Followers

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Loading...

Monday, July 5, 2010

Mohd-Ziana Zain Juara Mentor 4


  • Dengan markah keseluruhan sebanyak 71, Mohd atau nama penuhnya Mohd. Izwan Mohd. Nor dan mentornya, Ziana Zain diangkat sebagai juara Mentor 4. Satu keputusan yang barangkali tidak mengejutkan ramai pengikut rancangan realiti terbitan TV3 ini.Malah diakui Mohd sendiri dalam akhbar Berita Harian hari ini, populariti mentornya itu sedikit sebanyak memberinya kelebihan dalam meraih undian peminat, yang merangkumi 50% daripada markah keseluruhan - 20% dari juri awam dan 30%, undian SMS.

  • Markah selebihnya, sebanyak 50%, adalah daripada juri profesional, yang pada malam ini terdiri daripada Acis, Adibah Noor dan Sheikh Haikel.Jika hendak dinilai prestasi Mohd pada malam ini, anak muda berusia 22 tahun itu ternyata telah memberikan satu persembahan yang bersungguh-sungguh. Persembahan pembukaannya, ketika mendendangkan lagu barunya, "Cinta" yang dicipta Aswandy dan Sham Kamikaze, memang berjaya meninggalkan kesan yang mendalam ke atas penonton.Rata-rata komen juri profesional juga positif, dimana Sheikh memuji Mohd sebagai seorang artis yang ada bakat dan stail tersendiri.

  • Namun Sheikh turut mengingatkan Mohd pentingnya untuk dia mencari identiti sendiri selepas ini kerana mendapati sukar untuk membezakan diantara peminat Mohd dan Ziana. Acis pula, selain menasihati Mohd agar perlunya untuk dia memahami lagu yang dibawa, dia juga perlu mencari ton-nya yang tersendiri kerana terlalu mirip dengan bekas-bekas juara lain. Kemenangan anak kelahiran Johor ini memastikan dia pulang dengan hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 serta kontrak rakaman dengan Monkey Bone.

  • Gelaran naib juara disandang oleh Adi Hamiz Johar, protege Dayang Nurfaizah, dengan 62 markah, dan dia membawa pulang wang tunai RM30,000. Sementara protege Azmeer, Nani yang hanya mengumpul markah keseluruhan sebanyak 51, mendapat RM10,000.

5 Kawan Mama Suka Bagi Pendapat:

[-suziey-] said...

kt suka dia menang..humble jek..n ensem..suara pn sedap//hehee

hajarus said...

hajar xpernah tgk mentor 4 ni tp malam td leh plak tengok dr mula sampai abis... pastu cam rase puas ati jer mohd memang... hehehe... rase cam rugi jer xtengok mentor ni dr mula...

nza said...

mlm tadi trtidur separuh jln....zzzzzz.....

mamalieyna said...

ooo..baru tau..mlm td tengok sekerat jln jer, tertido..hehe..

zue @ annaleeya said...

eina... kita serupa... akak ter zzzzzz.... hahaha... tp dah agak msti mohd menang.. sbb mentor dia jerk tuh... ramai org undi sbb ziana...

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.