Followers

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Loading...

Monday, July 26, 2010

.: Irma Hasmie Buat Persiapan Kahwin? :.

Pasangan popular Irma Hasmie dan Nabil Raja Lawak sememangnya telah diketahui umum sedang menjalinkan hubungan cinta. Walaupun hubungan intim tersebut pernah digosipkan putus di pertengahan jalan, namun ternyata mereka tetap kukuh bersama.Berkesempatan bertemu dengan Irma atau nama sebenarnya Irma Hasmie Ibrahim baru-baru ini, cerita mengenai perkahwinannya yang dilaporkan bakal menjelang awal tahun depan segera diminta agar diperincikan.Semuanya berpunca daripada kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh Nabil yang kononnya majlis tersebut akan dibuat dalam masa terdekat, dan kini Nabil sedang sibuk membuat persiapan termasuklah membeli sebuah rumah untuk didiami bersama apabila mereka sudah bergelar suami isteri kelak.



Irma yang sememangnya terkenal dengan sikapnya yang ramah dan ceria sambil menggelengkan kepala memberitahu, dia langsung tidak membuat sebarang persiapan perkahwinan seperti yang diperkatakan.Katanya buat masa ini dia sibuk dengan penggambaran beberapa buah drama bersiri serta telemovie. Malah anak kelahiran Kuala Lumpur itu menafikan dakwaan yang mengatakan dia kini sedang sibuk menguruskan persiapan perkahwinannya."Kalau awak tanya Nabil, memang dia akan kata awal tahun depan. Tahun depan pula bila awak tanya lagi benda yang sama padanya, dia akan jawab lagi tahun depan. Jawapannya sejak dulu memang tidak pernah berubah. Asyik-asyik 'tahun depan'.


"Jujurnya buat masa ini kami berdua belum membuat sebarang persiapan perkahwinan. Mengenai Nabil yang mengatakan telah membeli rumah untuk kegunaan kami bersama selepas ini, pada saya itu adalah persiapan jangka masa panjang," jelas Irma yang berdarah campuran Pakistan di sebelah ayah dan Cina di sebelah ibunya.Anak sulung daripada tiga beradik itu juga memberitahu, buat masa ini dia dan Nabil masih belum mempunyai sebarang ikatan termasuklah ikatan pertunangan. Namun keluarga kedua-dua belah pihak telah mengetahui mengenai perhubungan yang bersemi dan merestuinya."Belum lagi buat sebarang majlis merisik atau bertunang. Cuma kami sudah berkunjung ke rumah masing-masing untuk bertemu dengan kedua ibu bapa kami. Majlis sarung-sarung cincin belum ada lagi," ujarnya yang mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Bukit Bintang, Kuala Lumpur.


Dengan penjelasan tersebut, pemilik Diploma Kejuruteraan Elektrik (Telekomunikasi) dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Jalan Semarak, Kuala Lumpur berharap peminat tidak lagi terkeliru.Irma yang pernah membintangi iklan komersil Tourism Malaysia, Fair & Lovely, Yamaha dan Pringle's itu juga berjanji, jika terdapat sebarang perkembangan positif mengenai perhubungan mereka berdua, dia pasti akan berkongsi cerita gembira itu dengan peminat yang sentiasa memberikan sokongan kepada kerjaya seni mereka berdua selama ini.


Laris berlakon dramaBercerita mengenai perkembangan kerjaya seninya, pengacara program Galaksi itu memberitahu, dia baru sahaja selesai berlakon di dalam drama bersiri ‘Yatama Zahra’ yang bakal ditayangkan pada bulan Ramadhan."Drama ini mengisahkan mengenai kehidupan di rumah anak yatim. Empat episod akan ditayangkan sepanjang bulan Ramadhan dan klimaksnya akan ditayangkan semasa Hari Raya dalam sebuah telemovie khas.


"Di dalam drama ini saya bergandingan dengan Zizan Nin dan banyak pengalaman baru yang dapat saya belajar mengenai kehidupan di rumah anak yatim. Saya memegang watak sebagai seorang sukarelawan yang membantu rumah anak yatim tersebut," katanya yang sebelum ini pernah memegang gelaran juara Gadis Jelita 2004 anjuran majalah Jelita.Pelakon yang mula menonjolkan bakat lakonannya melalui filem ‘Cinta Fotokopi’ dan ‘Main-Main Cinta’ itu juga menyatakan, dia bakal muncul di dalam drama ‘Ngompol’ serta ‘Ibu Mee Segera’ tidak lama lagi.


"Buat masa ini saya memang banyak berlakon drama. Bukan tiada tawaran berlakon filem, tetapi jadualnya kebanyakannya bertindih dengan jadual lakonan sedia ada."Walaupun sekadar berlakon drama, tetapi saya puas kerana memegang pelbagai watak dan peminat juga dapat selalu melihat lakonan saya," jelas Irma yang turut pernah bergelar pembantu pengacara ‘Roda Impian’ musim ke-11 bersama pengacaranya, Allahyarham Hani Mohsin.

6 Kawan Mama Suka Bagi Pendapat:

Ena said...

mcm2 hal kan.. dalam perkara elok2 pun nak buat lawak.. haihhh.. nabil nabil.

ita cutevirus said...

aduhai...
teringat la pulak... dulu kan kalo org tanye ita, bile nak kawen, ita akan cakap UJUNG TAHUN... tapi tak tau tahun bile... ehehhehehe....

Hezesuze said...

ermm elok ler camtu kan...benda baik watpe nk tangguh2 yedok?? hehehe

[-suziey-] said...

suka tgk dorang..n suka irma hasni sejak dia blakon cita alif firadaus..mcm sopan giler pakai kebaya lalu kt bendang..hiks;D

iem said...

comel je irma nii kan..

anja,im nk jemput datang umah sabtu ni klu anja freelah..ada party kecil2lan je...klu bz takpe..

MamaYatie said...

harapnya ada la jodoh mereka berdua ni..so sweet

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.