Followers

Friday, July 9, 2010

***Ketagih makan uri***

JOHOR BAHRU:
Untuk memastikan diri kekal cantik dan awet muda seperti anak dara, ada ibu yang baru melahirkan anak sanggup memakan uri bayi sendiri kerana percaya cara itu paling berkesan untuk memenuhi matlamat mereka.

  • Wanita lain yang berkongsi kepercayaan sama pula dikatakan sanggup berusaha mendapatkan uri daripada pembekal tertentu bagi membolehkan mereka menjadikan ‘tembuni’ bayi itu sebagai ‘hidangan kesihatan’.Amalan menjijikkan itu didedahkan seorang tabib Cina di bandar raya ini dan lebih mengejutkan, dia mendakwa sebahagian penggemar uri untuk awet muda terdiri daripada wanita Melayu beragama Islam.Lelaki berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Sam berkata, uri atau dikenali sebagai plasenta sebelum ini dijadikan sebahagian bahan utama dalam pembuatan kosmetik.

  • “Tapi kini, mungkin disebabkan ingin mendapatkan kesan lebih hebat dan segera, ada wanita sanggup melakukan perbuatan tidak masuk akal ini. Malah, mereka juga percaya makan uri mampu membekalkan khasiat dan sumber tenaga kepada wanita yang baru bersalin terutama yang melahirkan anak secara pembedahan,” katanya.Sam berkata, uri adalah ‘sarung’ yang terbentuk dalam rahim ketika kehamilan dengan salur darah dan bersambung dengan bayi menerusi tali pusat itu kebiasaannya ditanam dan diuruskan dengan cara baik.

  • “Uri bayi suci dan sepatutnya diuruskan dengan baik. Semua agama berkongsi kepercayaan ini,” katanya.Dia berkata, kebiasaannya uri untuk awet muda itu dijadikan hidangan dalam bentuk sup.“Selain makan uri ‘segar’ ada segelintir wanita mengeringkan uri berkenaan yang kemudian dijadikan bahan ramuan masakan. Mereka lakukan begitu dengan kepercayaan ia mampu menyeimbangkan hormon dalaman dan merapatkan hubungan ibu dan anak,” katanya.Menurut Sam, perbuatan itu berlaku mungkin akibat wanita terbabit terlalu terpengaruh teori songsang yang menganggap amalan makan uri baik untuk kecantikan dan kesihatan terutama ibu baru bersalin.“Mereka juga terpengaruh teori yang menyatakan keberkesanan uri dalam mencantikkan dan menghilangkan kedut di wajah. Bagaimanapun, mereka perlu memikirkan risiko memakannya yang boleh mengakibatkan jangkitan kuman,” katanya.

  • Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Masyarakat dan Kesihatan negeri, Dr Robia Kosai, berkata amalan memakan uri sesuatu yang luar biasa.Beliau berkata, ini berikutan setiap uri dari ibu bersalin hanya diselaputi darah dengan kebiasaannya uri berkenaan diserahkan pada pasangan selepas kelahiran zuriat untuk ditanam.“Kebiasaannya orang Islam akan menguruskannya dan bagi pasangan yang tidak membawanya pulang, pihak hospital akan melupuskannya.“Ia boleh didermakan jika terdapat keperluan perubatan untuk rawatan, tapi amalan memakan uri adalah pelik,” katanya yang menambah pihaknya belum menerima sebarang aduan mengenai perbuatan segelintir wanita memakan uri.

TEORI SONGSANG...serbuk uri bayi yang dijadikan pil.

9 comments:

ejaMaria said...

giler...
simplySiti kan ade... haih
mana la akal diorg ni?

atty's said...

salam anje..eeii..geli lak rasanya ..tak sanggup ..

ieda a.k.a mama erfan said...

geli geleman la anje.. trus rasa meremang bulu roma, trase nak muntah... eee nape la dorang terpesong jauh sangat ni kan.. ish ish

Izan Ishak said...

aduhhh..napalah ada org sanggup makan uri nih~

wan sujaihah said...

perghhh....sampai hati...tak boleh la camni...nak cantik..yang haram dihalalkan..dunia2

emy/mamasuri said...

yukkkk...
geli siut..baca sup tu pun dah ada rasa2 nak muntah..
giler pe??

[-suziey-] said...

eeee dorang ni mmg xde keje..mcm xde bende lain nk mkn...eeeee kembang tekak baca..

Farra Dhelina said...

ee..yg pelik2 lah dirog ni..ishh..

Damia Aleesya & Damia Ayunie said...

macam2...nak cantik punya pasal...huhhh!

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.