Followers

Friday, July 23, 2010

.: Kerana Cantik & Seksi, Rozita Menang :.

KUALA LUMPUR, 22 JULAI 2010:
Selepas Aznil Hj Nawawi, mahkota kegemilangan Anugerah Stail EH! tahun ini telah diserahkan kepada pelakon cantik dan bertubuh seksi Rozita Che Wan pada majlis penganugerahan majalah fesyen dan gaya hidup EH! di Hotel Grand Dorsett, Subang, malam tadi.
Nama Rozita disebut-sebut sebagai pemenang utama anugerah berkenaan selepas memenangi 2 anugerah lain iaitu Selebriti Wanita Bentuk Badan Cantik serta Selebriti Wanita Paling Seksi dan berjaya menepis 2 pencabar terdekatnya Fasha Sandha dan Tiz Zaqiah.

"Dua tahun lalu saya hanya memenangi anugerah Selebriti Paling Fotogenik, tetapi malam ini 2 anugerah telah saya rangkul bersama-sama satu anugerah utama Anugerah Stail EH!. Sesuatu yang tidak menduga sekali buat saya.
"Mungkin ada peminat di luar sana yang merasakan saya cantik dan juga seksi. Kerana saya sendiri tak boleh menilai diri saya terlalu tinggi seperti itu. Malah kerana sokongan mereka jugalah saya menerima anugerah ini. Terima kasih," katanya ketika ditemui.


Anugerah Stail EH! mempertaruhkan 15 kategori yang memberi peluang kepada pembaca seta majalah paling bergaya itu untuk mengundi selebriti kegemaran mereka melalui undian secara online dan pos.
Sementara itu, Aznil bagaimanapun tidak pulang dengan tangan kosong apabila hasil kerja dan usahanya bergelar hos, deejay radio, pelakon, penulis ruangan akhbar dan penyanyi telah dihargai oleh peminat bersama anugerah Selebriti Serba Boleh.
Sanggup mengorbankan waktu rehatnya kerana perlu bangun awal demi menjalankan tanggungjawabnya sebagai deejay di konti radio Era.FM, Aznil berkata kehadirannya pada majlis berkenaan amat berbaloi dan merasai dirinya masih dihargai.


Penghibur nombor satu, Dato' Siti Nurhaliza juga turut diraikan bersama anugerah Selebriti Pencapaian Terbaik dan Selebriti Contoh. Beliau bagaimanapun tidak dapat menghadirkan diri kerana sedang berada di London ketika ini.
Dua anugerah terbaru yang diperkenalkan tahun ini, Jurusolek Selebriti Terbaik dan Pereka Fesyen Selebriti Terbaik, masing-masing telah dimenangi Nurul Syukor dan Rizalman Ibrahim.
Pengarah Majalah EH!, Asiah Mion berkata, berbanding 2 tahun lalu, kali ini penganjuran anugerah berkenaan telah mendapat sambutan sangat baik daripada pembaca setia EH dan selebriti yang mengambil bahagian.


"Memang kalau diikutkan saingan antara Rozita dan Dato' Siti amat sengit untuk memenangi anugerah utama(Anugerah Stail EH!) kerana masing-masing berjaya membawa pulang 2 anugerah.
"Bagaimanapun, sesuai dengan nama anugerah ini, kami menilai kejayaan Rozita dari sudut gaya dan penampilannya yang sentiasa bergaya, diperhebatkan juga dengan jumlah undiannya yang cukup memberangsangkan," kata Asiah kepada murai.com.my.
Malam anugerah telah diserikan dengan persembahan bertenaga daripada kumpulan One Nation Emcees, Black, Shila, Najwa,Mizz Nina, Farhan dan Fabulous Cat.


Lebih hangat dan membara dengan kehadiran 10 Lelaki Disenangi iaitu Nazim, Shah Jaszle, Gambit, Naz, Black, Naqib, Ryzal dan Sharnaaz yangtelah membuat kemuculan istimewa pada malam berkenaan.
Anugerah Stail EH! 2010 di taja khas oleh Sasa dan portal murai.com.my menerusi segmen Stailista bertindak selaku portal rasmi acara fesyen selebriti paling dinanti-nantikan tahun ini.

p/s credit to Murai



3 comments:

[-suziey-] said...

erkk peminat rozita ke tu? amboih sedap landing..ekkeke:D

Ena said...

Tahniah la buat dier..
anak dier dah besar dah kan!.. handsome! hehe

MamaDamia a.k.a Haiza said...

peminat merangkap anak kesayangan cik Kiah Pekasam ni...malam anugerah ni cik Kiah (Rozita) tu cumma duduk ngan anak dia je....terserlah ciri2 ibu mithali walaupun popular n seksi :P

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.