Followers

Wednesday, August 11, 2010

♥ Cerita Dunia Artis ~ Maya Karin Nafi Pegi Jakarta Dengan Remy ♥

Hujung minggu lalu bersamaan 1 Ogos, timbul gosip mengatakan Maya Karin dan Remy Ishak menghabiskan masa bersama-sama di Jakarta, Indonesia. Gosip yang dimuatkan dalam sebuah akhbar berbahasa Melayu ini menyebut Maya dan Remy dilihat berdua-duaan di sebuah pusat membeli-belah terkemuka di Jakarta. Dakwaan ini bagaimanapun disangkal sekeras-kerasnya oleh Maya. Menurut Maya, pada tarikh tersebut dia dalam perjalanan dari Langkawi ke Kedah kerana terlibat dengan pengambaran filem ‘Ombak Rindu’ arahan Osman Ali.

Kalau anda semua tidak percaya, pengarah filem saya, Osman Ali sanggup menjadi saksi. Dia ada memberitahu supaya menyuruh pihak media menelefonnya sendiri sekiranya tidak percaya dengan penjelasan saya. Memang pada waktu itu saya ada bersama-sama dia dan krew filem yang lain,” jelas Maya yang ditemui pada sidang akhbar teater Natrah musim kedua di Istana Budaya kelmarin. Dalam pada itu, Maya juga mencabar penyebar gosip supaya tampil memberikan penjelasan berserta bukti sekiranya ada.
“Perkara itu 100 peratus tidak benar dan saya menafikannya. Ini adalah fitnah kerana pada tarikh yang dinyatakan, saya dan Remy berada di dua lokasi yang berbeza. Pada 1 Ogos saya berada di Alor Setar, Kedah selepas selesai penggambaran di Langkawi. Kemudian, pada 2 Ogos itu pula saya berada di Thailand untuk penggambaran filem yang sama.
“Bagi saya kalau perkara itu berlaku di depan matanya, pasti dia sudah ambil kesempatan untuk merakamkan gambar saya dan Remy. Saya pun tidak tahu apa kenapa masih ada orang yang tidak puas hati dengan saya. Saya rasa hendak jumpa dengan sumber itu. Boleh saya tanyakan sendiri kepadanya dan minta dia kemukakan bukti,” tambah Maya lagi.
“Satu pembohongan besar. Itu yang boleh saya katakan berhubung isu ini. Pada tarikh yang disebutkan itu saya berada di sekitar Kuala Lumpur kerana sedang menjalani penggambaran telemovie ‘Air Mata Nursalina’. Kak Eirma Fatima boleh sahkan perkara ini kerana dia adalah pengarahnya. Penggambaran bermula dari 28 Julai hingga 6 Ogos, jadi mustahil saya boleh berada di Jakarta,” jelas Remy tegas.

3 comments:

maslinamansor said...

siapa la yang buat cerita nie...
Kalau tak benar, buat dosa kering jer...

Sabar jer lah maya oiiii...

eMMe said...

biar la dowang...ape nak dikecohkan, asalkan dowang bahagia...

Adlina Husaini said...

ish ish ish mentang2 le dah MJ..gosip je kan

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.