Followers

Monday, August 23, 2010

♥ Ekin Tergelak Mawi Kahwin Lagi ♥

Meskipun ada yang tidak suka, malah rimas dengan kehadiran Ekin yang dikatakan asyik berkepit ke mana saja dengan suami, Mawi, tetapi jujur dikatakan, mereka antara pasangan artis yang romantis.Sempat bertemu mereka berdua di beberapa majlis sebelum ini, pasangan yang telah bernikah pada 20 Disember 2008 itu kelihatan begitu bahagia dan enak dibuai alam percintaan.Namun begitu, dalam pertemuan Selasa lalu di majlis berbuka puasa Azwan Ali bersama anak-anak yatim di restoran Tamarind Springs, Ampang Jaya, seperti ada yang tidak kena dengan mereka. Pendek kata, mereka nampaknya tidak semesra dulu. Walaupun lain pula ceritanya bila lensa kamera dihalakan kepada mereka.Mungkinkah ini ekoran dari gosip yang mengatakan Mawi telah berkahwin lagi, kononnya dengan seorang gadis kelahiran Temerloh, Pahang?Bila ditanya keadaan rumahtangga mereka selepas tersebarnya cerita tersebut, Ekin memberitahu dia dan suami tidak mengambil kisah pun khabar angin itu. Malah mereka masih bahagia bersama menjalani kehidupan berumahtangga sepertimana pasangan-pasangan lain.


"Saya tergelak bila dia beritahu saya tentang cerita itu. Saya tanya dia kenapa tak jemput saya. Saya anggap cerita itu sebagai satu lawak," kata Ekin sambil tersenyum.Dedahnya, mereka berdua baru tiba di ibu negara dari Jakarta, Indonesia apabila Mawi menerima panggilan telefon daripada wartawan bertanyakan kesahihan cerita perkahwinannya."Saya melihat apa yang berlaku sebagai satu pembakar semangat supaya menguatkan lagi perhubungan kami suami isteri. Sejak awal perhubungan kami, dari nak kahwin, selepas kahwin dan rasanya bila kami dah ada anak pun, ada yang akan mengata."Tak boleh nak buat apa pun. Mulut orang tak boleh ditutup. Tetapi kami tidak akan membiarkan gosip-gosip ini mempengaruhi kami dan mengganggu kehidupan kami suami isteri, dan menjadikannya punca perceraian kami."Sebenarnya, lepas 'interview' itu, kami tak bincang pun pasal hal tu. Kami pun dah lupa, malas nak fikir," cerita Ekin panjang lebar.


Tambahnya, dia tidak menyalahkan Mawi atas cerita yang tersebar itu."Sebab saya bersamanya 24 jam sehari. Jadi, macam mana dia nak kahwin? Kalau dia dah kahwin pun, mesti ada tok kadi, saksi... Mengapa yang perempuan saja yang buka cerita? Dan kalau betullah dia dah kahwin, mesti gambar-gambar pernikahannya dah tersebar."


Tuhan yang beri
Tatkala ditanya tentang reaksi keluarga, Ekin berkongsi keluarganya bersimpati dengan dirinya yang tidak habis-habis diserang dengan pelbagai tohmahan dan cemuhan.Mengenai spekulasi ramai yang mengatakan alasan utama Mawi berkahwin semula adalah kerana soal zuriat, Ekin memberitahu soal anak terletak di tangan Tuhan."Itu kerja Tuhan. Tuhan yang bagi. Ia bukan semudah nak buat kek. Kami berdua memang berharap sangat dikurniakan anak. Kami sedang mencuba tapi belum lagi ada rezeki."Perkara ini bukan berlaku pada kami saja tetapi ramai lagi pasangan. Yang kami mampu lakukan adalah untuk berdoa," katanya mengakhiri perbualan.

3 comments:

aSmiDar said...

cian ekin..
g2 la kalau dapa laki pojaan ramai..hehe

ummi iman said...

nak wat caner ek...mawi pujaan ramai..

♥Leily|Ummi Alya Husna♥ said...

biar betikkk????
hihihi, gossip dunia artis je kan.. :P

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.