Followers

Thursday, July 29, 2010

.: Nita-Zahid Bawa Haluan Masing-Masing :.

Setiap pasangan yang bercinta pasti ingin hubungan mereka kekal hingga ke jinjang pelamin. Namun sebagai manusia, kita hanya mampu merancang dan Tuhan saja yang menentukannya.Umum mengetahui ikatan cinta yang dibina antara naib juara Malaysian Idol musim kedua, Nita Hamzah dengan juara Akademi Fantasia 2, Zahid telah putus di tengah jalan.Ikatan kasih yang termeterai selama dua tahun lapan bulan itu kini tidak dapat dikekalkan lagi dan pasangan sejoli ini memilih untuk membawa haluan masing-masing. Berkesempatan menemui Nita baru-baru ini memberi peluang kepada GUA untuk bertanya dengan lebih lanjut tentang noktah cintanya dengan Zahid.


Pada awal pertemuan, penyanyi tinggi lampai ini agak keberatan untuk membicarakan tentang perpisahan mereka, namun akhirnya akur untuk berkongsi duka laranya.“Senang cakap, macam ni saja lah. Saya punya stail, kalau boleh tak nak cakap pasal hubungan ini lagi. Saya hormat apa yang kami berdua lalui selama ini.“Cuma apa yang saya boleh katakan di sini, memang kami berdua dah tak ada jodoh. Orang bercinta tujuh, sembilan tahun pun boleh putus, orang yang dah kahwin pun boleh cerai, inikan pula hubungan kami.



“Hubungan kami berakhir pada 28 Jun yang lalu. Kami putus pun melalui Blackberry Messanger (BBM). Apa yang boleh saya katakan, ajal, maut, jodoh dan pertemuan semua di tangan Tuhan.“Kalau boleh saya nak simpan segala kenangan manis kami bersama. Kalau banyak cakap, nanti ada pula pihak yang tak senang hati.”


Bergaduh dengan Zahid
Baik Nita mahupun Zahid, kedua-dua mereka sudah berusaha untuk menyelamatkan hubungan cinta mereka. Namun, masalah yang berlarutan membuatkan hubungan mereka tidak dapat diselamatkan lagi.Malah penyanyi yang berasal dari Kuala Lumpur ini tanpa berselindung turut memberitahu, ada berlaku sedikit perselisihan faham antara mereka berdua sebelum mereka mengambil keputusan untuk berpisah.“Biasalah. Mana-mana perhubungan pun, pasti ada yang bergaduh. Dua minggu sebelum kami putus, kami ada bergaduh, tapi tak ada lah teruk. Mungkin dah sampai masa hubungan kami berakhir.”Memilih jalan untuk berpisah merupakan satu perkara yang agak sukar terutama sekali buat Nita sehingga beliau terpaksa mengambil masa untuk memberitahu perkara ini kepada keluarga dan rakan-rakannya.


“Seminggu selepas berpisah, ramai yang tak tahu tentang perkara ini, sampailah Nita ada kekuatan untuk memberitahu kepada mereka.“Bagi Nita, setiap kejadian ada hikmah. Nita ada keluarga dan kawan-kawan, jadi Nita kena teruskan kehidupan dan kerjaya Nita,” ujar Nita sambil memberitahu beratnya kini susut lapan kilogram.Apabila ditanya tidakkah Nita sayang akan perhubungan cintanya dengan Zahid, Nita menjawab, “Gila tak sayang perhubungan ini. Mak Nita cakap, dah tak ada jodoh nak buat macam mana. Kita tak boleh nak lawan takdir. Apa-apapun, saya bersyukur dengan apa yang ada di sekeliling.”


Rahsiakan punca perpisahan
Asalkan putus cinta, pasti akan dikaitkan dengan kewujudan pihak ketiga. Apabila ditanya adakah punca perpisahan mereka disebabkan perkara yang sama, Nita mengambil jalan selamat untuk tidak komen tentang perkara tersebut.“Macam I cakap tadi, I memang tak nak cakap apa-apa. I tak kan cakap apa yang tak patut. Buat masa ini, I nak teruskan hidup I macam biasa.”ujar Nita yang tetap berkeras menafikan punca perpisahan mereka disebabkan pihak ketiga.


“Tak. Masing-masing ada masalah masing-masing. Nita respek apa yang kami dah lalui selama ini.”Menurut Nita lagi, sejak berpisah dengan Zahid, dia masih belum bersedia untuk berjumpa dengan bekas kekasihnya itu.“Buat masa sekarang, belum masa untuk berjumpa. Saya tak benci dia. Cuma dalam masa terdekat, secara jujur saya tak boleh. Bila masanya kami boleh bersemuka, saya pun tak tahu lagi.“Saya dah jalankan tanggungjawab saya. Nita doakan dia berjaya dalam apa jua yang dia lakukan,” ujarnya mengakhiri perbualan.

4 comments:

Hezesuze said...

takdir kan....huhu
tapi awat muka nita golap jek??

.::NiK's WiFeY n MoMmY::. said...

rasa nye baru je sebulan lepas kot baca kat paper pasal diorg nie..nampak ok je..tapi nak wat camne kan..ada la tu mana2 part yg tak serasi kan..saba je la nita and zahid.. :)

[-suziey-] said...

lor....ingtkan bertahan..haihhhhh syg jgk..

atty's said...

dah tak de jodoh..nak buat lagu mana kan ..

apsal muka nita burok benor.

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.