Followers

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Loading...

Monday, July 19, 2010

Maya Karin: Keputusan Cerai Dibuat Bersama!


  • KUALA LUMPUR 17 JULAI 2010: "Kami sama-sama telah mengambil keputusan untuk bercerai selepas ianya dibenarkan oleh mahkamah syariah," kata aktres Maya Karin Roeckel, 29, di dalam kenyataan media yang dihantar menerusi telefon bimbitnya.
    Menurut bintang Pontianak Harusm Sundal Malam ini, keputusan itu dibuat atas persetujuan bersama dan ianya dilakukan selepas mereka membuat pelbagai pertimbangan.
    "Kami percaya ini adalah keputusan yang terbaik untuk mengakhiri kes ini dan kami amat menghargai seandainya hak privasi kami dihormati tanpa wujudnya sebarang spekulasi daripada pihak media," kata bekas isteri kepada Steven David Shorthose atau nama Islamnya Muhammad Ali Abdullah, 39 ini.

  • Kenyataan itu dibuat selepas Maya dan Steven disahkan bercerai talak di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, semalam. Pengesahan cerai itu dibuat oleh Hakim Mohd Amran Mat Zain ketika kes itu disebut di kamar mahkamah tersebut.
    Pasangan ini tiba di mahkamah secara berasingan tengaharisemalam untuk memfailkan perceraian mereka tetapi tidak lama kemudian Hakim Mahkamah Syariah, Mohd Amran Mat Zain telah mengesahkan perceraian mereka.
    Bagaimanapun, baik Maya mahu pun Steven, masing-masing enggan memberikan sebarang komen sebaik saja mereka melangkah keluar dari ruang mahkamah tersebut.
    "Maaf, saya tidak dapat beritahu anda apa-apa. Tapi, anda boleh hubungi pengurus saya esok untuk mendapat maklumat lanjut," katanya yang mengenakan baju berwarna kelabu kepada The Malaysian Insider.

  • Steven yang sebelum ini memberitahu bahawa dia sedih dengan perceraian tersebut bagaimanapun kelihatan ceria dan gembira sewaktu memandang ke arah kamera tatkala berjalan menuju ke keretanya.
    "Saya tidak akan menarik, kalau saya tidak senyum," katanya guru matematik di Sekolah Antarabangsa Alice Smith ini secara berseloroh.
    "Ini adalah hari yang cukup menyedihkan buat saya tetapi pada waktu yang sama, saya berasa lega. Saya tidak boleh ulas apa-apa lagi," katanya yang nampak tampan mengenakan kot bersama kaca mata hitam.

  • Terdahulu, Maya dan Steven telah mendaftarkan perkahwinan mereka di mahkamah yang sama pada 24 Jun yang lalu selepas berkahwin di Itali pada 14 Ogos 2008 lalu.
    Perceraian Maya dengan Setevn secara tidak langsung telah menamatkan spekulasi mengenai pergolakan rumah tangga mereka yang hanay bertahan kurang sebulan daripada ulang tahun ketiga perkahawinan mereka

p/s moga jodoh kita semua berkekalan...

2 Kawan Mama Suka Bagi Pendapat:

[-suziey-] said...

haihhhhh....gerun kadang kan.kisah artis ni asyik main cerai2 jek..

CT said...

xde jodoh gknya!

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.