Followers

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Loading...

Thursday, July 29, 2010

.: Susulan Interview :.


Semasa berada di bilik temuduga, kerapkalinya anda akan ditanyakan soalan-soalan yang anda kurang bersedia. Soalan-soalan ini kebanyakkannya seolah-olah "mencabar" kewibawaan anda. Apa yang perlu anda lakukan adalah :


KAWAL EMOSI SEMASA TEMUDUGA

~ Ingatkan diri anda bahawa penemuduga sedang menguji anda

~ Jawab dengan jelas dan lantang

~ Kikiskan sifat ego anda

~ Tenangkan diri anda sebelum menjawab soalan, selalunya penemuduga akan cuba menggunakan jawapan anda untuk membidas

~ Banyakkan senyuman

~ Berikan penekanan dalam jawapan anda yang menyokong butiran-butiran yang tertulis dalam CV/Resume anda. Berikan penekanan kepada pencapaian anda yang tidak boleh dicapai orang lain

~ Jangan sesekali menunjukkan anda hilang minat terhadap pekerjaan ditawarkan

**Selain itu, anda dinasihatkan supaya jangan tergopoh gapah menjawab soalan-soalan sebegini dari temuduga, ambil masa untuk berfikir sejenak,dan jawablah dengan fikiran yang tenang.***


PERKARA YANG MENJELIKKAN PENEMUDUGA


~ Bercakap perkara-perkara yang tidak berkaitan secara keterlaluan

~ Tidak memberikan tumpuan kepada penemuduga tertentu apabila ditemuduga lebih dari seorang penemuduga

~ Mengelak dari menjawab soalan penemuduga

~ Memandang rendah akan pengetahuan penemuduga, ini dapat dilihat dengan jawapan anda

~Mencabar penemuduga dengan bertanyakan soalan yang rumit dan terlalu teknikal

~ Menggunakan nama-nama orang berpangkat atau terkenal dalam perbualan anda dengan temuduga dengan harapan penemuduga tersebut kagum dengan anda

p/s Good Luck bagi yang ada sesi Interview... doakan untuk interview mama jugak k...
p/s esok mama cuti sebab Ibu a.k.a Pengasuh Balqis ON LEAVE...so kami mama & mamalieyna akan bercuti esok menjaga anak masing2..

5 Kawan Mama Suka Bagi Pendapat:

AshAnas said...

shira tak pernah lagi gi mana2 temuduga....

hajarus said...

anje ade temuduga... good luck yer... ;d

Farra Dhelina said...

gdluck anje!

Hezesuze said...

gud luck!

Ena said...

tetiba teringat masa p interview dulu.. nervous sunggguh! tapi wat2 dek je la.. heheh.. yg pasti memg tersenyum sokmo.. ;D