Followers

Tuesday, August 10, 2010

♥ Cerita Dunia Artis ~ Raja Azura Akui Ke Mahkamah ♥

Raja Azura dan suami dapatkan khidmat kaunseling berhubung masalah rumahtangga.


Berita pergolakan rumahtangga pelakon, pengacara dan penyampai radio, Raja Azura, 38, telah mengundang pelbagai spekulasi. Kehadiran selebriti ini di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam Selasa lalu membuatkan ramai pihak menyangka dia dan suaminya, Adzmin Tan Sri Osman, 37, ingin menfailkan permohonan cerai.

Jumaat lalu, Raja Azura atau panggilan mesranya Kak Engku, tampil memberi kenyataan setelah gagal dihubungi oleh pihak media dalam beberapa hari. Menurut wanita ini spekulasi yang mengatakan dia dan suami hadir ke mahkamah kerana ingin mengemukakan permohonan perceraian adalah tidak benar sama sekali.

Menurut Raja Azura, kunjungannya itu adalah untuk mendapatkan khidmat kaunseling bagi menyelesaikan masalah rumahtangga yang sedang dihadapinya sekarang. Bagaimanapun, dia enggan menjelaskan secara terperinci tentang masalah yang sedang dihadapinya itu.
“Memang pada 3 Ogos tempoh hari saya ada ke Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam seperti yang dilaporkan. Tetapi, kunjungan saya itu bukanlah untuk menfailkan perceraian. Sebaliknya saya dan suami hadir untuk mendapatkan khidmat kaunseling berhubung masalah rumahtangga kami. Kami bukan hendak berpisah tetapi mencari jalan perdamaian,” jelas Raja Azura yang mengakui ini kali pertama dia ke menjejakkan kaki ke mahkamah syariah setelah sembilan tahun berkahwin.

Jelas Raja Azura, dia memilih untuk ke mahkamah bukan kerana sudah tidak ada jalan penyelesaian, tetapi percaya jalan terbaik untuk menghadapi permasalahan itu adalah dengan menemui mereka yang arif dalam undang-undang perkahwinan.
“Di sana (mahkamah) adalah tempat terbaik untuk kami dapatkan nasihat tentang perkahwinan. Mereka lebih arif tentang perkara ini. Saya akui, selama berkahwin memang ada perselisihan faham. Gaduh sikit-sikit tu perkara biasa. Kadang-kadang ada masalah yang tidak berjaya kami selesaikan bersama sebab itulah kami setuju untuk pergi ke mahkamah,” jelas Raja Azura lagi.

Ditanya mengapa sebelum ini dia mengelakkan diri daripada pihak media, Raja Azura menjelaskan dia mengambil pendekatan itu kerana perlukan waktu untuk bersedia memberi kenyataan.
“Saya minta maaf kepada semua rakan-rakan wartawan yang cuba menghubungi saya sebelum ini. Bukan saya hendak melarikan diri, tetapi saya perlukan waktu sebelum tampil memberi sebarang kenyataan. Saya bimbang kalau saya tersilap cakap nanti ia boleh memburukkan keadaan.
“Saya tidak dapat dedahkan perkara ini lebih lanjut. Banyak hati yang perlu saya jaga, terutamanya keluarga mentua, suami dan keluarga saya sendiri. Biarlah masalah ini hanya saya dan suami yang tahu. Saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada semua kerana memahami situasi saya sekarang ini,” ujar Raja Azura.


Hubungan dengan suami seperti biasa
Mengulas tentang status hubungannya dengan suaminya pula, Raja Azura memberitahu setakat ini hubungannya dengan suami masih seperti biasa dan masih tinggal sebumbung.
“Suami saya sudah setuju untuk berbincang dan saya hanya menunggu keputusan dia. Terus-terang saya katakan suami saya seorang yang baik dan sangat memahami karier saya. Saya amat menghormatinya. Jadi, sekarang ini kami mahu membetulkan apa yang tidak betul. Saya tidak nampak perpisahan dalam perkahwinan kami. Saya kenal suami saya dan suami pula tahu kematangan saya,” katanya.

Dengan penjelasan ini, Raja Azura mengharapkan semua pihak berpuas hati dan memahami situasi yang sedang dihadapinya. Bagi pengacara mulut kepoh ini, selepas ini dia tidak kisah lagi jika masih terdapat spekulasi negatif tentang rumahtangganya itu.
“Apa yang penting, semua yang ingin saya jelaskan sudah saya luahkan hari ini dan ia lahir dari hati. Kalau selepas ini orang masih mahu membuat spekulasi, itu terpulang kepada mereka. Bagaimanapun, saya harap peminat dan penyokong doakan saya dapat jalan penyelesaian yang diingini, dan hubungan saya dan suami kembali seperti biasa. Saya janji, apa pun keputusannya nanti, saya akan umumkan sendiri,” jelas Raja Azura mengakhiri sidang media tersebut.

Raja Azura atau nama penuhnya, Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin, berkahwin dengan Adzmin Tan Sri Osman, iaitu anak kepada bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Arof pada Mac 2001. Pasangan tersebut dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Megat Muhammad Raziq, 8, Megat Luqman Haqim, 7, dan seorang anak perempuan, Puteri Mia Maizura, 4.
  • p/s doakan yang terbaik untuk Kak Engku

No comments:

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.