Followers

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Loading...

Wednesday, August 25, 2010

♥ Siti, Datuk K Serah Zakat Di Kampung Halaman ♥

24 OGOS 2010: Sempena Ramadan yang mulia ini, ternyata ramai pihak tampil memberi sumbangan, zakat atau menderma. Tidak ketinggalan juga kepada penyanyi tersohor kita, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dan suami tercintanya Datuk K yang mengambil kesempatan turut menyampaikan zakat kepada golongan yang kurang bernasib baik.
Alhamdullilah, itulah yang Murai Batu mahu lihat dalam masyarakat kita. Orang yang berkemampuan tidak melupakan tanggungjawab atau kewajipannya untuk membersihkan pendapatan dengan mengeluarkan sejumlah zakat.

Apabila mendapat tahu pasangan ini bekunjung ke Kampung Permatang Pasir, kelmarin, Murai berasa terpanggil untuk meuar-uarkan kepada pihak umum kerana ia dianggap tauladan dan contoh yang baik kepada semua terutamanya rakan-rakan dalam industri hiburan ini. Lagipun, Murai Batu berasa senang hati untuk berkongsi cerita sedemikian di bulan yang indah ini.

Murai Batu dapat tahu, majlis penyerahan zakat itu diadakan di sekitar kampung halaman Datuk K di Tikam Batu, Permatang Pasir. Menurut sumber, majlis itu dihadiri seramai 250 orang yang terdiri daripada mereka yang kurang kemampuan dan ibu tunggal sekitar kampung berkenaan. Selain wang zakat, mereka turut menerima sumbangan pakaian dan kain pelekat.
Murai Batu sendiri boleh rasakan betapa bersyukurnya Datuk K boleh membantu meringankan beban masyarakat tidak bernasib baik, lebih-lebih di kampung halamannya sendiri

Difahamkan juga, pasangan bahagian ini akan mengadakan rumah terbuka pada Aidilfitri pertama di perkarangan masjid baru kampung terbabit. Pada awalnya Murai batu juga boleh mengagak mereka akan beraya disana pada tahun ini kerana tahun sudah, Datuk K dan Siti telahpun meraikannya di Kuala Lipis, di kampung Siti.

  • p/s sumber dipetik dari Murai
  • p/s kengkawan dah tunaikan kewajipan membayar zakat?

1 Kawan Mama Suka Bagi Pendapat:

Farra Dhelina said...

oh semlm adik fra baru je terima zakat dr sekolah..utk anak2 yatim..