Followers

Tuesday, August 10, 2010

♥ Cerita Dunia Artis ~ Kehidupan Sari Yanti Berubah ♥

Sari teruja dengan kehadiran anak Barr Al Aliy.

Tanggal 10 Julai lalu merupakan detik paling manis dan berharga bagi pelakon serta pengacara, Sari Yanti Mohamad Nazari atau lebih dikenali sebagai Sari Yanti, apabila telah bergelar ibu kepada seorang putera comel.
Rumahtangga yang dibina oleh Sari bersama Mohd Eddy Casmady sejak Januari tahun lalu kini diserikan dengan kehadiran permata sulung mereka yang diberi nama, Barr Al Aliy.

Barr dilahirkan seberat 3.1 kilogram secara normal pada jam 3.30 petang di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.
Nama Barr Al Aliy dipilih oleh Sari dan suami yang merupakan antara 99 nama Allah. Kehadiran Barr sesungguhnya melengkapkan serta mengubah kehidupan pelakon yang popular dengan drama siri ‘Kisah Kaisara’ ini.
“Kehidupan Sari kini berubah. Pada mulanya memang tak percaya dah jadi emak, namun sekarang Sari adalah emak. Sari gembira sangat-sangat,” ujar Sari ketika dihubungi GUA sebentar tadi.

“Suami merupakan orang yang paling gembira dan teruja. Sari bersyukur kerana mempunyai suami yang memahami dan banyak membantu Sari dari mengandung sehinggalah saat sekarang.”
Menurut pengacara ‘Chopp!!’ ini lagi, beliau dan bayi kini dalam keadaan sihat. Sari masih lagi sedang berpantang di rumah ibunya.
“Sepanjang mengandung, berat Sari naik 21 kilogram, jadi Sari kini dalam usaha nak kembali kepada berat badan asal.
“InsyaAllah, Sari akan aktif balik selepas habis pantang. Untuk sekarang, Sari mungkin akan berehat dulu dalam dua, tiga bulan. Lagipun baby masih kecil dan perlukan perhatian.

p/s tahniah diucapkan...semoga dengan kelahiran anak dapat menyemarakkan lagik rasa cinta kalian berdua...

9 comments:

syawalsimpsons said...

x sangka dier dah bersalin...camner ni...sari yanti pregnant pun x tau...addoooii..but congrate 2 sari yanti

pakcikLie said...

dah lama pakcik x timang bby...rasa teringin plak.

MrS. F!zA said...

bila dia pregnant?hahah tak tahu:p

Ain said...

tahniah untuk sari yanti...

Hezesuze said...

tahniah dah jdi ibu dah dia...

Fieza79 said...

ishh..tup tup dh bsalin bl nya yg peknen...huhu ketinggalan..

comey je dia kan...dh jd ibu muda...

LYaFRINA said...

walaupun x make up...
tp muka sari sgt natural n still nmpak cute.. n muda remaja...

zAnNa@mAMaBaTriCE said...

ooo dah bersalin erkk
patut ler dah lama tak nampak sari yanti muncul kat tv...ngandung rupanyer...

Huda said...

mesti comel cam mama nya kan :)

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.