Followers

Monday, September 13, 2010

♥ 01.01.11 Adalah Tarikh Kahwin Shuib-Sarah? ♥


aUTO pUBLISH

KUALA LUMPUR, 8 SEPT 2010: Sebelum ini industri hiburan tanahair pernah dikejutkan dengan berita yang mengatakan pelawak Shuib dari kumpulan Sepah bakal menamatkan zaman bujangnya bersama penyanyi kecil molek Siti Sarah Raisuddin atau Sarah.
Bagaimanapun, Shuib pernah menyangka dakwaan tersebut dan mengesahkan hubungan mereka hanya sebagai teman rapat saja. Pun begitu, peminat dikejutkan lagi dengan berita perkahwinan mereka secara senyap-senyap tanpa memberitahu pihak media dan kawan terdekatnya.

Menjawab tohmahan ini, Shuib yang dihubungi murai.com.my berkata semua itu fitnah dan mereka masih lagi belum berkahwin.
"Ini bulan puasa. Dosa besar sekiranya saya berbohong. Demi-Allah, saya dan Sarah belum kahwin lagi. Kami pun belum pergi lagi tempah baju kahwin atau buat persiapan kahwin. Apa yang ada cumalah merancang untuk pergi khursus perkahwinan. Itu pun disebabkan sementara waktu ini, saya punya jadual tidak sibuk. Jadi tak salah rasanya kalau luangkan masa untuk menghadiri kursus tersebut.
"Saya rasa gila kalau saya ni kahwin senyap-senyap. Saya anak tunggal dan saya takkan buat macam itu. Kasihanlah kepada mak saya kalau saya kahwin tanpa pengetahuannya. Kalau ditanya pada Sarah, mungkin dia hanya mendiamkan diri saja.

"Yelah, sebelum ini dia pernah putus tunang. Kalau bolehm kali ini dia tak mahu heboh. Dia mahu lebih privasi. Kalau dah betul-betul, baru kami akan beritahu perkembangannya. Sekarang ini, kalau boleh kami tak nak hebohkan sangat," kata Shuib yang sibuk meniaga ayam percik di bazaar ramadan bersama Sarah.
Bercerita mengenai hubungan mereka, Shuib mengakui sekarang ini dia sangat bahagia dan secara rasminya Sarah sudah pun menjadi kekasihnya.
"Sekarang saya rasa amat bahagia dan serasi dengannya. Saya sebenarnya tak berani cakap lebih pasal kahwin. Namun, saya ada perancangan. Memandangkan saya suka nombor satu, berkemungkinan besar saya dah Sarah akan berkahwin pada 010111. Itu pun kalau jadi.


"Saya pun dah bagi tahu Sarah tentang perancangan ini. Saya dah pilih tarikh tersebut untuk berumahtangga. Namun, segalanya masih dalam perancangan. Kita hanya mampu merancang, Allah menentukan segalanya.Saya memang suka angka satu untuk menunjukan yang saya ni setia pada yang satu.
"Saya pun dah 26 tahun. Jadi, saya rasa saya dah bersedia untuk menjadi ketua keluarga. Okaylah, saya dah tak mahu sangat cerita lebih pasal personal. Saya pun tahu, Sarah masih fobia nak cerita pasal kahwin. Orang ramai pun tahu apa sebabnya," ujar Shuib.
Meneruskan perbualan, Shuib berkata perancangan tarikh kahwin ini datang dari sebelah pihaknya.
"Benda baik kenapa nak dilambat-lambatkan. Apapun, saya pelik dengar berita yang saya dan Sarah dah kahwin. Kalau orang kata kami bercinta memang benar. Malah, ramai sendiri nampak saya dan Sarah sibuk meniaga di bazaar ramadan.

"Pada raya pertama, saya akan beraya bersama keluarga Sarah. Kemudian, Sarah dan keluarga pula akan pulang beraya di Johor bersama saya. Namun, ini bukanlah tandanya kami nak merisik atau pun bertunang. Tak salahkan, kalau saya dan Sarah nak merapatkan silaturahim antara keluarga?
"Lagipun, dah 2 tahun saya beraya sorang-sorang. Alhamdulillah, tahun ini saya rasa seronok sangat nak beraya," katanya yang bakal keluar dengan single pertama bersama Sepah menerusi lagu berjudul Mak Dah Kata.

No comments:

♥ Cari2 Kat Sini ♥

Tabung Balqis

Disclaimer (T&C)

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

We grant you a nonexclusive, nontransferable, limited right to access, use and display the blog and the materials provided hereon, provided that you comply fully with these Terms and Conditions of Use.

This policy is subject to change at anytime.