Followers

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Loading...

Thursday, July 8, 2010

***Lagi-Lagi Tudung Siti Nurhaliza***

  • Pada tarikh 26 April 2008, Datuk Siti Nurhaliza telah membuat pengumuman di satu sidang akhbar eksklusif bahawa beliau akan mengekalkan imej berselendang iaitu menutup sebahagian daripada rambutnya dan bukannya bertudung. Menurut Siti, “Siti bukanlah memakai tudung tetapi lebih kepada memakai seledang.”“Soal bertudung ini, Siti sebenarnya ingin lakukannya secara perlahan-lahan. Siti masih dalam proses menyesuaikan diri dengan penampilan baru ini,” tambah beliau ketika di sidang akhbar berkenaan.Isu tudung di Malaysia ini merupakan satu topik yang sensitif kerana ianya bersangkut-paut dengan tuntutan agama.
  • Keikhlasan Siti dalam mengenakan selendang sering dipertikaikan para peminat yang inginkan Siti mengenakan tudung secara sempurna seperti Waheeda, Ekin, Azizah (TV3) dan Sheila Rusly sebagai contohnya.Ditanya tentang wujudnya cakap-cakap orang yang tidak menggemari cara beliau mengenakan ‘tudungnya’, Siti mengambil sikap tidak ambil pusing. Katanya “Semua ini Siti lakukan bukanlah kerana sesiapa tetapi hanyalah kerana Allah.“Masa beredar begitu pantas sekali dan kini sudah menghampiri setahun Siti muncul dengan imej berselendang.
  • Ada ketika penggayaan selendang Siti menampakkan rambut dengan banyak sekali dan ada ketika hanya jambul yang ditonjolkan seperti kebanyakan wanita Iran. Di sepanjang tempoh ini, bertali arus komen dan pendapat yang diluahkan oleh warga Malaysia tentang imej yang dipertontonkan Datuk Siti Nurhaliza. Rata-rata ramai wanita dan lelaki yang tidak bersetuju dengan sikap “acuh tak acuh” Siti dalam mengenakan selendang atau tudung di kepala. Nampaknya majoriti masyarakat Malaysia tidak bersetuju dengan pendirian Siti untuk seolah-olah duduk di atas pagar, tidak mengenakan tudung pun bukan dan memakai tudung pun bukan. Mungkin Siti akan membuat keputusan muktamad dalam satu masa yang terdekat ini, siapa yang tahu?
Gaya tudung atau selendang tidak menutup leher ini masih membolehkan Datuk Siti mengenakan anting-anting untuk menambah seri penampilan.
Kulit wajah Siti menyerlah dengan selendang merah yang menampakkan sedikit rambut ala ahli politik Malaysia.
Sewaktu pelancaran album baru Siti. sebahagian rambut ditonjolkan dengan imej selendang moden yang melilit merentasi tubuh.
Berwajah cantik, mengenakan apa sekali pun kecantikan Siti tidak dapat dilindungi, cuma Siti kelihatan berusia dengan penggayaan yang begini.
Mungkin inilah imej yang dinanti-nanti peminat Datuk Siti Nurhaliza di pelusuk Malaysia. Keanggunan Siti tidak dapat disangkal lagi dengan tudung litup yang cukup sempurna.


  • p/s layankan aje la k...citer2 artis..hu...hu...

16 Kawan Mama Suka Bagi Pendapat:

@e_da said...

tutup semua lg cantik kan.. jom mamaaqish join giveaway sy.. tq

eima said...

tah la siti oi...
lain kali jgn buat statement balik haji n nk pakai tudung kan peminat sebuk dok tanya ...

wan sujaihah said...

hai..macam hal...heheheheh

BIONIC WOMEN said...

walau aper pun alasannya..rambut tu tetap aurat, kalau ikhlas kerana Allah mesti siti paham aper yg sepatutnya dilakukan..ct oh ct..macam2...kekadang statement dia tu macam persendakan agama pun ada..

Hezesuze said...

ermm kalo pakai tudung kerana ALLAH swt harussler menutup aurat kan....huhu

Ain said...

tetap setia tunggu siti bertudung litup.....

pasti tambah anggun dan sejuk mata memandang....

Rizziela said...

Lepas dah tengok semua gambar2 CT...memang CT lebih manis kalau bertudung litup...macam gambar last tu

atie said...

Salam...

Siti pakai selendang tao comel.... nampak tua... tapi pakai tudung mengikut syarak... sangat cantik dan matang.... pilihlah yang dapat memberi pahala bukan dosa ye tak....

Farra Dhelina said...

klu dah ctk, pkai ape pun kena je gaya..

Fieza79 said...

tu style dia kan...maybe lom besedia lg nak berlitup...layan ke je...
tp siti lawa pakai cm na pon kan...?

kite ni pon jap pakai jap bukak..hehehh...

maslinamansor said...

nak buat cam na... dia tak da niat nak pakai tudung lagi...

AshAnas said...

tu antara siti dgn Allah... kita hanya mengambil tahu dan menasihati, dia tanak terima, tu hak die kan...

Damia Aleesya & Damia Ayunie said...

masing2 ader cara memasing...cuma baik atau tidak sahaja...biarlah siti tu...tu antara dia ngan ALAH...

ejaMaria said...

ape-ape la Mak Iti...
eh tapi dulu penah dengar datuk K lebih suke ngan imej rambut panjang Siti... ???

hajarus said...

cantik sungguh kalau ct bertudung litup... sweet...

[-suziey-] said...

sy sokong..ct bertudung litup lagi ayu dan jelita:)

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.