Sumber stesen radio Sinar FM yang dihubungi memberitahu Raja Azura (gambar) sepatutnya tidak boleh “bercuti” kerana pada ketika ini seluruh stesen radio sedang melalui tempoh kaji selidik untuk mengetahui jumlah pendengar.“Dia diberi cuti khas untuk menyelesaikan masalah peribadi,” kata sumber berkenaan tanpa memberitahu sampai bilakah pengacara itu akan bercuti.
Berikutan itu hanya Khairil dan Salih Yaccob sahaja bertugas mengendalikan segmen Sinar Pagi.
Berita keretakan rumah tangga pengacara itu yang dibina bersama suaminya, Adzmin Tan Sri Osman, 37, telah lama kedengaran tetapi ia dinafikan oleh Raja Azura.
Sebaliknya pelakon itu mendakwa rumah tangganya bahagia dan desas-desus yang diperkatakan itu hanyalah sekadar khabar angin.
RAJA Azura dan Adzmin Tan Sri Osman ketika pernikahan mereka pada Mac 2001. – Foto UTUSANDifahamkan Raja Azura telah menghantar permohonan berkaitan rumah tangganya di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam, Selasa tetapi tidak diketahui apakah status permohonan tersebut.
Pihak mahkamah juga enggan memberi sebarang komen berhubung perkara itu. Sementara itu seorang peguam yang dipercayai terlibat mengendalikan kes membabitkan Raja Azura tidak mengaku mewakili artis berkenaan. Sebaliknya peguam tersebut terkejut bagaimana wartawan mengetahui berita tersebut.
“Kalau macam itu carilah (maklumat) dengan pihak mahkamah. Maaf saya ada pelanggan,” katanya
Raja Azura berkahwin dengan anak bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Arof pada bulan Mac 2001.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Megat Muhammad Raziq,8, Megat Luqman Hakim, 7 dan Puteri Mkia Maizurah, 4 tahun.
13 Kawan Mama Suka Bagi Pendapat:
suka bila dier dok komen pasal kawin/curang kt sinar...
lg sorang rumahtngga artis kita bergolak..mntak2 la sekadar khabar angin...!
terkezut gak sis dgr berita nie...almaklumler kak engku kan org nye selalu jek hepi...tup2 kuar berita nie rase simpati gak...
wahhhhhh
artis punya citer pun ada di sini
suka motto kak engku
"BERTINDAK ATAS MAKLUMAT!!!"
hehe
alahaiii harap dia berbaik2 semula.... lama tu dah berkahwin...
haitss..... apapunn artisss(huhuhu mesti artis marah kalu tau aku cakap camni kan)
dh lama jugak me dgr gosip/khabar angin psl ni...
herm..macam2 ada dunia artis ni yeh..huhu..
macam2 kan...harap jgn la aper2 yang belaku...aminn
mmm artis... nak buat mcm mana lagi... kite tunggu je la...
moga rumahtngga mrk dpt diselamatkn....
banyak jugak dugaan dunia artis ni!
ptt la mgu lepas si SY ngan khairil aje online.. mcm² dugaan la rumahtangga ni..
eee kadang geram ngn wartawan ni tau..suka2 je tulis berita yg xpasti..nk kasi hangat cite..elok2 org tu just nk dpt kaunseling..dorang dh tulis cerai..adoiyaiiiii..xsihat btl
Post a Comment