Followers

Wednesday, August 18, 2010

♥ Berita Semasa ~ Roslin Pemain Badminton Malaysia mohon cerai selepas sebulan nikah ♥

KUALA LUMPUR: Selepas sebulan mendirikan rumah tangga, jaguh badminton negara, Roslin Hashim, 35, akan memfailkan perceraian dengan isterinya, Norhayati Othman, 38, di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, hari ini. Pasangan itu berkenalan pada awal Februari ini sebelum mengambil keputusan mendirikan rumah tangga pada 9 Julai lalu. Harian Metro difahamkan, permohonan berkenaan dibuat selepas berlaku masalah dalam rumah tangga dibina Roslin dengan Pengarah Pemasaran, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) itu.
Sebelum ini, Roslin pernah menggemparkan negara apabila perkahwinan pertama bersama Faizah Mohamad,32, hanya bertahan selama 12 hari selepas bernikah pada 30 Januari 2009. Pasangan itu bercerai pada 11 Februari tahun lalu selepas Roslin melafazkan cerai pada isterinya atas kerelaan sendiri di rumah ibu bapa mentuanya di Puchong, Selangor, jam 10.50 malam di hadapan mereka. Sementara itu, produser Raja Azmi Raja Sulaiman ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan, tetapi beliau enggan mengulas lanjut.

7 comments:

mama balqis said...

lg skali berita menggemparkan..

atty's said...

dia ni apa lah..asik kawin cerai ..tak cuba selesai kan dulu .kalo ade apa pun masalah.

Intan Inn said...

apa motif dia kahwin ekk..sekejap jer cerai...

aSmiDar said...

somtim wrong some where ni..
huhuhu

aizuemi said...

ape masalah sebenar la mamat nih~

Hezesuze said...

ishh bila lak mamat nie kawin..tup2 tau nk bercerai lak..aduaaiii apa masalah nye agaknye kan...

Atia Adina said...

e...dia ni apa kes????

-ad-

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.