Followers

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Loading...

Thursday, August 5, 2010

♥ Gandingan Pertama Rashidi-Vee Sebagai Suami Isteri ♥

Buat peminat pasangan romantis Rashidi Ishak dan Vanidah Imran, sudah lama dinantikan sebuah karya yang menggandingkan dua pelakon berbakat ini sebagai suami isteri.Dan nampaknya, berakhir juga penantian mereka dengan drama terbitan terbaru Red Communications, '8 Bulan' yang ditaja khas oleh HSBC Amanah Malaysia. Ini merupakan kerjasama kedua mereka sebagai pasangan selepas 'Buih-Buih Cinta' tetapi yang pertama sebagai suami isteri

"Sejak 'Buih-Buih Cinta', ramai peminat yang asyik bertanya bila lagi kami akan berlakon bersama sebagai pasangan. Kami sebenarnya jarang dapat peluang untuk digandingkan bersama tetapi bila kami dapat skrip untuk '8 Bulan', kami menyukainya. Ceritanya menarik, begitu juga watak kami," terang Rashidi. Drama 8-episod arahan Imri Nasution dan skrip oleh Azril Hamzah itu mengikuti kehidupan sepasang suami isteri, Linda dan Faizal, lakonan Vee dan Rashidi, dalam menghadapi cabaran berumahtangga termasuk persediaan menimang anak.


Cerita Vanidah yang lebih mesra disapa Vee, '8 Bulan' bukan saja sesuai untuk ditonton pasangan yang baru mendirikan rumahtangga tetapi juga buat mereka yang sudah lama bergelar suami isteri."Mereka boleh berkait dengan kebanyakkan isu yang diketengahkan. Pendek kata, drama ini berkenaan kehidupan dan bagaimana karektor-karektor ini menangani masalah yang timbul."Tambahnya, watak Linda dan Faizal tidak banyak persamaan dengan dirinya dan suami.

"Saya seorang yang lebih tenang dan 'control freak' berbanding Linda yang 'perfectionist'. Pembawaan watak Linda lebih banyak berdasarkan pada pengalaman kawan-kawan saya dan arahan daripada pengarah. Dia yang membentuk watak Linda," katanya yang kelihatan comel dengan penampilan bertudungnya dalam drama tersebut.'8 Bulan', yang telah bermula siaran pada minggu lepas, ke udara setiap hari Ahad, jam 10.30 malam di TV3.

9 Kawan Mama Suka Bagi Pendapat:

ch@ said...

ha'a kita tertengok pula hari tu, best. cerita dia simple je.

MrS. F!zA said...

suka tgk..tp kdg2 lupa. tp kan rncgn ni nmpk sgt berlakon..kekekeke

Ena said...

Mcm best jer kan.. tak sabar nak tengok.. suka tengok dorang nie.. nampak sejoli je.. ;D

Damia Aleesya & Damia Ayunie said...

tak pernah tgk pun...

Fieza79 said...

bagus la psangan artis ni..jarang da gosip psl rumahtangga...nmpk bahagia je...

tk saba la nk tgk dh lama dorang tak acting sesama...

mrs.ecam said...

ramai kwn ckp cite nih best tp x pnah dpt tngk...huhuhuhu

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

cute je depa dua kan? suka tgk :-)

[-suziey-] said...

soooo sweet..suka v ngn shidee..dorang low profile jek...maintain

Farra Dhelina said...

alaa tak pnh tgok lagi..

* fra adore couple ni..maintain je..nmpk rileks