Followers

Thursday, July 29, 2010

.: Interview ~ Tingkah Laku & Adab :.



Interview???kenapa ek tiba2 ada entry pasal ni plak....ok sebenarnyer Sabtu ni mama ada Interview kat sebuah BANK....kengkawan doakan kejayaan mama k...semua rezeki adalah ketentuan yang Maha Esa...mama hanya mampu berusaha...


jom kita kongsi tip2 macam mana nak berhadapan dengan si PENEMUDUGA....

  • 1. Jangan sekali-kali mengeluarkan kata-kata yang tidak benar semasa dalam temuduga.
  • 2.Jika anda tidak tahu jawapan yang disoal itu, janganlah cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja, kerana ini akan melemahkan peluang anda. Eloklah anda bercakap terus terang yang anda tidak tahu jawapannya.
  • 3. Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga anda, persekolahan, kegemaran dan aktiviti anda. Jangan bercakap melebihi dan yang tidak sepatutnya.
    Jangan berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa temuduga.
  • 4.Jika anda pernah bekerja dahulu, berilah keterangan dengan ringkas dan tepa tberkenaan dengan pekerjaan itu.
  • 5.Jangan sekali-kali anda cuba hendak mencela bekas majikan anda.
  • 6.Nyatakan kelayakan dan kelulusan anda yang benar, tetapi janganlah membesar-besarkan perkara itu.
  • 7.Anda hendaklah mengetahui serba sedikit akan tugas-tugas yang bersabit dengan pekerjaan itu, masa yang dijangka kena bekerja dan gajinya yang akan dibayar pada permulaannya.
  • 8. Bersedialah untuk memberitahu kadar gaji yang anda ingin. Walau bagaimanapun biarlah penemuduga itu mengemukakan perkara itu terlebih dahulu.
  • 9.Jika penemuduga tidak menyatakan tarikh yang sepatutnya anda mengetahui keputusan temuduga itu, eloklah anda bertanya supaya anda boleh datang lagi ke pejabatnya untuk mengetahui keputusan itu. Jika ia bersetuju tanyakan tarikh dan masa yang sesuai baginya.
  • 10.Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.
  • 11. Ucapkan terima kasih kepada penemuduga kerana memberi peluang kepada anda menyertai temuduga itu.

11 comments:

mamalieyna said...

oooh tips yg bagus..lama tak pi interview..huhu..good luck anje! moga success ye..! mana tau ada rezeki kan..

fizah_ismail said...

tahniah ye n gudluck utk interview nnt..bank mana tu anje?sy ada interview jgk kalo ikutkan sabtu ni..kt eon bank, tp x g kot..br je balik dr kl kelmarin..huhu

maslinamansor said...

alhamdullilah... dah lepas part2 kena interview... hehehe

SuZiE said...

gud luck anje..

Adlina Husaini said...

aqish,teringat masa kena invew nak keja ngan bank rimau dulu..

bos tu siap cabar lagi, kalau ina resign, kena bayar dlm bentuk bond RM10k kat dia..

tapi lepas 5 bulan i resign masuk gomen..wakakak..last day nak p jumpa dia, langsung dia tak pandang muka hehe

mummy_ayu said...

wah...good tips...and good luck for ur interview..ayu sepanjang nie..emmm....baru 5 kali jer interview...memang gemuruh but semua success..so semoga anje pun success!!

[-suziey-] said...

waaa nk intvew..good luck ok..hehe..ala tips tu sume sblm intvew ingt..masuk je intvew room tu adeiiii sume jadi caca marba..hahahha

Hezesuze said...

wah temuduga @ bank lagik...gud luck ye...

ch@ said...

uiii lama dah tak pergi interview :D

♥Azie♥ said...

good info..good luck anje

10 said...

semoga berjaya... yang penting ingat Allah selalu... kalo tu rezeki kita, alhamdulillah...

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.