
JOHOR BAHRU:
Biarpun kulit kepala terkoyak, manakala kaki dan tangannya patah, seorang wanita yang terlanggar penghadang konkrit di persimpangan lampu isyarat di Jalan Pantai Lido di sini, semalam, masih mampu bertenang ketika tersepit dalam Proton Iswara yang dipandunya.
Mangsa menunggu kira-kira 30 minit sebelum dikeluarkan dari keretanya yang remuk oleh sepasukan anggota bomba dan penyelamat dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Jalan Persiaran Tun Seri Lanang kira-kira jam 9.10 pagi. Wanita itu, Siti Hasmalizam Md Ali, 22, cuba dikeluarkan orang ramai sejurus kejadian, namun gagal berikutan tersepit dalam kenderaan terbabit serta bimbang tindakan itu mungkin menambahkan kecederaannya. Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Larkin, K Sevam berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan itu pada jam 9.15 pagi dan tiba di tempat kejadian 10 minit kemudian bersama dua jentera dan 15 anggota.
“Ketika sampai kami dapati wanita tersepit di bahagian pemandu, usaha mengeluarkan mangsa dilakukan berhati-hati bagi mengelakkan kecederaan pada kaki yang patah bertambah teruk. “Walaupun mengalami kecederaan agak parah, mangsa tenang dan mengadu sakit selepas dia dikeluarkan serta dipindahkan ke atas pengusung,” katanya.
Menurutnya, mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk rawatan.

7 Kawan Mama Suka Bagi Pendapat:
waaa bgsnya makcik ni..still cool wlaupn sakit..nmpk cam parah je kecederaan..poatah kaki tgn.kulit kpla tersiat..ish ngeriiii
moga-moga dia selamat dan cepat sembuhh....huhuhu gerun tgk..
Moga mak cik tu selamat & cepat sembuh la kan.. sian dier..
kalau ain mesti pengsan....
takottt kalau nampak eksiden atas jalan...
huhuhu
wau, tabahnya dia... moga dia cepat sembuh...
jenis tak cepat gabra...
apsal korang panggil makcik ah?... umur dia baru 22 la
Post a Comment