Followers

Thursday, July 22, 2010

.: Shila OIAM Bertunang Dengan Zikri Harimau Muda? :.

KUALA LUMPUR, 21 JULAI 2010: Kenduri bagi menyambut kedatangan Ramadan yang diadakan pada Sabtu lalu, 17 Julai 2010, disangka kenduri pertunangan penyanyi lagu Memori Tercipta, Nur Shahila Amir Amzah, 20 atau Shila bersama pemain bola sepak pasukan Harimau Muda (HM) iaitu Haziq Zikri Elias atau Zikri, 19, gara-gara pasangan ini memakai cincin perak seakan sama bentuk.
Malah, ia diperkuatkan lagi dengan penampilan Shila yang bertudung pada majlis yang diadakan di kediaman barunya di Cheras serta kedatangan Zikri yang baru saja menjalani pembedahan di bahagian lutut dari sebelum kenduri bermula sehinggalah tamatnya majlis tersebut.
"Ramai tanya Shila, sama ada betul ini merupakan majlis pertunangan Shila dengan Zikri? Shila jadi pelik apabila orang tanya macam itu. Namun, ini semuanya gara-gara Shila memakai tudung sepanjang majlis ini diadakan.
"Shila dan Zikri asyik terkena ejekan kawan-kawan yang hadir, memandangkan secara kebetulan kami berdua memakai cincin perak yang disangkakan cincin pertunangan.
"Apapun, semuanya itu karut saja dan sekadar bahan lawak semata-mata. Kami memang tidak bertunang dan ini adalah kenduri yang setiap tahun keluarga Shila buat bagi menyambut kedatangan bulan puasa.
"Kami berdua baru saja berkawan dan mustahil untuk kami bertunang. Shila akui sejak mengenali Zikri tempoh hari sempena kempen Syok Bola Murai (SBM), kami memang menjadi rapat. Shila pun ada ajak Zikri keluar tapi itu pun mak ada bersama," kata Shila.
Meneruskan ceritanya, Shila bakal membuat kerjasama dengan Bunkface selepas kejayaan Shila membawakan lagu rock berjudul Peramo pada konsert Cornetto's Take a Chance, Show Your Love di bumbung Plaza Bukit Bintang, baru-baru ini.
"Lepas nyanyi lagu Peramo, Shila rasa seronok. InsyaAllah, Shila akan tampil dengan lagu berentak rock untuk album baru Shila. Kali ini, banyak lagu yang Shila terbitkan sendiri. Namun, Shila masih lagi memerlukan bantuan dari komposer handal seperti Audi Mok.
"Selain lagu Shila sendiri, Shila juga sedang sibuk menyiapkan lagu single untuk adik Shila, Syahada. Lirik dan melodi sudah ada. Cuma susunan muzik masih belum siap lagi," kata Shila.
Apapun, selain Zikri, kenduri ringkas itu turut dihadiri rakan pasukan Harimau Muda yang lain iaitu Irfan, Izham, Fandi dan Syahrul serta pelakon kacak, Fizo Omar yang sangat rapat dengan Shila.
Apabila tetamu sudah beransur pulang, penyanyi cun ini juga sempat mendendangkan beberapa lagu hasil ciptaan sendiri sambil bermain gitar elektrik milik adiknya. Ternyata lagu-lagu tersebut begitu sedap didengar untuk dimuatkan dalam album terbaru Shila tidak lama lagi.
  • p/s Selamat bertunang...

8 comments:

maslinamansor said...

sapa yang bertunag anje?

atty's said...

jadiknya betunang ke idak nie anje..confuse jap .hah

Hezesuze said...

uiks mudanye dah bertunang?? pepun soal jodoh sume di tangan ALLAH swt..yedok?

Anje a.k.a Mama_Balqis said...

to mas: selamat bertunang untuk kawan kiter

Anje a.k.a Mama_Balqis said...

to kak atty : tak la kak...salha sangka je

Anje a.k.a Mama_Balqis said...

to kak heze: tak tunang cuma slah sangka je

mida said...

gosipp22....

[-suziey-] said...

hmmm xglemer sgt..hehehe mcm trend plak..artis kawen plyer football

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.