KURMA...anda suka kurma???peminat tegar KURMA?
sebelum mama cerita selanjutnya pasal tajuk kat atas tu..
ape kata kita kongsi bersama kebaikan KURMA bersempena bulan RAMADHAN yang bakal menjelma tak lama lagi
Adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi. Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s. Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w. Janganlah risau kerana takut diserang kencing manis, apa yang harus dibuat, hanyalah menjauhkan makanan manis2 yang lain.
Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.
Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.
Kurma juga ada banyak kelebihan, antaranya:
1. Kaya dengan zat besi — sangat sesuai dimakan, terutama bagi wanita sedang haid dan orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah).
2. Boleh dimakan pada bila-bila masa kerana ia tidak mengandungi kolesterol.
3. Kaya khasiat: Protein (1.8 hingga dua peratus), serat (dua hingga empat peratus), glukosa (50 hingga 57 peratus), Vitamin A dan C, sodium dan potassium.
4. Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera apabila berbuka puasa. Berbuka dengan kurma membuatkan kita berasa cepat kenyang dan secara tidak langsung mengelakkan kita makan secara berlebihan.
5. Kandungan potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin (aprodisiak) dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim.
6. Kurma diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan kadar degupan jantung.
7. Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam as yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa as.
murah rezeki dapat sekotak lagik tu...
so bila dah dapat banyak tak kan nak bolot sowang2 kan...jadi rezeki tu kita kongsikan bersama
mama agih2kan beberapa pinggan ke setiap Department...semua dapat rasa keenakan KURMA
kat opis HR memang selalu je di PAYUNG makan...ade je tukang sponser...
so kalo dapat banyak kita share satu opis k...
sedikit pendedahan mengenai KURMA:
Abu Abdillah a.s. bersabda: “Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir”.
Abu Abdillah a.s. bersabda: “Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan”.
Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s. bersabda: “Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati”.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sehat”.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)”.
- p/s dah nak posa ni...dah makin terasa bahangnya...sonot tol nak kumpul pahala banyak2 bulan ni kan...nak pi terawih...kali ni kena angkut sekali dengan anak dara tu...tahun ni nampaknya mama POSA penuh...ape tandanya tu ek....
8 Kawan Mama Suka Bagi Pendapat:
WAJIB ada time bulan ramadhan nie...
zana suka kurma kering tu...sedap jer...tp kalau takde..yg nie pun ok gark.....
mmg murah rezeki ler...
awal2 dah dpt kurma free
mggu ni nak kena cari kurma...klu tak mkn kurma sure xlarat pose.
sedapp kurma...tgk kurma tgt bulan pose...dh jd kelaziman...kurma skang dh melambak kt pasaran menantikan ketibaan ramadan...best2..!
wah pose penuh?? jeng jeng jeng dh ade isi ke anje???
* fra suka kurma yg ade choc skali tu..sedap nya anje..
tgh cr kurma salut coklat from yusof tayob... adik kata best...
we all biasanyer pass raya... lebih2 kurma yg ada... buat cucuq kurma.. sodap...
alaa kurma tak beli lagi...penting ni....
mmg wajib ade nie kak..best,...byk khasiat kan..=)
ouh i like kurma..masa pregnant mmg byk mkn kurma..hiks..
waaa posa penuh? hmmm peknen ke??
Post a Comment