12 OGOS 2010: Lama jugak Murai Batu tak dengar cerita terbaru tentang aktres Nora Danish. Apa khabar agaknya Nora sekarang ya? Tentu dia makin comel sekarang ini.Tapi, akhirnya seorang teman lama telah membawa satu khabar berita tentang pelakon genit yang pernah memegang watak utama dalam drama Puteri arahan Aziz M Osman ini. Khabarnya, Nora Danish sudah temui cinta baru?
Biar betul? Kalau betul siapakah pulak si jejaka yang telah berjaya bertakhta di hati Nora itu? Kata teman lama Murai batu itu, si jejaka berkulit putih ini adalah anak orang kaya yang berasal dari Kelantan.
Namanya tak perlulah Murai Batu sebutkan. Cukuplah kalau Murai Batu nyatakan sebagai S saja. Yang penting dia ni memang kacak orangnya. Rasanya, Murai Batu sendiri pun pernah terserempak dengan si jejaka ni. Dia ni suka sangat pakai tali pinggang Hermes.
Kebanyakan barang-barangnya juga adalah daripada jenama yang mahal-mahal. Al-maklumlah anak orang kaya.
Macam mana dia boleh berjumpa dengan Nora Danish, teman lama Murai batu itu pun kurang pasti. Tapi, si jejaka ni memang kerap menghadiri majlis yang berkaitan dengan dunia entertainment. Kalau tidak silap dulu dia pernah berkawan dengan Wangi - Fabulous Cats.
Tapi, apa yang Murai Batu dengar si S ni memang minat sangat dengan Nora. Hmmm.... Tapi, Nora pulak minat kat dia ke? Itu sajalah yang Murai Batu tertanya-tanya.
Al-maklumlah, Nora sebelum ni dah pernah melalui pengalaman pahit menerusi perkahwinannya dulu. Tentu dia tak mahu pisang berbuah dua kali. Lebih-lebih lagi bila menjalinkan hubungan cinta dengan anak orang kaya macam S
3 Kawan Mama Suka Bagi Pendapat:
suke nora danish, daripada fasha...huhuu...
semoga nora dapat menemuai seorang bapa yg baik kepada anaknya...
semoga hubugan dia ngan yang baru ni menjadi & kekal ke akhir hayat....moga tak salah pilih
-ad-
Post a Comment