lepas raya. Sudah hampir dua tahun saya melalui hidup sebagai ayah tunggal. 'I want to move on.' Saya inginkan satu 'improvement' dalam hidup saya."Sekarang ni saya rasa 'stagnant', 'stuck'. Saya rasa hidup tak tenteram, tak aman. Ada teman yang menasihatkan saya, sebelum saya nak fokus pada apa-apa, saya kena 'settle'-kan dulu semua benda-benda ni."Institusi keluarga itu penting bagi saya sebab itu saya tak pernah terlepas doa agar benda yang baik dipercepatkan. Tapi kadang-kadang bila kita nak pergi ke benda yang elok kami diberi pelbagai cabaran."


Duda beranak tiga ini juga meluahkan rasa gusarnya memikirkan hari besarnya itu."Hendak mendirikan rumahtangga buat kali kedua terutamanya selepas pengalaman lalu bukan satu keputusan yang mudah. Saya akui saya bukan seorang yang sempurna. Saya mempunyai kelemahan-kelemahan yang perlu diperbaiki."Sebelum memutuskan untuk berkahwin sekali lagi, saya perlu terlebih dahulu selesaikan masalah yang dihadapi sebelum ini. Jika tak diselesaikan dari awal, saya bimbang tidak akan ada penyelesaiannya. Bila dah letak niat nak berkahwin, ia bukan untuk main-main."

9 Kawan Mama Suka Bagi Pendapat:

☆ lieya latif ☆ said...

hai salam kenal....

mcm2 kisah rumah tangga artis ni kan....kdg2 lieya naik takut bce kisah depan dok cerai kawin...cerai kawin....moga2 kite dijauhkan laa dari perkara2 mcm ni kan.....

atty's said...

nie semua ..cakap tak serupa bikin yo ..

Farra Dhelina said...

alahai..dh bcerai baru nak suruh baik..pape pon ok lah dia ada niat mcm tu..

mm tapi tak minat kes diorg ni..mcm..mm tah lah..

Pai the Mrs Razif said...

dah muak ngan citer diorang nih? Cakap cam kap lam ya nga.... apa dia????

[-suziey-] said...

elehhhhhhh konon..hiiiii menyampah btl la baca komen dia ni ngn memey/..mcm baikkkkkkk la sgt

Hezesuze said...

kalo dah nama pun artis kan...sume cerita org nak tau..huhu

ejaMaria said...

nak muntah... nak muntah... uwekkk

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

adeh boringnye baca kisah depa..

sori ye memey n norman.

maslinamansor said...

xpe la, kita doa kan yang baik2 sahaja kat mereka...

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.