Followers

Thursday, August 19, 2010

♥ Berita Semasa ~ Kepala dipatuk ular ♥

KANGAR: Keajaiban pernah berlaku ke atas Ahmad Asri Mohd Indra Suadi apabila jantungnya berdegup semula selepas terhenti beberapa minit akibat komplikasi dipatuk ular tedung selar di kepalanya.


Malangnya, keajaiban ‘mati hidup semula’ itu tidak kekal lama kerana selepas kejadian pada 26 Mei lalu, kanak-kanak berusia dua tahun berkenaan mengalami kecacatan kekal apabila sebahagian besar otot tubuhnya menjadi kejang dan kaku. Ahmad Asri yang juga anak yatim selepas kematian bapa ketika berusia empat bulan, kini terlantar di atas tilam di rumahnya di Kampung Bukit Merah, Beseri, dekat sini. Ibunya, Nor Amali Ahmad, 27, berkata Ahmad Asri dipatuk ular ketika bermain seorang diri di sebuah bilik belakang rumah neneknya yang tidak jauh dari rumahnya. “Saya menyedari kejadian itu selepas dia menangis dan mendapati kepalanya berdarah. Namun, ketika itu saya dan ahli keluarga tidak tahu apa sebenarnya berlaku.

“Melihatkan keadaannya makin tidak bermaya, saya mendapat bantuan sepupu menghantar Ahmad Asri ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) dan dalam perjalanan ke hospital, degupan jantungnya berhenti beberapa minit hingga menyebabkan saya menyangka dia sudah meninggal dunia.

“Tetapi, dengan kuasa Allah, jantungnya berdenyut semula. Selepas tiba di hospital baru kami tahu dia dipatuk tedung selar, namun sejak hari itu dia koma sebulan di hospital,” katanya. Nor Amali berkata, biarpun sudah sedar daripada koma pada penghujung Jun lalu, keadaan Ahmad Asri tidak pulih seperti sedia kala, sebaliknya dia hanya terbaring kerana sebahagian besar otot tubuhnya kejang.

Lebih memilukan, kesan patukan ular tedung itu menyebabkan sel kulit kepalanya mati hingga mewujudkan lubang bersaiz kecil dan ia perlu ditutup dengan pembalut bagi mengelak jangkitan kuman. Kata Nor Amali, lubang pada kulit kepala anak bongsu daripada tiga beradik itu perlu dicuci setiap hari dan kanak-kanak berkenaan tidak mampu memamah makanan pejal, sebaliknya bergantung sejenis susu khas. “Saya berhenti kerja sebagai pembantu kedai untuk memberi tumpuan sepenuhnya kerana anak saya kerap mengalami kekejangan otot dan doktor mengesahkan penyakit itu akan berkekalan sehingga dewasa,” katanya. Menurutnya, Ahmad Asri hanya boleh mengambil susu berharga RM29 setin yang disalurkan ke tubuh menggunakan tiub dan keluarganya terpaksa membelanjakan lebih RM500 sebulan untuk kelengkapan termasuk membeli tujuh tin susu jenis sebulan, lampin pakai buang susu dan ubatan lain.

“Tangan dan kaki anak saya sering kekejangan dan bergetar. Anak saya tidak mampu menjadi lelaki normal apabila dewasa. Dia akan menjalani rawatan fisioterapi tidak lama lagi,” katanya yang mengharap bantuan orang ramai untuk perbelanjaan pengurusan harian Ahmad Asri. Nor Amali berkata, dia buntu memikirkan Aidilfitri yang bakal tiba kerana tidak mempunyai sumber kewangan untuk membeli baju baru bagi anak-anaknya atau membuat sebarang persiapan, biarpun ala kadar. “Saya tidak tahu sama dia berpeluang pulih sepenuhnya dan hanya mengharap keajaiban berlaku sekali lagi untuk melihat dia kembali normal,” katanya.

5 comments:

qasehadam @ nurul said...

SEDIHNYE..NAK NANGIS RASA ERR DAH BERGENANG PONN

ikiqzana said...

aduhh.. sedih melihat adik asri ni.. semoga sembuh sediakala.. amin.

berat mata memandang berat lg bahu memikul.

zurazari said...

sedey nyer... sian kat asri nie ha... ya ALLAH, andai la mati itu lebey baik, amik la nyawanyer dari biarkan dier terus terseksa n memvebani si ibu...

Atia Adina said...

aduhai....sedihnya baca kisah budak ni....kesiannya....moga Allah permudahkan segala urusan dia...aminnnn....


-ad-

aSmiDar said...

Ya Allah kesiannya...
Semoga Die dapat harungi sume ni dgn tabah...:(

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.